88

3.3K 209 62
                                    

Tan Sri Nazmi duduk berteleku di atas sejadah. Dia baru selesai menunaikan solat tahajjud. Sebelum itu, dia turun ke bawah dengan niat ingin minum air di dapur. Tetapi apabila mendengar perbualan di antara anak gadisnya dan anak kawan baiknya itu terus membatalkan niatnya.

Bibir lelaki separuh umur itu terukir senyuman manis. Dia yakin dia tidak silap menilai Zafriel Adrian. Dia yakin tindakannya ingin menyatukan anaknya dengan lelaki itu tidak salah. Masih terbayang wajah Zafriel Adrian menerangkan semua yang terjadi padanya.

"Nadhirah memang salah sebab ikut Hilman keluar malam-malam macam itu. Tapi dia tak tahu Hilman sanggup buat dia macam tu. Sumpah uncle, saya berani kerat jari Nadhirah tidak sempat disentuh Hilman."

"Saya rela berkahwin dengan Nadhirah kalau uncle betul-betul tak nak mengaku Nadhirah anak uncle. She's innocent. Dia perlu dilindungi, uncle. Tak mustahil Hilman datang lagi dan cuba kacau Nadhirah lagi."

Tan Sri Nazmi meraup wajahnya. Patutkah dia membenarkan anaknya yang entah suci lagi entah tidak itu kepada lelaki yang baik seperti Zafriel? Layakkah anaknya itu ingin bersama dengan Zafriel?

"Saya tahu, uncle mesti kata saya ni tak patut bersama dengan Nadhirah selepas apa yang berlaku. Tapi saya tekad saya memang nak kahwin dengan dia tidak kira perkara ini sudah berlaku atau tidak kecuali dia sudah ada pilihan sendiri."

"Jujur saya katakan, saya nak putuskan ikatan pertunangan ini selepas tahu Nadhirah ada Hilman. Tapi Nadzir halang, dia suruh saya putuskan apabila Hilman benar-benar serius tentang hubungannya dengan Nadhirah. Selepas apa yang berlaku, saya rasa menyesal kerana beri Hilman peluang, uncle. Dia tu memang jantang tak guna! Cuma tahu rosakkan anak dara orang saja!" Sempat Zafriel Adrian melampiaskan amarahnya.

Tan Sri Nazmi melepaskan helaan nafas panjang. "Mungkin ini yang terbaik buat Iman Nadhirah," putusnya.

______________________________

Zafriel Adrian duduk menyilangkan kakinya di atas rumput. Tangannya memeluk kaki. Mata memandang bangunan yang tinggi di hadapannya. Angin pagi bertiup lembut membelai rambutnya. Nafas dihela perlahan.

Dia asyik memikirkan tentang keputusan yang telah diutarakan pada Tan Sri Nazmi. Betulkan keputusannya itu? Berkahwin dengan gadis yang dicintai dari bangku sekolah? Tapi mahukah dia? Pasti Iman Nadhirah masih tidak boleh lupa akan apa yang telah terjadi malam semalam. Mungkin dia juga trauma untuk menyintai orang lain.

Zafriel Adrian mengeluh. Paling merisaukannya, mampukah dia membimbing Iman Nadhirah? Mampukah dia menyembuhkan hati Iman Nadhirah sedangkan hati gadis itu baru sahaja dilukai orang lain?

Zafriel Adrian kemudian bangun dari duduknya. Tangan menyapu belakang yang terlekat rumput dan pasir. Dia membuka pintu pandu kereta sebelum menerobos masuk. Enjin dihidupkan. Dia memandu ke satu tempat yang ingin dituju.

Tidak lama kemudian, dia tiba di sebuah kondominium. Sebaik sahaja Zafriel Adrian berdiri di hadapan pintu rumah bernombor 307, dia menekan loceng. Lama dia tunggu sebelum pintu itu dikuak dari dalam.

Dari atas dia perhati, rambut lelaki itu serabai seperti baru lepas bangun tidur. Mata sembab dan kuyu seakan-akan tidak mahu dibuka matanya. Mulut tidak berhenti menguap. Tangan kiri menutup mulut yang terbuka luas. Baju T bertulis 'I need to SLEEP'. Seluar? Boxer aje dia pakai.

"Hmm... kau nak apa pagi-pagi buta ni? Aku mengantuklah!" Rungutnya dengan mata terpejam.

Tanpa berfikir panjang, Zafriel Adrian memasukkan tangannya pada salah satu lubang di pintu gril itu, lalu melempang Fahmi separuh hati. "Pagi apa kebendanya? Dah pukul 8 lebih ni! Matahari dah lama naik!"

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now