32

4K 219 27
                                    

Iman Nadzir menghela nafas lega setelah berjaya melunaskan hajatnya. Dia membasuh tangan di sinki sebelum keluar dari tandas. Tiba-tiba dia terdengar perbincangan di ruang English Corner berdekatan dengan tandas. Taklah dekat sangat okey?

Laju jejaka itu mencuri dengar perbincangan tersebut.

"Betul kak! Kami tak cakap apa-apa pun pada cikgu." Kedengaran suara seorang budak perempuan cuba meyakinkan gadis yang dipanggil 'kakak' itu.

"Betul? Kau orang jangan nak tembelang aku. Kalau cikgu tau, masak aku! Dan dengan kau orang sekali aku tarik! Nak?!"

Iman Nadzir mengerutkan kening. Macam kenal je suara tu... Dia cuba mengintai pelajar-pelajar itu. Matanya terbuntang apabila melihat Zaara bersama muka bengisnya dan dua orang pelajar. Mungkin pelajar itu budak tingkatan bawah.

"Ingat! Kalau cikgu ada tanya kau orang pasal kes Iman kena kaca, zip mulut ketat-ketat! Kalau salah seorang daripada korang bukak mulut, siaplah!" Zaara menyekak pinggang memberi amaran.

Kedua-dua orang pelajar itu mengangguk ketakutan.

"Dah, pergi masuk kelas!" Arah penolong ketua pelajar SMTI itu.

Iman Nadzir mencebik. Tak padan dengan penolong ketua pelajar! Macam mana cikgu boleh lantik dia? Langsung tak layak! Setelah lama bermonolog, dia memunculkan diri dari tempat persembunyian. Sambil memeluk tubuh, dia menyergah, "Oh, ini rupanya kerja kau selama ni!"

Zaara memandang Iman Nadzir dengan muka pucat. Air liurnya ditelan terasa kelat. Habislah aku!

_________

Iman Nadhirah menongkat dagu. "Cikgu, tak boleh ke bincang sekarang?" Tanyanya. Dia sudah mula berasa bosan. Mana abang ni? Lembapnya!

Cikgu Watie menggeleng kepala. "Tunggulah kejap. Abang awak tak sampai lagi tu."

Iman Nadhirah mengeluh. Zafriel Adrian yang duduk di sebelahnya hanya menggeleng kecil.

Tak lama kemudian, pintu bilik Cikgu Watie dibuka dari luar. Mata Iman Nadhirah bercahaya. Akhirnya!

Namun, bukan Iman Nadzir yang muncul, tetapi pengetua sekolah. Iman Nadhirah terkejut. Pengetua? Rasa pelik dan hampa bersatu. Pelik dengan kewujudan pengetua di bilik itu dan hampa kerana bukan abang sulungnya yang muncul.

"Semua dah sampai ke?" Soal pengetua.

Cikgu Watie menggeleng.

Tak sampai beberapa minit kemudian, pintu bilik Cikgu Watie sekali lagi dibuka dari luar. Iman Nadzir dan Zaara masuk ke dalam bilik itu. Semua yang berada di dalam bilik itu pelik dengan kedatangan Zaara.

Iman Nadhirah memandang Zafriel Adrian meminta penjelasan. Tetapi lelaki itu hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Pengetua pula memandang Cikgu Watie.

"Apa pasal pulak awak bawa Zaara ni, Nadzir? Saya tak suruh pun kan?" Soal Cikgu Watie.

Iman Nadzir senyum sinis memandang Zaara yang menunduk. Kemudian, wajah Cikgu Watie dipandangnya. "I have my own reason. Jadi, cikgu nak bincang pasal kes adik saya kena kaca di padang tempoh hari ke?"

Cikgu Watie mengangguk dengan rasa teragak-agak. "Iya. Saya nak beritahu yang kes ini mungkin kes sabotaj. Ini kerana Cikgu Affiza dan anak-anak buahnya dah periksa padang lebih kurang lima kali untuk memastikan tiada sebarang kaca, paku atau sebarang makhluk dan benda yang boleh mencederakan pelajar sebelum memulakan Latihan Rumah Sukan. Jadi, Iman, awak ada tak musuh sepanjang awak berada di sekolah ini?" Wajah gadis itu dipandang lembut.

Iman Nadhirah bermain dengan jari-jemarinya. "Entah. Takde rasanya."

Cikgu Watie memandang Iman Nadzir dan Zafriel Adrian. "Awak berdua pula?"

Kedua-dua jejaka itu menggeleng. "Cikgu dapat syak sesiapa ke?" tanya Zafriel Adrian.

Cikgu Watie mengetap bibir. Dia menggeleng.

Pengetua mula mencelah, "Kalau awak bertiga tiada musuh, takkan perkara begini boleh terjadi?"

Iman Nadzir memeluk tubuh lalu bersuara, "saya tahu siapa angkara di sebalik kes ini. Dan itulah alasan saya bawa Zaara bersama." Sekali lagi Zaara dikerling tajam.

Semua yang berada di situ memandang Zaara. Zaara kekal menunduk. Air liur ditelan berkali-kali.

Tiba-tiba Iman Nadhirah bangun dari kerusi. Baru dia teringatkan kes majalah yang terjadi beberapa bulan yang lalu. "Wait a minute! Kau yang ada-adakan cerita dekat majalah tu kan? Jangan kata benda ni angkara kau jugak!"

Iman Nadzir sekali lagi senyum sinis. "Dah terang lagi bersuluh! Mengaku sajalah!"

Cikgu Watie dan Pengetua memandang antara satu sama lain. Adakah ini bermakna Zaara ialah dalang kes Iman tempoh hari?

✩✩✩✩✩✩✩

Zaara yang jadi dalang? Oh my Allah! 😲 Macam ni ke penolong ketua pengawas? 😒 Sangat tak layak. Oops! Terkutuk watak cerita pulak. Hihihi...😂😂

Siapa tak suka Zaara? Angkat tangan🙋! Hehe..

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now