23

5.3K 277 3
                                    

Iman Nadhirah menyumbat earphone di telinga. Lagu rancak dimainkan. Volume dikuatkan. Sengaja dia berbuat begitu. Malas mahu mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Tangan pula laju membuat kerjanya.

Zafriel Adrian yang baru tiba turun dari motor Ninjanya. Helmet dibuka lalu diletakkan di atas seat motor. Dia berjalan ke tempat biasa dia dan Iman Nadhirah menjalankan sesi tutor.

Zafriel Adrian melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Iman Nadhirah. Dia menggaru kepala. Minah ni marah lagi ke? "Nadhirah?"

Tiada respon.

Zafriel Adrian meletakkan tangan di atas buku. Iman Nadhirah yang sedang menyalin nota itu merengus apabila ada yang mengganggunya. Lantas dia mengetuk tangan lelaki itu dengan pen.

Spontan Zafriel Adrian menarik tangannya. Dia menggosok belakang tangan yang diketuk gadis itu. Zafriel Adrian cuba cari jalan lain untuk menarik perhatian gadis itu.

Dia mengusik pen di tangan Iman Nadhirah. Iman Nadhirah yang sedang menulis itu tertarik pen ke atas sehingga menyebabkan tulisannya menjadi buruk. Sekali lagi dia merengus. Dia mengambil liquid paper lalu memadam tulisan buruk tadi.

Zafriel Adrian mengeluh. Tak berjaya juga! Last one. Zafriel Adrian mengambil pensel yang sudah berada di luar kotak pensel. Dia menconteng bahagian atas buku latihan gadis itu.

Wei, aku mintak maaf!
Nadhirah! (Lukisan doraemon)

Zafriel Adrian sengih melihat lukisan Doraemon. Kalau bukan sebab asyik melihat adik bongsunya melukis doraemon, agaknya lukisannya tak jadi cantik sebegitu.

Iman Nadhirah merengus lagi kuat. Pemadam dibawa keluar dari kotak pensel yang bercorak askar itu kemudian dipadamnya tulisan dan gambar yang tidak mendatangkan faedah itu.

Zafriel Adrian mencebik. Penat-penat aku lukis, dia padam? Huwaaaaa!

Bosan kerana diabaikan, Zafriel Adrian bangun dari kerusi lalu masuk ke dalam rumah yang tidak asing baginya.

Iman Nadhirah hanya memandang melalui ekor mata. Pandai pun nak blah! Tau nak kacau life aku je!

______

"Aunty buat apa tu?" sapa Zafriel Adrian apabila masuk ke dalam dapur.

Puan Sri Ilyana tersenyum melihat anak kawan baiknya. "Aunty ingat nak buat kek cawan. Bosan pulak asyik duduk tengok TV saja. Zafriel kenapa datang sini? Bukan sekarang Zafriel kena tutor Irah ke?"

Zafriel Adrian menggaru kepala yang tidak terasa gatal. "Memang lah aunty. Tapi kami bergaduh tadi. Sampai sekarang Nadhirah tak nak cakap dengan saya."

Puan Sri Ilyana mengangguk kecil. "Irah memang begitu. Alaaa, tak lama tu, nanti dia okey lah."

Zafriel Adrian hanya diam. "Ermm... tadi, aunty kata nak buat cupcake eh? Boleh saya tolong?"

Puan Sri Ilyana mengerutkan kening. "Boleh ke Zafriel tolong ni?"

Zafriel Adrian senyum. "Mesti lah boleh. Saya tolong ya, aunty?"

Puan Sri Ilyana mengangguk tanda mengizinkan.

_______

Iman Nadhirah duduk di dalam bilik menyiapkan kerja sekolah. Selepas sahaja Zafriel pergi masuk ke dalam rumah, dia pun terus mengemas barang masuk ke dalam bilik. Malas mahu bertembung dengan lelaki itu.

Tiba-tiba cupcake diletakkan di atas meja belajarnya. Iman Nadhirah mengerutkan kening. Di atas cupcake itu ditulis, "I'm sorry" bersama dengan gambar doraemon yang dilukis dengan aising.

Iman Nadhirah mengangkat wajah. Kelihatan mamanya tersenyum.

"Rajin pula mama buat cupcake? Cantik pulak tu," puji Iman Nadhirah.

Puan Sri Ilyana hanya senyum. "Bukan mama yang buat."

Iman Nadhirah mengangkat kedua-dua belah keningnya. "Bukan mama yang buat? Habis siapa? Takkan papa or abang pulak?"

Puan Sri Ilyana menggeleng. "Zafriel yang buat."

Iman Nadhirah terbatuk. "Zafriel?"

Puan Sri Ilyana mengangguk. "Mula-mula dia kata dia nak tolong. Tapi last-last dia yang buat semuanya. Mama sediakan bahan saja. Dia kata, dia kalau stress atau bosan, dia akan buat dessert ataupun memasak. Nampak pelik tapi mama suka. Dia tak kekok langsung masuk dapur. Dia memang suka memasak, katanya."

Hampir terlopong Iman Nadhirah mendengar cerita mamanya. Biar betul?! Ketua pelajar SMTI minat memasak?!

"Teringin mama nak jadikan dia menantu. Baik, warak, pandai memasak." Berbakul-bakul pujian datang dari mulut Puan Sri Ilyana.

Kalau si Zafriel tu dengar tak ke kembang hidung dia?

Iman Nadhirah mencebik. Balik-balik Zafriel. Ish, takde orang lain ke? Mama kata dia dah berkenan buat menantu? That means, aku lah yang kena kahwin dengan dia? WHAT??!! NOOOOO!!!!!!!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now