19

4.8K 242 6
                                    

Zafriel Adrian mengerling Iman Nadhirah yang makan. Gadis itu sudah kelihatan seperti sudah seminggu tak makan.

Iman Nadhirah berasa tidak selesa kerana terasa diperhatikan. Dia mendongak. Keningnya berkerut melihat Zafriel Adrian yang memandang dirinya. "Kau kenapa?" Soalnya dengan mulut yang penuh.

Zafriel Adrian menggeleng. Buruk betul perangai! "Kau ni makan macam budak-budak. Sampai pipi sekali nak spaggeti tu." Pipi Iman yang ada spaggeti ditunjuk.

Iman Nadhirah terkejut. Tisu yang diselit di bawah pinggan diambil lalu mengelap di kedua-dua pipi.

"Kau memang saja nak suruh aku lap pipi kau ke apa? Sinilah, Nadhirah!" Sekali lagi Zafriel Adrian menunjukkan tempat spageti itu berada.

Iman Nadhirah bersungguh-sungguh membersihkan pipinya dengan tisu. "Eeee.... tak kuasa aku nak bagi kau lap pipi aku. Ke kau yang nak ni? Sorry lah, kalau kau nak, kau pergi cari betina lain."

Zafriel Adrian hanya menggeleng. Merepek je lebih! Dia kembali menyambung menikmati makanannya.

_____

Sementara itu....

"Isya, pasangan tu, kau kenal tak? Aku macam pernah nampak. Tapi tak ingat di mana." Pasangan yang sedang makan itu dipandang.

Farisya menoleh. Matanya membuntang. "Wei, kau takkan tak kenal? It's Zafriel, our headboy and Iman, Cik Troublemaker!"

Dian pula yang membulatkan mata terkejut. "Are you serious? Ya Allah, macam mana aku boleh tak perasan? Zaara, Zaara tengoklah diorang."

Zaara turut menoleh. Matanya membuntang. Zafriel? And Iman? Bukan mereka selalu bergaduh? How come they could be together? Api kemarahan membuak-buak. No way! Zafriel is mine! "Wei, korang kan editor majalah mingguan sekolah."

Farisya dan Dian berpadangan sesama sendiri. Mereka mengangguk.

Zaara tersenyum penuh misteri. "I think kauorang boleh tulis one article yang gempak."

Sekali lagi Dian dan Farisya berpandangan. Jelas mereka tidak mengerti muslihat Zaara.

Zaara atau Zaara Aqeela ialah penolong ketua pengawas SMTI. Dalam diam, dia menaruh perasaan pada Zafriel Adrian. Iman Nadhirah pula merupakan musuh dalam diamnya.

______

Intan dan Taufik menikmati masa bersama. Sebenarnya, mereka memang sengaja mahu meninggalkan Iman Nadhirah bersendirian bersama dengan Zafriel Adrian.

"Kalau bukan sebab awak beri surat pada saya, takkan mungkin saya akan kenal awak," ujar Intan.

Serta-merta langkah Taufik terhenti. "Wait a sec, awak kata, saya bagi surat pada awak?"

Intan mengangguk laju. Dia senyum.

Taufik mengerutkan kening. "I thought awak yang beri surat pada saya."

Intan pula yang berasa pelik. "What? No! Saya tak pernah bagi surat pada awak. Awak yang bagi surat pada saya."

Taufik tergelak kecil. "Hell no! Saya tak pernah bagi surat pada awak."

Intan dan Taufik berasa pelik. "This is so weird. Macam mana saya boleh dapat surat awak sedangkan awak tak pernah beri surat pada saya? And, macam mana awak boleh dapat surat daripada saya sedangkan saya tak pernah beri surat pada awak?" Soal Taufik

Intan menjungkitkan bahu. "Well, I don't know."

Mereka diam seketika. Tiba-tiba Intan memetik jari. "Saya rasa ada orang sengaja buat macam tu dan ada muslihat."

Taufik berfikir sehingga berkerut-kerut dahinya. "Maybe. Tapikan, sebenarnya saya pernah beri surat pada Iman, then saya dapat surat from you."

Intan terkejut. "What? Iman? Dia tak bagitahu apa-apa pun?"

Taufik menjungkitkan bahu.
Intan berasa pelik. Tersangat pelik.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now