47

3.6K 179 5
                                    

Zafriel Adrian melangkah laju menuruni anak tangga. Dia ingin pulang ke rumah. Kebiasaannya dia akan berjalan bersama dengan Fahmi, rakan baiknya tetapi jejaka itu balik lambat kerana ada latihan catur.

Sambil menuruni anak tangga, Zafriel Adrian melipat lengan baju kemeja sekolahnya ke siku. Peluh yang memercik di dahi sesekali diseka.

"Zaff!" Panggil seseorang dari arah kanan.

Zafriel Adrian menoleh. Kelihatan Taufik berjalan laju menghampirinya.

"Balik dah ke?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Nadzir dengan Fahmi ada latihan kan..."

Taufik mengangguk tand mengiyakan. Mereka kemudiannya berjalan beriringan. "Kau pandai main catur?"

"Bolehlah sikit-sikit."

Taufik menjungkitkan kening sebelah. "Dah tu, kenapa tak join? Kalau aku ni yalah, tak tau nak main macam mana. Dam haji aku terror lah!" Katanya.

Zafriel Adrian senyum segaris. "Malaslah nak masuk. Cukuplah bola sepak," terangnya. Setiap pelajar yang menyertai kelab sukan dan permainan catur dan boling, dibenarkan menyertai dua kelab sukan. Ini kerana kelab catur dam boling tidak dijalankan pada hari kokurikulum.

"Kau nak tengok dia orang main tak?" Soal Zafriel Adrian tiba-tiba.

Taufik mengerutkan kening. "Hah?"

Zafriel Adrian menggeleng. "Dahlah jom!" Langkah kaki yang tadi menuju ke parkir motosikal bertukat arah ke dewan sekolah. Taufik yang terpinga-pinga hanya mengekor.

Tak lama kemudian, mereka terserempak dengan Iman Nadzir. "Hei, kau orang! Tak balik ke?" Soalnya.

Taufik menggeleng. Zafriel Adrian menjelaskan, "Tak. Nak pergi dewan, tengok korang main chess."

Iman Nadzir menjungkitkan kening. Dia senyum penuh makna. "Asal? Kau nak lawan ke?"

Zafriel Adrian tergelak kecil. "Taklah. Tapi kalau kau ajak, aku on je!" Katanya menyahut cabaran.

Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam dewan. Taufik terkejut melihat ramai pelajar yang sedang bermain chess. Keningnya berkerut tiba-tiba melihat seseorang. Bahu Iman Nadzir dicuit. "Bro, adik kau masuk chess eh?"

Iman Nadzir tersentak. Apa? "Mana?"

Zafriel Adrian turut tercari-cari kelibat Cik Troublemaker itu. Taufik memuncungkan mulut menunjuk Iman Nadhirah yang sedang bermain catur dengan Darmia.

Iman Nadzir terus menghampiri adiknya itu.

"Checkmate! Wuuu... aku menang!" Sorak Iman Nadhirah sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas.

Darmia hanya menjulingkan mata ke atas. Payah betul main dengan budak terror. Dah tu, dah terror bukannya reti nak masuk kelab chess! Gerutu hatinya.

Sorakan Iman Nadhirah terhenti apabila melihat abangnya bercekak pinggang dengan muka bengis. Ops, maaf! Iman Nadhirah tak takut pun dengan muka bengis abangnya itu.

"Asal tak balik lagi? Karang abang jugak yang kena dengan papa sebab biarkan adik balik lambat." Bebel Iman Nadzir pendek.

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. Tolonglah jangan panggil aku adik kat sekolah. Malu tau tak?! "Alaaa... rileklah! Bukannya pergi lepak mana pun, main chess kat sekolah je."

Iman Nadzir tetap dengan arahannya, "Sekolah tak sekolah, abang tak kira! Pergi balik! Karang balik lambat, takde orang. Adik tu dahlah jalan kaki."

Okey, Iman Nadzir sebenarnya boleh dikategorikan sebagai abang yang protective. Tapi takkan lah duk kat sekolah pun tak bagi?! Iman Nadhirah memandang abangnya tajam. Dia mengerling Zafriel Adrian yang berada di sisi abangnya. Sah mamat ni yang bagitahu!

"Tak nak!" Bantahnya pendek.

Taufik yang turut berada di situ kecut perut melihat Iman Nadzir bertukar menjadi singa jantan. Tidak pernah pernah dia melihat lelaki itu garang seperti itu. Iman Nadhirah pun satu masalah. Kenapa tak balik je? Dia tak takit ke dengan singa jantan ni?

Zafriel Adrian mengusap bahu kawan baiknya dari kecil. Dia faham sangat dengan perangai Iman Nadhirah yang keras kepala. Waktu kecil pernah banyak kali, mak ayah mereka menghalang gadis itu keluar ke taman permainan. Namun dia pergi juga meskipun sudah beberapa kali dilarang.

"Dahlah, biar jelah dia. Nanti balik, suruh dia balik dengan kau," pujuk lelaki itu.

Iman Nadzir memang begitu. Dia amat sayangkan adiknya sehingga dia tidak benarkan adiknya pergi ke mana-mana tanpa dirinya di sisi. Dan hanya Zafriel Adrian yang dia percaya intuk menjaga Iman Nadhirah. Iman Nadzir menjegilkan mata memandang adiknya yang kembali bermain catur seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Darmia memang dah kecut perut awal-awal lagi. Tapi disebabkan desakan Iman Nadhirah menyuruh mereka bermain, dia turutkan jua. Takut juga jikalau dia menjadi mangsa amarah seniornya itu.

Iman Nadzir mengeluh. Keras kepala adiknya memang tidak boleh dilawan. "Balik dengan abang. Adik balik seorang, memang siap!" Arahnya. Dia dan kawan-kawannya teru meninggalkan gadis itu. Mereka menghampiri Fahmi yang tidak jauh dari situ.

"Kau ni Iman, tak baiklah buat abang kau macam tu. Dia risaukan kau." Darmia akhirnya bersuara setelah lama berdiam diri.

"Ada pun suara kau, ingatkan dah hilang bila abang aku datang sini tadi," sindir Iman Nadhirah. Hatinya masih panas kerana dimarahi di khalayak ramai. Ada beberapa orang pelajar yang hampir dengan mereka melihat adegan adik-beradik tadi. Apa dia orang ingat free show ke? Penat aku membantah tau, at least bagilah tips!

Darmia mengeluh. Selepas itu dia tidak lagi bersuara. Tidak mahu mencetuskan pergaduhan di antara mereka berdua. Sedang bermain catur, dia melirik ke arah Iman Nadzir yang sedang berlawan dengan Zafriel Adrian. Dia menyembunyikan senyumannya. Tak sangka dia berada dekat dengan aku tadi.



✩✩✩✩✩✩

Done one chapter for today. Hint seterusnya akan muncul Cik Dania dalam beberapa bab yang akan datang. So beware... Hahaha...

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now