65

3.3K 196 13
                                    

Keluar sahaja Cikgu Qalesya dari kelas tingkatan 3 Teratai, kelas kembali riuh. Semua pelajar kelas itu meluru ke arah meja Iman Nadhirah. Iman Nadhirah yang sedang menyiapkan latihan yang Cikgu Qalesya baru beri itu terpinga-pinga melihat kawan-kawan sekelasnya mengerumuni mejanya dan Darmia.

"Ish, kau orang ni kenapa kerumun meja aku? Kerja Cikgu Qalesya bagi tadi dah siap ke?" Soalnya pelik.

"Eh, kau okey tak, Iman? Sampai masuk hospital. Kita orang semua risau tau tak?" Emir bersuara bagi pihak mereka semua.

"Macam yang kau orang nampak sekaranglah. Aku okey aje," jawab Iman Nadhirah acuh tak acuh. Terasa rimas kerana semua orang ingin mengambil tahu pasal dirinya.

Aish, bersyukurlah Iman. Masih ada yang care pasal diri kau!

"Eh, macam mana kau boleh pengsan  kat dalam rumah hantu? Takkan sebab takutkan hantu kut?" Erine pula bersuara.

"Haahlah. Eh, kau patut rasa beruntung tau, Iman. Ketua pengawas sekolah kita yang menjadi gilaan pelajar perempuan selamatkan kau. Dia siap cari lagi punca kebakaran tu," beritahu Yusof. Masih terbayang wajah Zafriel Adrian yang risau akan keadaan Iman Nadhirah.

"Iyalo! I pun jealous sama you." Yuki menyokong dengan suara pelat cinanya itu.

Iman Nadhirah sekali lagi tercengang. Keningnya berkerut-kerut cuba menghadam setiap persoalan dan pemberitahuan kawan-kawannya. "Rumah hantu? Pengsan? Ketua pengawas? Apa kau orang merepek ni? Aku mana ada masuk rumah hantu."

Dalam banyak-banyak kenyataan, Iman Nadhirah paling tidak percaya bahawa dia memasuki rumh hantu. Tak mungkin abangnya boleh sewenang-wenangnya membenarkan dia memasuki rumah berhantu selepas apa yang berlaku 12 tahun yang lalu? Zafriel itupun sama. Bukankah dia tahu tentang kejadian itu?

"Kita orang tak merepek. Kau memang masuk rumah hantu. Kau masuk dengan aku, Ainnur dan Mia," beritahu Intan dengan yakin. Yalah, masakan Iman Nadhirah yang bersama dengan mereka itu hantu kut? Aisy, kalau betul seram pula rasanya.

Iman Nadhirah meletuskan tawa kecil. Lagaknya seakan tidak percaya dengan kata-kata Intan malah tawa kecil itu kedengaran seperti mempersendakan kenyataan yang satu itu. "Lawak lah kau orang ni! Aku tau sekolah terbakar tapi amatlah mustahil kalau aku masuk rumah berhantu. Nonsense!"

Semua murid-murid kelas itu berpandangan sesama sendiri. "Wei, kita orang tak main-mainlah! Memang kita pergi berempat. Lepas saja jumpa dengan abang kau dan kami, kau ikut kita orang ke rumah hantu. Abang kau dengan kawan-kawan dia pergi gerai makanan," terang Ainnur dengan suara tegas. Terasa geram kerana Iman Nadhirah sukar mahu percaya kenyataan itu.

Iman Nadhirah menelan liur. Tetapi air liur itu terasa seperti tersekat pada kerongkong. Dia memandang Darmia meminta kepastian. Darmia mengangguk. Lama-kelamaan dia terasa kenyataan itu benar sama sekali apabila kawan-kawan baiknya sendiri telah mengesahkannya. Biar betul? Macam mana aku boleh masuk rumah berhantu?

********

Iman Nadhirah mencari-cari kelibat seseorang. Langkahnya semakin lama semakin laju. Dia berasa tidak sedap hati selagi tidak mendapat jawapan yang diinginkan. Dia akhirnya mendekati tangga di blok D. Sempat dia melihat tingkat atas blok C. Dia masih ingat di situlah tempat rumah berhantu diadakan. Jelas tompokan hitam pada dinding itu menunjukkan api pernah datang berkunjung ke situ.

"Zafriel!" Panggil Iman Nadhirah sebaik sahaja ternampak lelaki itu sedang membaca buku rujukan Biologi sambil duduk di anak tangga.

Zafriel Asrian yang sedang khusyuk menelaah mengangkat wajah apabila terdengar suara gadis memanggil namanya. "Ada apa?" Soalnya sebaik sahaja tunang dalam diamnya itu berada di hadapannya.

"Macam mana aku boleh masuk rumah hantu?" Tanpa salam mahupun kata alu-aluan, Iman Nadhirah terus menembak soalan.

Zafriel Adrian terbungkam mendengak soalan itu. Terasa seperti baru ditembak menggunakan senapang tepat pada dadanya. Eh?

"Wei, jawablah soalan aku ni! Macam mana aku boleh masuk rumah hantu? Abang takkan benarkan aku masuk kan? Kau pun tau apa yang pernah terjadi pada aku. Dah tu, macam mana aku boleh terlepas masuk?" Soal Iman Nadhirah tidak sabar. Terasa geram apabila lelaki itu hanya diam tidak menjawab soalan yang diajunya.

Zafriel Adrian melepaskan nafasnya perlahan. "Kan aku dah cakap. Panjang ceritanya. Lagipun, aku rasa tak perlulah kau tahu. Tak penting pun," ujarnya. Dia tahu pasti gadis itu mendapat tahu perkara itu dari teman-teman sekelas ataupun kawan karibnya sendiri. Dia kembali membaca buku rujukan tanpa mempedulikan wajah Iman Nadhirah yang sudah merah itu.

Dada Iman Nadhirah berombak laju. Tangannya dikepal. Terasa mahu saja dia menghadiahkan penumbuk tepat ke arah wajah kacak lelaki itu. Dia merampas buku rujukan dari tangan lelaki itu. "Tak penting kau kata? Kau tau kan aku trauma? Sekarang ni aku mahukan jawapan. Macam mana aku boleh masuk rumah hantu?" Buat kali ketiga Iman Nadhirah bertanyakan soalan yang sama.

Zafriel Adrian memandang Iman Nadhirah dengan pandangan redup. Dia langsung tidak berasa marah. Dia tahu semua itu berpunca daripada dirinya sendiri. Itulah sebabnya dia mahu merahsiakan sahaja. Bimbang sekiranya gadis itu menyalahkan dirinya dan akhirnya mengambil keputusan untuk membencinya. Hal itu dia boleh terima lagi. Tetapi bagaimana sekiranya gadis itu mengambil langkah meninggalkan dirinya? Sungguh Zafriel Adrian tidak mampu menerima kenyataan itu. Perkara yang ditakutinya ialah Iman Nadhirah mengambil keputusan meninggalkan dirinya. Dia sudah alami rasa itu dan cukuplah satu kali perkara itu berlaku. Dia takut tidak mampu menahan rasa pedih dalam hatinya. Tidak mampu menahan rasa rindu yang membuak-buak.

"Kenapa kau nak tahu? Benda dah lepas kan?" Soal Zafriel Adrian lembut.

"Aku nak tahu sebab aku tak faham macam mana abang aku boleh sewenang-wenangnya melepaskan aku masuk ke rumah hantu," terang Iman Nadhirah.

"Habis, kau tak boleh tanya abang kau sendiri?" Sinis lelaki itu bertanya. Bukan tidak mahu dia memberi jawapan tetapi padanya biarlah Iman Nadzir yang selesaikan masalah ini. Itulah yang diperkatakan sahabatnya sebaik sahaja dia memaklumkan rasa bersalahnya terhadap Iman Nadhirah. Kata Iman Nadzir, dia akan cuba memujuk adiknya.

Iman Nadhirah merengus. Buku biologi dicampak pada lelaki itu. Dia terus beredar dengan rasa geram. Geram kerana tidak dapat jawapan yang diinginkan.

Zafriel Adrian pantas sahaja menyambut buku itu. Dia memandang Iman Nadhirah yang semakin jauh itu dengan pandangan sayu. Aku minta maaf, Nadhirah. Kalau aku tahu kau nak kemana, aku takkan larang kau ikut.

Ingin saja lelaki itu memberitahu Iman Nadhirah. Tetapi apa kan daya, dia cuma mampu meluahkan di dalam hati.

✩✩✩✩✩

Tepat 999 words. 😂 Aku kata nak cuti sampai rabu kan? Tapi kau orang bertuah sebab aku update harini. Alhamdulillah aku tak frust dan aku dapat terima keputusan aku. Memang betul-betul kena dengan apa yang telah aku usahakan selama ni walaupun tak cemerlangn tapi aku bersyukur. Ha, aku dah siap ambik result, si Iman ni bila nak start examnya?😏

"Oi apa ni? Aku oral bi pun tak ambik lagi. Lek lu"-Iman Nadhirah

Harap bab kali ni memuaskan hati korang dan secukup rasa. Author dah siap letak garam, gula, kicap, penambah rasa dan macam-macam lagi. Tapi maaflah gula habis, tak sweet jadinya. Terletak banyak cili kut, tu yang ber'angin' je😂

"Huh pedas!👅🔥🔥. Termakan cili banyak pulak." -Zafriel Adrian

*bagi 🍼* "nah air"- Iman Nadhirah.

"Ni susu babylah, ngek!😒"-Zafriel Adrian

"🙊eh bukan baby eh?"- Iman Nadhirah

"Bukan, baby kita belum keluar lagi😉. Kau kenalah kahwin dengan aku dulu.😏"-Zafriel Adrian

*blushing+lari selamatkan diri* -Iman Nadhirah

"Aaaaaaaah"-Iman Nadhirah setelah jauh dari Zafriel Adrian.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now