40

3.8K 211 6
                                    

Iman Nadzir membalik-balikkan ayam di atas pemanggang. Sementara itu, Zafriel Adrian menambah kayu untuk memarakkan unggun api. Zafrina dan Iman Nadhirah pula menyediakan peralatan makanan. Zakwan? Dia cuma tahu menyibukkan diri saja. Dari tadi tidak duduk diam. Kejap-kejap dia pergi ke Iman Nadzir yang sedang membuat barbeque. Kejap-kejap pergi kepada abangnya.

Iman Nadzir dan Zafriel Adrian sabar sahaja melayan kerenah budak kecil itu.

"Assalamualaikum," kedengaran suara menyapa.

Mereka menoleh sambil menjawab salam. Kelihatan Aidil dan Aidin berjalan menghampiri mereka. Di tangan Aidin ada bekas makanan yang tidak diketahui isinya.

"Eh, Aidil, Aidin!" Suara Iman Nadzir membalas sapaan si kembar.

Iman Nadhirah memandang abangnya. "Macam mana abang kenal dia orang?" Soalnya curiga. Takkan si kembar bertemu dengan abangnya di tempat yang mereka kunjungi pagi tadi?

Iman Nadzir senyum. "Abang kenal dari first day datang sini. Dia orang ni anak pemilik resort ni," terangnya.

Iman Nadhirah mengangguk faham. Aidil bertanya meminta kebenaran, "boleh tak kita orang join kau orang?"

Zafriel Adrian yang sedari khusyuk memarakkan unggun api bangun. "Boleh je. Join lah. Ramai-ramai lagi seronok."

Yang lain mengangguk kecuali Zakwan yang sibuk bermain dengan kapal terbangnya. Aidin menghulurkan bekas makanan yang dibawanya kepada Iman Nadzir. "Nah, ni kita orang ada bawa some seafood. Boleh bakar, makan sama-sama."

Iman Nadzir mengangguk. Dia menyambung kerjanya yang tergendala sebentar.

Kira-kira 45 minit kemudian, masing-masing duduk keliling unggun api. Semuanya sudah kekenyangan dengan barbeque yang dibuag oleh Iman Nadzir.

"Okay, now what?" Soal Zafrina memecah kesunyian.

Aidil mengusap dagu. "Kau orang ada bawak gitar ke apa ke? Best juga nyanyi bila ada unggun api macam ni."

Zafriel Adrian memandang Iman Nadzir. "Ada dalam kereta. Nadz, kunci? Aku pergi ambil."

Iman Nadzir menyeluk kocek seluar jeansnya. Kemudian dia membaling kunci itu kepada Zafriel Adrian. Tangkas lelaki itu menangkapnya. Dia bangun dan berlalu ke kereta yang diparkir tidak jauh dari situ.

"So, siapa nak nyanyi?" Iman Nadhirah bertanya. Sebab apa dia tanya? Sebab dia memang tak nak menyanyi!

Iman Nadzir memandang Aidil. "Kau yang bagi idea kan, Dil? Apa kata kau yang mulakan dulu?"

Aidil menghamburkan tawa kecil. Aidin pula menyilangkan tangannya seraya menggelengkan kepala. "Oh no, tolong jangan suruh dia menyanyi. Dia just tau nak nyanyi lagu rock je okey?"

Zafrina menjungkitkan kening sebelah. "Ermm... kalau Kak Din yang mulakan?"

Aidil pula yang menggeleng. "A big no! Dia ni kalau menyanyi pitching, note, semua lari. Yang high note dinyanyi low. Yang low punya dia nyanyi high note," dia mbantah sekeras-kerasnya.

Iman Nadhirah dan Iman Nadzir mengerutkan kening. Padanlah pun! Dua-dua kan kembar, tak pandai nyanyi pun sama-samalah!

Zafriel Adrian kembali dengan beg gitar. "So, siapa yang nak nyanyi?" Soalnya.

Tiba-tiba Zakwan menyampuk, "Abang Zaff, abang Zaff!"

"Ha, alang-alang kau dah pegang gitar tu, kaulah nyanyi!" Iman Nadzir berkata. Dia tersenyum lebar.

Zafriel tercengang beberapa saat. "Eh, aku pulak?! Takdelah. Aku dah tolong ambik gitar, orang lain lah yang nyanyi." Dia menolak. Tidak mahu dia menyanyi. Tambah-tambah lagi di hadapan tunang dalam diamnya.

Ehem!

Apa? Ingat lelaki takde rasa malu ke?

Iman Nadhirah mencebik sambil memeluk tubuh. "Tolong tak ikhlas!"

Zafriel Adrian mengecilkan matanya memandang gadis itu. Zafrina tersenyum lebar. Dia mendapat satu ilham. "Apa kata Kak Iman yang nyanyi?"

Iman Nadhirah membulatkan matanya memandang Zafrina. "What? No, no! Karang tak pasal-pasal ribut taufan melanda."

Aidin menegur. "Haipp! Jangan cakap macam tu! Syirik namanya."

Iman Nadhirah memuncungkan mulut. Sajalah tu  nak suruh orang nyanyi jugak! Why me?! Meraung dengan air mata palsu. Iman Nadhirah merengus. "Bak lah sini gitar tu!"

Zafriel Adrian mengeluarkan gitar daripada beg lalu dihulurkan pada gadis itu. Timbul rasa curiga di hati. Dia pandai ke main gitar. Tetapi apabila meluhat Iman Nadzir relaks saja, dia pun segera mengusir rasa curiga itu.

Iman Nadhirah mula memetik gitar. Zafrina bersiap sedia dengan kamera video di tangan. Ingin merakam video nyanyian Iman Nadhirah.

I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie
Is made up on your side

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

Iman Nadzir memandang orang-orang sekelilingnya. Masing-masing ternganga dan terkesima dengan suara Iman Nadhirah.

Zafriel Adrian hanya kaku seketika. Dia tidak menyangka gadis itu mempunyai suara yang semerdu itu. Dia mengeluarkan telefonnya. Diambilnya gambar Iman Nadhirah tanpa sesiapa sedari.

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah, yeah
All I ever wanted was for you to know
Everything I do, I give my heart and soul
I can hardly breathe, I need to feel you here with me, yeah

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear will always get me through the day
And make it OK
I miss you

Tamat sahaja nyanyian, mereka tepuk tangan dan diiringi dengan sorakan. Iman Nadhirah senyum saja. Matanya melirik Zafriel Adrian, satu-satunya yang tidak menepuk tangan. Dia sibuk dengan telefon di tangan. Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. Malas mahu fikir pasal orang yang dibencinya itu.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now