103

2.7K 239 41
                                    

Zafriel Adrian meletakkan ayam yang telah siap dimasak ke atas pinggan. Diletaknya pula, ketang lenyek dan sayur coleslaw. Sedang dia khusyuk membuat kerja, Adam berdiri di sebelahnya. "Kau nak apa, Dam?" Soal cef itu.

"I nak tanya you sikit."

Zafriel Adrian meletakkan pinggan itu pada kaunter yang menghubungkan dapur dan ruang makan pelanggan. Dia mengelap tangannya pada kain. "Apa dia?"

Adam menggaru kepala. Rasa teragak-agak ingin bertanya. "Ermm... kawan Iman tu single tak?"

Terjungkit kening Zafriel Adrian mendengar soalan Adam. "Kawan Iman? Yang mana? Najwa? Qaira? Jangan Hazqel sudahlah..."

Adam membuat muka cemberut. "I tahulah I ni macam ni, tapi I straight okay?"

Zafriel Adrian sengih.

"Yang tadi you cakap tu," kata Adam tidak memberitahu nama yang dimaksudkan dengan lebih spesifik.

Berkerut-kerut dahi cef muda itu. "Najwa?"

Adam mengangguk.

"Entah. Nak aku tanya ke?" Zafriel Adrian menawarkan diri untuk bertanyakan Najwa. Telefon di dalam poket seluar dibawa keluar.

"You ada nombor dia ke?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Kejap eh?" Dia membuka aplikasi Whatsapp. Dicari nama Najwa. Dia menaip,

Zafriel Adrian: Assalamualaikum, ada orang tanya kau single ke?

Sementara itu, Najwa, Iman Nadhirah dan Qaira baru sahaja habis kuliah. Mereka berbincang tentang assignment yang baru diterima sambil berkalan ke kafeteria.

Kedengaran telefon Najwa berdering menandakan ada mesej baru masuk. Dibawa keluar dari dalam poket seluar slack. Langkah kakinya semakin perlahan dan akhirnya terhenti. Terbeliak mata Najwa memandang mesej berbaur selamba dari suami kawannya. Ada ke patut tanya dia single ke tidak? Tidakkah menimbulkan rasa curiga? Betul ke orang lain yang tanya?

Najwa mengemam bibir. Dipandang Iman Nadhirah yang sibuk berbincang dengan Qaira. Mereka sudah pun jauh ke hadapan. Langsung tidak sedar Najwa berhenti.

Laju Najwa membalas.

Najwa: Kau cuba nak curang dengan Iman ke?

Terkejut Zafriel Adrian membaca balasan mesej Najwa. Eh, dia ni? Agak-agaklah pun nak curang. Nadhirah yang sorang tu pun payah nak jaga, nak cari perempuan lain pulak! Cari nahas namanya tu!

Zafriel Adrian: Tak elok fitnah. Memang orang lain yang tanya. Jawab ajelah, kau single ke tak?

Najwa menjegilkan mata pada skrin telefonnya seolah-olah dia menjegilkan mata pada Zafriel Adrian.  Dua ibu jarinya menekan-nekan keyboard pada skrin telefon.

Najwa: Tak!

Zafriel Adrian menjungkitkan kening seakan tidak percaya dengan jawapan Iman Nadhirah. Adam yang duduk di sebelahnya hanya memerhati. Mungkin masih setia menunggu jawapan dari si dia melalui cef muda itu.

Lantas Zafriel Adrian menekan lama nombor 1 yang sudah disetkan nombor isterinya.

Iman Nadhirah tersentak mendengar suara Zafriel Adrian menyanyi lagu Sabar. Dia melihat sekeliling kafeteria mencari suara itu. Tiada.

"Iman, phone kau berbunyi!" Beritahu Qaira.

"Hah?" Matanya terarah pada telefon yang diletakkan di atas meja. Terpampang nama Hubby Ian beserta gambar nikah mereka. Belum sempat Iman Nadhirah menjawab, telefonnya berhenti berbunyi.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now