54

3.6K 206 13
                                    

Iman Nadhirah mengeluh kerana ditinggalkan seorang diri. Haih, terima sajalah nasib kau, Iman!

Pen berdakwat cair berwarna biru itu dicapai. Dia membuka buku karangan. Pen itu dilarikan di atas kertas.

When it's you and me
We don't need no one to tell us who to be
We'll keep turning up the radio

Iman Nadhirah menoleh memandang telefonnya yang sudah mengeluarkan lagu Rock n Roll. Terkejut juga tiba-tiba suara Avril Lavigne menyapa gegendang telinga. Dia menjawab panggilan itu setelah melihat nama pemanggil.

"Wei, Iman! Buku karangan aku kat kau ke?"

Iman Nadhirah menggeleng kecil mendengar suara Darmia yang kedengaran panik itu. "Aisy, kau! Terus terjah tak bagi salam. Kalau depan mata ni mau kena sekeh kepala!"

"Eh, sorry! Sorry! Aku cemas sangat ni. Kau ambil buku karangan aku ke?"

Buku karangan Darmia yang berada di atas meja itu dikerling. "Ada ni ha. Kan aku dah cakap aku pinjam buku kau pagi tadi. Lupalah tu!" Tebaknya. Berpura-pura tidak tahu tentang surat yang terselit di dalam buku tersebut.

Kedengaran suara tawa palsu di talian. "Ha..ah, lupa! Boleh tak kau pulangkan buku tu sekarang? Err... aku nak ubah sikit karangan aku tu."

Iman Nadhirah senyum kelat. Alasan! Pasti Darmia mahukan buku itu kerana surat itu. "Yelah, dalam sepuluh minit aku sampai."

"Okey."

Talian dimatikan. Keluhan malas dilepaskan. Buku karangan Darmia dan surat dicapai. Diselitkan surat itu di dalam buku. Langkah dibawa masuk ke dalam rumah. Mata meliar-liar ke sekeliling rumah mencari Puan Sri Ilyana.

"Wei, shoot terus! Shoot!" Suara Iman Nadzir di tingkat atas menyapa gegendang telinga.

Iman Nadhirah mendongak ke atas. Dia mengorak langkah mendaki anak tangga. Tiba di tingkat atas, kelihatan Zafriel Adrian dan abangnya sedang bermain Xbox.

Dia menggeleng kecil. Haih, budak tak matang!

Cakap macam dia tu matang saja!

"Abang," panggil Iman Nadhirah.

"Hmm..." Iman Nadzir menggumam tanpa menoleh. Mata difokuskan pada kaca televisyen. Tangan pula sibuk menekan-nekan remote controller.

"Mama mana?"

"Pergi pasar dengan Mak Tipah. Beli barang dapur katanya. Nak apa?" Soal Iman Nadzir.

Iman Nadhirah mengeluh. Nak tak nak, terpaksa juga minta izin abangnya. "Nak pergi rumah Mia. Ada hal kejap."

Dengar saja nama Darmia disebut, terus game bola itu diberhentikan. Iman Nadzir memalingkan wajah memandang adik kesayangannya. "Abang hantar."

Baru saja ingin bangun dari duduk, Iman Nadhirah menghalang, "Eh, tak payah! Adik boleh pergi sendiri. Bukannya jauh pun!"

"Tapi..."

"Biarlah dia pergi seorang, Nadz. Rumah Mia tu cuma jauh sikit je," potong Zafriel Adrian menghalang niat Iman Nadzir.

Iman Nadzir mengeluh perlahan. "Yelah. Hati-hati jalan tu. Jangan cakap dengan orang," pesannya.

Iman Nadhirah senyum mengusik dia menyoal, "Yang kenal pun tak boleh?"

Iman Nadzir menggeleng. "Tak boleh!"

Iman Nadhirah ketawa kecil. Tahu abangnya itu amat menyayangi dirinya dan tidak mahu perkara buruk berlaku padanya.

Belum sempat Iman Nadhirah beredar dari situ, Zafriel Adrian bangun mendekati Iman Nadhirah. "Jangan lupa minta maaf dekat kawan kau tu."

Gadis itu mengerutkan kening. Minta maaf? Aku ada buat salah apa?

Seakan mengerti persoalan yang berlegar di fikiran Iman Nadhirah, Zafriel Adrian menjawab, "Pasal kau baca surat tulah. Sampaikan maaf aku sekali. Kaulah punya pasal paksa aku baca benda alah tu!" Sempat lagi dia mengungkit hal dipaksa itu.

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. "Whatever!"

Iman Nadzir yang tidak berganjak daru tempat duduknya hanya memerhati adik dan kawan baiknya bercakap. Satu patah perkataan pun tidak didengarinya kerana Zafriel Adrian menggunakan nada suara yang perlahan.

Usai itu, Iman Nadhirah meminta diri beredar dari situ.

__________________________

Setivanya di rumah Darmia, Iman Nadhirah terus memberi salam. Dua kali salam diberi barulah ada jawapan dari orang di dalam. Kelihatan Puan Marina, keluar dari pintu utama rumah. "Iman! Nak jumpa Mia ya? Dia ada kat atas." Wanita itu terus memberitahu tanpa sempat Iman Nadhirah memberitahu tujuan ke mari.

Senyuman manis dihulurkan. Iman Nadhirah menyalam dan mengucup tangan wanita yang sudah tidak asing dengannya itu. "Saya naik atas terus ya, mak cik?" Dia meminta izin.

Puan Marina mengangguk.

Iman Nadhirah menapak masuk ke dalam rumah yang tidak asing baginya. Bilik Darmia dituju. Pintu yang tidak ditutup rapat itu ditolak. "Assalamualaikum."

Kelihatan Darmia sedang mengulang kaji pelajaran. Dia menjawab salam sebelum meluru mendapatkan kawan baiknya.

Iman Nadhirah menghulur buku karangan kepada Darmia. Darmia laju menyambut. Buku itu diselak secara rambang seolah-olah mencari sesuatu yang terselit di dalamnya. Darmia panik. Takde??

Iman Nadhirah masih berdiri di muka pintu. Tangan disilangkan di belakang. Kelakuan Datmia yang pelik itu hanya diperhati. Kemudian dia menarik tangan ke hadapan. "Cari ni?"

Darmia mengangkat wajah. Terbeliak matanya melihat kertas yang berlipat di dua hujung jari Iman Nadhirah.

Glup! Air liur yang ditelan terasa tersekat di kerongkong. Dia dah tahu? Desis hati Darmia.

"Aku tak sangka kau orang yang aku suka. Berhari-hari aku cari orangnya. Tak sangka orang yang disukai abang aku ialah orang yang paling dekat dengan aku," ujar Iman Nadhirah. Kertas di tangan dilambung-lambung ke udara.

Darmia diam. Lidah kelu untuk bersuara.

"Kenapa kau tak beritahu aku? Dan aku yakin, Intan dan Ainnur pun tak tahu kan?" Tebak gadis itu.

Dada Darmia berombak kencang. Rasa takut menyelubungi diri. Takut jikalau Iman Nadhirah akan membencinya.

Iman Nadhirah menghela nafas. Dia memandang anak mata Darmia yang jelas ketakutan itu. "Apa perasaan kau pada abang aku?" Soalnya.

Darmia mengetap bibir. Dia tunduk. "Aku... aku..."

"Kau tak sukakan dia? Jangan bagi harapan. Aku tak nak abang aku terluka lagi sekali. Kalau kau sukakan dia, aku tak larang kau. Aku tak kisah pun kau nak end up dengan abang aku." Senyuman manis diukir di bibir.

Darmia memandang anak mata kawan baiknya. Mencari kebenaran di sebalik kata-katanya.

"Aku lagi gembira kalau abang aku gembira. Kau gembira. Tapi hanya satu saja aku pinta. Jangan bagi harapan andai kau tak mampu untuk tunaikan," ucap Iman Nadhirah.

Darmia perlahan-lahan senyum. "Aku... aku dah lama sukakan Iman Nadzir."

✩✩✩✩✩

Yeay! Darmia dengan Nadzir akhirnya. 🙌🙌 Opss! Belum lagi daaa... Darmia baru confess.😂😂 Lek dulu. Aku akan menghilang selepas ni. 😏 Alaa tak lama pun sampai esok je. Haha... I joining school camp. So, selamat menikmati hujung minggu guys!😊

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now