16

5.2K 271 2
                                    

Taufik senyum membaca surat yang baru diterimanya. Iman Nadzir yang baru masuk ke dalam kelas sedar Taufik kelihatan gembira. Dia berasa pelik. "Ha, surat apa tu, Fik?" sergahnya.

Taufik terperanjat. Laju dia menyimpan surat itu. "Takde apa-apa lah. Just a paper."

Iman Nadzir menjungkitkan kening sebelah. Paper? "Kalau sekadar kertas, takkanlah kau sampai senyum. Bukan setakat senyum biasa. Dah nak sampai cuping telinga tu," ujarnya dalam gurauan.

Taufik tergelak. "Ada-ada je kau ni! Betullah kertas aje."

_____

Sementara itu di luar kelas, Zafriel Adrian mencuri lihat Taufik dan perbualan di antara Taufik dengan Iman Nadzir. Zafriel senyum. Buku nota kecil dibawa keluar dari poket. Dia mencatat,

Day First : success!

Kemudian, Zafriel Adrian pergi ke kelasnya.

_____

Intan mengerutkan kening. Lama-lama bibirnya tersenyum. Darmia dan Ainnur sendiri pelik dengan Intan yang senyum hanya kerana membaca sehelai kertas.

Iman Nadhirah mengangguk perlahan. Buku catatan yang terpapar gambar teddy bear di hadapannya dibawa keluar. Dia mencatat,

Pemerhatian: Intan senyum membaca surat pada hari pertama.

Buku itu disimpan semula. Mujur Darmia dan Ainnur tidak nampak buku itu. Jikalau tidak pasti ada sahaja yang mereka mahu melihat.

_____


Petang itu, di rumah Iman Nadhirah. Gadis itu tidak berhenti senyum. Tidak sabar mahu memberitahu Zafriel Adrian tentang perancangan mereka.

Zafriel Adrian yang baru tiba meletakkan begnya. "So?"

Iman Nadhirah menaikkan ibu jarinya. "Kau?"

Zafriel Adrian senyum. "Samalah kita. Nak teruskan?"

Iman Nadhirah mengangguk. "Dah tentu!"

_____

Hari demi hari, semakin banyak surat Taufik dan Intan. Mereka masih tidak tahu bahawa surat-surat itu ditulis oleh Zafriel Adrian dan Iman Nadhirah.

Suatu hari, Intan membaca surat yang baru diterimanya. Dia menjerit teruja. Laju sahaja Ainnur menekup mulut Intan.

Darmia yang sudah menutup telinga menjatuhkan tangan. "Kau ni dah kenapa, Intan? Sawan apa? Setahu aku, kita baru aje dapat suntikan imunisasi, takkan effectnya terus jadi sawan?"

Intan menjeling Darmia. Suka hati dia aje cakap aku ni sawan! Getus hatinya.

Iman Nadhirah masih diam menulis nota Sains. Hanya Ainnur dan Darmia memfokuskan diri mendengar cerita Intan.

Usai sahaja Intan bercerita, Darmia berkata dengan teruja. "Wow, serius ke? Eeee... bestnya! Untunglah kau. Aku ni, harap je ada crush tapi langsung tak dipandang." Mulutnya memuncung.

Ainnur membidas, "Alaa, kau! Harap je ada crush tapi tak pernah nak kongsi dengan kiteorang. Entah siapa-siapalah crush kau tu."

Darmia tersengih. Mana mungkin dia mahu beritahu. Paling bahaya kalau si Iman tahu. Sudahlah crushnya itu orang paling dekat dengan cik troublemaker itu.

Darmia tersedar sesuatu. Dia menoleh ke arah sebelahnya. Iman Nadhirah. "Woi!"

Tiada sahutan.

Darmia memandang Intan dan Ainnur. "Eh, dia dengar ke cerita kau tu tadi?"

Intan menggeleng. Pandangannya berkalih pada Iman Nadhirah. "Iman! Aku cerita ni, bukan kau nak dengar kan?" Marah gadis itu serentak menggoncangkan badan Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah terkejut. "Astaghfirullah al azim... kau ni buat terkejut je. Nak tulis nota pun tak senang," rungutnya.

"Kau tu, aku cerita, bukan nak dengar kan?"

Iman Nadhirah menjungkitkan kening sebelah. "Apa kau nak cerita?"

Intan memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati. "Mia, tengok minah ni!"

Darmia meloyar buruk. "Yelah, aku tengah tengok lah ni. Kau tak nampak ke?"

Intan memeluk tubuh. "Malas aku nak cakap. Merajuk dengan korang berdua." Dia terus memusingkan badan.

Iman Nadhirah memandang Ainnur. Dia mengangkat sikit dagunya.

Ainnur mengeluh. "Tulah kau! Dah tau Intan macam tu, lagi buat. Dia cakap, Taufik ajak dia jumpa kat Sunway Piramid."

"Dia kata lagi, dia nak mintak kita temankan dia, tapi masalahnya, aku ada latihan choral speaking. Si Ainnur ni ada taekwando," sambung Darmia.

Iman Nadhirah mengangguk kecil. "Bila?"

"Sabtu ni." Jawab Ainnur dan Darmia serentak.

Iman Nadhirah berfikir sejenak. "Intan, aku temankan kau Sabtu ni."

Intan yang mendengar terus menoleh. "Serius ke? Sayang kau banyak-banyak, Iman!" Terus gadis itu mendepakan tangan ingin memeluk Iman Nadhirah.

Laju Iman Nadhirah berundur. "Eh, jangan peluk aku! Aku tak nak temankan baru tau."

Intan sengih. "Sorry, aku terlebih excited."

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now