42

3.9K 214 9
                                    

Iman Nadhirah memusing-musingkan pen di tangan. Matanya sesekali melirik ke arah Zafriel Adrian yang sedang membuat kerja sekolahnya. Di kedua-dua belah telinga lelaki itu terlekap headphone berwarna biru.

"Zafriel..." Iman Nadhirah memanggil lelaki itu. Namun, tiada sebarang sahutan. Dia menjulingkan mata ke atas. Dia bangun dan berjalan ke sebelah kanan Zafriel Adrian. Headphone sebelah telinga kanan di tarik.

"Zafriel!" Dia memanggil lelaki itu betul-betul di telinga kanan.

Zafriel Adrian terus menurunkan headphonenya biat tergantung pada leher. Kepalanya mendongak memandang Iman Nadhirah yang sedang berdiri. Dia mengerutkan kening. "Kau ni dah kenapa? Saja nak merosakkan headphone aku ke apa?"

Iman  Nadhirah memeluk tubuh. "Aku panggil kau banyak kali, kau tak dengar. So, aku tariklah headphone," katanya selamba. Menipu habis! Padahal baru sekali dia panggil.

"Lagipun, setahu aku, aku yang selalunya pakai earphone. Tapi kau melampau sampai pakai headphone, apa kes?" Soalnya tidak berpuas hati. Dia sudah pun kembali duduk.

Zafriel Adrian mengerling tajam gadis itu. "Masalahnya sekarang, siapa tutor siapa? Aku yang tutor, so sukahati akulah nak pakai headphone ke speaker ke. Kau tu yang sepatutnya tak boleh pakai," ujarnya.

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. "Whatever lah!"

Zafriel Adrian mengeluh. Dia memeluk tubuh. "Kau nak apa sebenarnya? Kalau setakat nak ganggu, saja-saja nak panggil baik tak perlu!" Kemudian, dia mengambil botol mineral miliknya yang berada di atas meja lalu diminum.

Iman Nadhirah memandang Zafriel Adrian yang sedang minum itu. Dia mengecilkan mata. "Kau... dah tunang ke?"

Langsung tersembur air yang diminum Zafriel Adrian tepat mengenai muka Iman Nadhirah. Zafriel Adrian lantas mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket seluarnya. Dia menghulurkan sapu tangan itu kepada Iman Nadhirah. "Eh, sorry! Aku tak sengaja dan tak berniat apa-apapun," ujarnya laju sehingga Iman Nadhirah hampir tidak dapat ditangkap kata-katanya.

Iman Nadhirah mengambil sapu tangan mengelap mukanya yang kebasahan. Usai itu, dia membuat muka mahu marah.

Zafriel Adrian mengetap bibir. Jujur dia tidak sengaja menyembur pada muka gadis itu. Cuma dia terkejut dengan soalan gadis itu tadi. "Ermm... k... kau nak aku jawab tak?"

Iman Nadhirah membuat muka tak berperasaan. Kemudian dia mengeluh. "Betul ke kau dah tunang?" Dia tanya lagi. Soal semburan tadi dilupakan.

Zafriel Adrian menghela nafas panjang. "Apa yang membuatkan kau tanya soalan ni? Siapa yang cakap aku dah bertunang tu?" Soalnya dengan tenang.

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. Apa ni? Soalan dijawab dengan jawapan, tak belajar BM ke apa? "Aku nampak dalam contact kau."

Zafriel Adrian menunduk. Dahinya ditumbuk perlahan. Nama contact! Patutlah Iman Nadhirah diam selepas menelefon Zafrina. Dia asyik risau gadis itu lihat gambar dalam galeri telefon sehingga lupa pasal nama contact tersebut. Dia mengangkat wajah melihat Iman Nadhirah sedang menanti jawapan dari mulutnya
Dia berdeham sambil membetulkan kedudukannnya. "Kenapa kau fikir aku bertunang pulak? Apa salahnya aku nak letak nama dia macam tu? Bukannya dia seorang aku tak letak nama betul. Abang kau pun aku tak letak nama betul kan?"

Iman Nadhirah terdiam. Dia teringatkan nama Best Childhood Friend yang diletakkan bagi nombor telefon Iman Nadzir.

"Jadi, apa masalahnya? Tak semestinya aku dah tunang kalaupun aku letak nama macam tu," ujar Zafriel Adrian. Ada sebab lain sebenarnya, tapi dia cuba mencari alasan untuk mengaburi mata gadis itu. Matilah kalau gadis itu tahu bahawa dia sudah bertunang. Tambah lagi dengan orang yang paling dibenci.

Iman Nadhirah terdiam sejenak. "Aku tahu siapa pemilik nama tu." Dia senyum penuh makna. Kening sebelah kanan dijungkit dua kali.

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Apa dia cakap ni?

"Zaara kan?"

Lelaki itu terus memecahkan tawa besar. Iman Nadhirah pelik memandnag lelaki itu. Apa yang kelakarnya?

"Zaara? Like seriously? Apa yang buat kau fikir dia pemilik nama tu?" Soal Zafriel Adrian bersama sisa tawa.

Iman Nadhirah menjungkitkan bahu. "I don't know. Maybe sebab kau dengan dia rapat?" Kening sebelahnya terjungkit. Dia sendiri tidak berapa pasti mengapa dia fikir gadis itu yang menjadi pemilik nama 'My Love Fiancee' itu.

Zafriel Adrian menggeleng kepala. "Mana ada. Aku anggap dia tak lebih daripada seorang kawan. Tidak semestinya kita orang rapat, aku suka dia. Cara kau cakap pulak, macam Zaara je satu-satunya perempuan yang rapat dengan aku. Kau pun rapat dengan aku, apa? Walaupun kita... selalu gaduh," hujahnya.

Iman Nadhirah laju menafikan pernyataan tersebut, "Tak! Aku tak rapat dengan kau!"

Zafriel Adrian menjulingkan mata ke atas. "Whatever."

"Tapikan, kalau Zaara kau anggap macam kawan. Kalau aku? Musuh?" Iman Nadhirah menyoal. Entah mengapa hatinya membuak-buak ingin tahu siapakah dia pada lelaki itu.

Zafriel Adrian mengusap dagu. "Ermm... kalau kau?" Dia menyoal kembali sambil menjungkitkan kening.

Iman Nadhirah angguk.

Zafriel Adrian menghela nafas sebelum menjawab, "Aku anggap kau macam kawan aku sebab kita berkawan waktu kecil. Tapi disebabkan kau kata kita tak rapat, I guess aku anggap kau tak lebih daripada adik kepada kawan aku sendiri atau mungkin junior yang perlu dibimbing." Dia memandang Iman Nadhirah yang sudah menunduk itu. Jikalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia mengatakan perkara sebenar. Akan tetapi apabila difikir kembali sewarasnya, lebih baik jangan beritahu perkara yang sebenar.

Iman Nadhirah terkelu lidah. Sesi tutor pada hari itu lebih kepada bercerita tentang hal peribadi. Dia kemudiannya mengemas buku-bukunya.

Zafriel Adrian berasa pelik. Jam tangannya dipandang. "Nadhirah, baru sejam berlalu. Kau dah kemas? Bukan selalunya kita..."

Iman Nadhirah memotong, "Kau balik jelah dulu. Aku takde mood lah nak belajar harini."

Zafriel Adrian semakin pelik. Takde mood? Tadi bukan elok saja ke? "Mana boleh takde mood. Kalau nak berjaya kenalah berusaha. Menuntut ilmu tu kewajipan setiap orang..." Belum pun habis berkata-kata, dia memandang sekeliling.

Eh, mana Nadhirah? Kepala digaru.

__________

Iman Nadhirah meletakkan beg dan bukunya di atas meja belajar sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Dia melabuhkan punggung di atas katil. Teddy bear berwarna putih yang menjadi teman tidurnya dipeluk.

Dia menggeleng beberapa kali. Cuba menghilangkan ingatan tentang kejadian tadi.

Iman Nadhirah merengus. "Kau ni dah kenapa Iman? Orang dah terang-terangan tak suka, tak payahlah menggedik kejar dia. Hidung pun tak mancung, pipi pulak nak tersorong-sorong. PUIH!"

Iman Nadhirah kemudiannya menggaru kepala. "Tapi kenapa aku nak fikir pasal benda ni. Mengarut betul lah! Tak berfaedah. Tak masuk PT3 pun!" Dia menggeleng kecil. Dia terus baring. Sebelah lengannya memluk teddy bear, sebelah lagi diletakkan di atas kepala. Mata dipejam.





✩✩✩✩✩✩✩✩✩

Nah, aku bagi hadiah chapter sebagai balasan korang jadikan reader of this story sebanyak 60++k. Alhamdulillah, thanks guys! Dan aku juga berterima kasih untuk ranking CTPH!

 Alhamdulillah, thanks guys! Dan aku juga berterima kasih untuk ranking CTPH!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now