3

7.6K 340 5
                                    

Iman Nadhirah memandang pantulan dirinya di cermin. Malam itu dia diminta untuk memakai dress labuh berwarna pink. Dia merengus. I don't care about colours and outfits. But why must pink and dress? Tudung shawl biru di kepalanya dibetulkan sedikit.

"Ha, kan cantik adik abang pakai macam ni?"

Iman Nadhirah memandang Iman Nadzir yang berdiri di muka pintu. Lelaki itu memakai kemeja lengan pendek berwarna hijau kuning bersama seluar jeans.

Iman Nadhirah memuncungkan mulut mendengar komen dari mulut abangnya itu. Iman Nadzir menggeleng kecil. Mulutnya tersengih. Bukan dia tidak tahu adiknya amat lah anti dengan pakaian bernama 'dress' dan warna merah jambu. Katanya, dua benda itu terlalu 'girly'.

Kebiasaannya, gadis itu akan menyarung T-shirt putih lengan panjang dan kemeja lengan panjang yang dilipat hingga ke siku. Butang kemeja tidak akan dibutang dan menampakkan T-shirt putihnya. Selain itu, gadis itu selesa memakai tudung shawl. Macam lelaki kan, gaya pemakaiannya?

Iman Nadhirah merungut, "Cantik apanya macam ni? Lagi best pakai macam abang."

Iman Nadzir mengerutkan kening. Tangan disilang ke dada. "Adik, cara berpakaian adik yang kebiasaan itu serupa dengan lelaki. Mana boleh, dik. Haram perempuan berpakaian menyerupai lelaki begitu juga sebaliknya. Abang tengok, okey apa adik pakai macam ni. Barulah abang tau adik abang ni perempuan bukan 'split gender'. Baju lelaki, jantina perempuan."

Iman Nadhirah makin memuncung. Ish, bukan nak bela kita! Lagi dia kutuk cara pemakaian aku? Apa yang salahnya? Tetap menutup aurat kalau rupa macam lelaki sekali pun?

"Dah-dah tak mau muncung-muncung. Dah macam itik dah abang tengok. Jom turun. Karang mama marah kita turun lambat." Iman Nadzir menarik adiknya keluar dari bilik. Iman Nadhirah hanya mengikut tanpa bantahan.

____

Iman Nadhirah menyucuk-nyucuk steak daging. Matanya dijegil tak lepas memandang Zafriel Adrian yang duduk berhadapan dengannya. Giginya diketap geram. Kalau bukan sebab kau tetamu aku, memang aku kerjakan kau cukup-cukup Zafriel Adrian bin Umar Arman!

Zafriel Adrian tahu gadis di hadapannya sedang memandangnya dengan penuh rasa kebencian. Namun, dia malas mahu mengendahkan.

Iman Nadzir asyik memerhati kedua-duanya. Bimbang juga jika perbalahan tercetus. Dia kasihankan adiknya nanti terpaksa menadah telinga mendengar 'ceramah' dari Tan Sri Nazmi bin Kamaruddin.

Zafrina Adirah yang juga tahu hal abangnya dan seniornya, Iman Nadhirah turut sama memerhati. Walaupun baru seminggu dia bersekolah di SMTI, tak bermakna abangnya tak pernah beritahu Iman Nadhirah kepadanya.

Orang tua mereka pula tak habis-habis berbual. Dari isu luar negara, masuk ke isu kereta kemudian bertukar pula tajuknya kepada hal kampung. Sekarang, mereka berbual mengenai isu agama pula.

Sementara itu, apa kata kita flashback kejadian mula-mula Iman Nadhirah bertemu dengan tetamu malam itu.

Iman Nadzir turun ke tingkat bawah diikuti Iman Nadhirah.

"Ha, tu pun dua beradik tu! Lambat bebenor nak bersiapnya!" usik Puan Sri Ilyana setelah agak lama berbual dengan keluarga kawan baik suaminya.

Iman Nadzir terkejut apabila mendapati keluarga kawan papanya itu, keluarga orang yang amat dikenalinya dan adiknya.

Baru sahaja Iman Nadzir ingin berkata sesuatu pada adiknya, Iman Nadhirah terlebih dahulu. "Kau?!"

Zafriel Adrian yang sedari tadi menunduk, tersentak mendengar suara itu. Dia memandang ke arah suara itu. Bukan dia saja, malah semua orang di situ.

"Mama, asal mamat tu ada jugak?!" marah Iman Nadhirah seolah-olah Zafriel Adrian tidak wujud di situ.

"Adik!" bisik Iman Nadzir memberi amaran.

"Iman Nadhirah, please behave. Mereka termasuklah orang yang kamu kata itu. Mamat yang adik sebut tu ada nama dan namanya, Zafriel Adrian. Ada faham?!" selamba Tan Sri Nazmi memarahi anaknya di hadapan tetamu.

Iman Nadhirah merengus. "Kot ya pun marah, tak perlu lah sampai nak bagitau nama. Apa ingat aku tak tau nama pengawas bajet alim tu?!" getusnya perlahan.

"Adik, I heard that!" bisik Iman Nadzir.

Iman Nadhirah hanya menjeling abangnya itu.




✩✩✩✩✩

Sorry if ceritanya still membosankan.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now