107

1.9K 169 45
                                    

"Astaghfirullahal azim... apa kena dengan aku ni cakap dengan cermin. Mama, Iman dah jadi gila ke?" Iman Nadhirah memegang kedua-dua belah pipinya seperti tadi.

Serentak pintu bilik dibuka dari luar. Tergamam Zafriel Adrian di muka pintu.

Terbuntang dua biji mata Iman Nadhirah. Allahu... tolong aku!

Zafriel Adrian mengerutkan kening melihat isterinya berpakaian lain daripada kebiasaan. "Dah kenapa kau pakai baju macam ni? Buang tabiat?"

Terkebil-kebil mata Iman Nadhirah mendengar kata-kata suaminya. Buang tabiat dia kata?

Jantung Zafriel Adrian bagai mahu pecah melihat isterinya. Kalau ikutkan rasa hati, memang dia terkam terus! Rezeki dah ada depan mata. Tapi bahaya juga, macam mana kalau dia memang betul-betul buang tabiat? Tak lama lagi mendudalah aku!

Astaghfirullah... Naudzubillah... tak baik doa yang bukan-bukan, Zafriel!

"Dahlah, mandi lagi bagus!" Zafriel Adrian terus membawa langkah ke bilik air.

Iman Nadhirah memuncung. Punyalah penat aku bersolek, dia pergi masuk bilik air pulak!

Eh, pantun dua kerat!

Gadis itu duduk di atas katil menanti suaminya keluar dari bilik air. "Oh, dengan Zaara boleh pulak kau bermesra bagai? Aku yang dah berpangkat isteri kau ni, tak mau layan pulak!" Desisnya geram.

"Eee... geramnya aku!" Tangan naik ke rambut dan digenggam kuat.

"Apa yang geram sangat tu?"

Iman Nadhirah mengalihkan pandangan ke arah suara itu. Kelihatan Zafriel Adrian mencapai tualanya yang tersangkut pada penyidai baju. Dia kemudian menghilang kembali ke dalam bilik air.

Iman Nadhirah menggigit kuku yang pendek. Dia dengar ke apa aku cakap?

____________________________

Iman Nadhirah membuka matanya perlahan-lahan. Matanya memandang sekeliling kamar. Rasa sesuatu yang pelik. Ditambah lagi apabila nampak Zafriel Adrian baru keluar dari bilik air. Wajahnya kelihatan cemas.

Mata Iman Nadhirah tertancap pada jam dinding. Terbuntang matanya luas. 8.15 pagi! Terus melompat gadis itu dari katil.

"Zafriel! Apasal kau tak kejutkan aku? Oh no! Dah lambat sangat ni!"

"Aku pun baru bangun, macam mana nak kejut kau lagi? Aku pun dah lambat ni tau tak? Hari ni diorang nak bukak restoran awal."

Kelam kabut Iman Nadhirah mengambil tuala mandinya dan masuk ke dalam bilik air.

Zafriel Adrian tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja. Selesai berpakaian, dia terus turun ke bawah. Niatnya ingin tunggu Iman Nadhirah di kereta sahaja.

Tak sampai 15 minit, Iman Nadhirah muncul dengan tudung shawl dililit pada leher. Terkocoh-kocoh dia menyarung sandal dan mengunci pintu utama. Zafriel Adrian menghidupkan enjin kereta. Sebaik sahaja isterinya masuk ke dalam kereta, dia memecut laju keluar dari halaman rumah.

Iman Nadhirah memakai shawl dengan cara yang betul sambil melihat cermin. Suasana di dalam kereta itu sunyi tanpa sebarang suara. Masing-masing fokus nak sampai ke destinasi yang ingin dituju. Mungkin juga memikirkan alasan munasabah untuk diberi atas kesalahan lewat ke kuliah dan tempat kerja.

Iman Nadhirah merungut-rungut dalam hati. Rasa bengang kerana tidur lena sampai tak sedar langsung  bunyi alarm. Bunyi alarm? Ada set ke malam tadi?

Zafriel Adrian pula cuba mengekalkan riak wajah tenang. Padahal dalam hati rasa gundah-gulana. Bimbang dia dipecat kerja memandangkan pernah digantung sebelum ini. Ah, kenapa pulak harini boleh terlewat bangun?

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now