92

3.5K 216 71
                                    

Zafriel Adrian baring meniarap di atas katil empuk. Matanya dipejam erat. Sesekali terfikir, adakah malam ini dia perlu tidur di atas lantai? Dia berdesis perlahan. Dalam keadaan belakang badan dan kaki sakit, mampukah dia tidur di atas lantai?

Kalau ada sofa dalam bilik ni, tak apalah juga. Zafriel Adrian mengeluh perlahan. Nasib kaulah dapat isteri yang tak rela nak berkahwin.

Serta-merta lagu Aiman Tino, Ku Rela Dibenci yang disetkan menjadi ringtone berbunyi. Memang tepat betul lagu ni dengan situasi sekarang.

Dengan rasa malas, Zafriel Adrian mencapai telefon yang diletakkan di atas almari sebelah katil. Tanpa melihat nama pemanggil, dia menjawab panggilan tersebut. "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila tinggalkan pesanan selepas bunyi nada, beep."

"Oi, kau ingat aku tak tahu tu suara kau?" Teriak orang di sebelah sana.

Zafriel Adrian mengeluh. Ingatkan mamat ni nak letak, tak jalan juga penipuan aku. "Hmmm... Apa kau nak?"

Zafriel Adrian dapat merasakan si Fahmi sedang tersengih seperti kerang yang tersangat busuk itu. "Macam mana feeling lepas kahwin?"

"Yang kau sibuk nak tau ni kenapa? Nak kahwin sangat ke?" Sindir Zafriel Adrian pedas.

Fahmi memuncungkan mulut. "Alaaa... tahulah dah ada bini. Kawan dilupakan. Cam nilah kau... aku tanua je pun, nak marah."

Zafriel Adrian tertawa kecil. "Sejak bila kau pandai merajuk ni, Mi? Aku gurau ajelah. Okey aje. Cuma Nadhirah masih tak boleh terima. Kau tau, pagi tadi dia tendang aku jatuh katil. Sumpah sakit belakang aku! Dah tendang, bukan nak tolong aku sapu ubat ke apa ke..."

Kedengaran Fahmi gelak besar di hujung talian. "Kesian kawan aku ni, baru hari pertama dah kena tendang. Tu nasib baik tendang jatuh katil, kalau tendang keluar rumah macam mana?"

"Itulah pasal. Haih, nasiblah dapat isteri macam tu." Zafriel Adrian pasrah.

_______________________________

Iman Nadhirah meletakkan bakul di tepi mesin basuh. Dia baru sahaja selesai menjemur kain di ampaian belakang rumah. Langkahnya diatur ke ruang tamu dimana Puan Sri Ilyana sedang syok menonton televisyen.

"Hai mama."

"Hmm... ha, Zafriel dah balik. Dia pergi atas kut. Pergi ambik minyak angin dekat laci tepi tangga sana."

Tanpa banyak kata Iman Nadhirah mengambil minyak angin itu. Kemudian diberi pada mamanya, "nah!"

"Apa bagi mama pulak? Pergilah sapu dekat kaki suami kamu. Dia kata dia jatuh tersadung kat luar tadi. Belakang badan dia pun sakit tu."

Iman Nadhirah membuat muka. Ingatkan untuk mama, untuk mamat tu rupanya! Padan muka! Balik rumah bini nombor satu tak bagitahu lagi, kan dah jatuh kat luar.

"Apasal Irah pulak nak kena sapu? Dia yang jatuh sendiri, dialah sapu."

Puan Sri Ilyana menjegilkan matanya. "Dia tu suami kamu. Memang dah jadi tanggungjawab kamu jaga kebajikan dia."

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. Isteri atas kertas aje pun! Dia melangkah naik ke tingkat atas. Kakinya sempat menghentak-hentak lantai. Nasiblah syurganya sudah berubah ke telapak kaki Zafriel Adrian, suaminya.

Aik mengaku pulak?

Senyaplah!

Dalam perjalannannya ke bilik, Iman Nadhirah terdengar sayup-sayup kedengaran suara perbualan Zafriel Adrian dengan siapa entah. Dia melekapkan telinga pada pintu. Kedengaran suara hilai tawa Zafriel Adrian yang boleh dikatakan ketawa bahagia, gembira, happy.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now