98

2.4K 201 10
                                    

Iman Nadhirah bangun dari tidurnya yang lena. Jam yang tergantung pada dinding dipandang. Terbuntang sedikit matanya melihat jarum jam pendek terarah pada nombor 10. Dah pukul 10 pagi?

Oh my Allah! Aku dah terlepas kelas aku!

Iman Nadhirah mulai panik. Dia bangun dari pembaringan. Serta-merta kepalanya terasa berat. Dia memejamkan mata. "Argh, sakitnya kepala!"

Tubuh yang tadi terasa biasa tiba-tiba kesejukan. Iman Nadhirah kembali merebahkan diri di atas katil. Comforter ditarik menyelimuti tubuh. Badannya menggigil kesejukan. Dia mengerling memandang penghawa dingin. Elok sahaja tertutup. Kipas siling pula menarik perhatiannya. Kipas itu berputar dengan kadar perlahan menimbulkan rasa pelik di hati.

Air-cond tak bukak.

Kipas pun slow.

Apahal tiba-tiba rasa sejuk macam kena kurung dalam peti ais selama seminggu ni?

Jap, dah boleh mati dah kalau seminggu.

Setelah lama baru Iman Nadhirah sedar hanya dia seorang di dalam bilik itu. Mama dengan papa sudah semestinya bercuti sakan selepas papa pencen secara rasmi. Mentang-mentang anak dara diaorang dah kahwin, boleh diaorang bersuka ria. Hailaaa... mak ayah siapalah tu?

Abang pula confirm dua puluh empat jam menghadap kerja yang tak sudah-sudah. Ingatkan lepas dia berhenti jadi ketua pengawas dulu, nampak sikit dia relaks. Tapi tak juga! Apalah nasib kau nanti Mia?

Kejap!

Mama, papa, abang tak ada kat rumah. Zafriel entah ke mana menghilang. Mak Tipah sudah mula cuti dari... semalam kut? Bermakna, hanya dia seorang di rumah?

OH NO!

Tiba-tiba pintu bilik terbuka dari luar. Tanpa berfikir apa-apa, Iman Nadhirah jerit akibat rasa terkejut.

Zafriel Adrian yang menatang dulang itu turut sama terkejut. "Kau dah kenapa jerit?"

Iman Nadhirah memandang wajah jejaka itu lama. "Kau pergi mana tadi?"

Sudah hilang nama Irah yang dibahasakan malam tadi. Zafriel Adrian mengerutkan kening. "Masaklah. Apa lagi?"

Iman Nadhirah lega apabila mengetahui dia tidak ditinggalkan seorang diri di rumah. "Kenapa tak kejutkan aku? Dah pukul 10 dah. Terlepas kelas, tau tak?"

Kening Zafriel Adrian makin berkerut. "Kau dah demam, berselimut satu badan tu. Ada hati lagi nak pergi kelas?"

Iman Nadhirah terus memuncungkan mulut.

"Aku dah call bagitau kawan kau tu, kau tak datang harini," tambah jejaka itu. Dia meletakkan dulang di atas meja.

Serentak dua-dua belah kening Iman Nadhirah ternaik. "Apa? Mana kau dapat nombor kawan aku?"

"Telefon kaulah. Siapa suruh guna password lama?" Dengan selamba Zafriel Adrian menjawab.

Iman Nadhirah membulatkan matanya. "Kau selongkar telefon aku? Bagitau, kau bukak apa aje dalam tu?"

Zafriel Adrian menahan senyuman. Oh, tau pun takut! Hmm... mari kita usik dia! "Aku bukak galeri telefon kau, bukak ermm... wechat kau, twitter, insta, apa lagi eh?"

Makin besar mata Iman Nadhirah. Dia terus bangun dari permbaringannya. "ZAFRIELL!!!" teriaknya sekuat hati. Pipinya sudah mula merona merah. Sudah pastinya ada rahsia di dalam setiap aplikasi itu.

Zafriel Adrian terus menghamburkan tawa yang tidak dapat ditahan lagi. "Lawak! Lawak! Aku tak bukak pun semua tu. Aku bukak contact aje cari nama kawan kau."

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now