90

3.4K 200 34
                                    

Iman Nadhirah memusingkan tubuhnya yang sudah tersarung gaun putih di hadapan cermin. Keningnya berkerut-kerut memandang cermin. Terasa seperti tidak kena memakai gaun itu. Boleh tak aku pakai baju putih dengan seluar putih aje? Rimaslah pakai gaun ni!

Pecah rekod pengatin perempuan pakai seluar di hari pernikahan. Confim viral di seluruh dunia. Wahai Iman Nadhirah, tolong jangan memalukan kaum sendiri boleh?

Keluhan berat Iman Nadhirah lepaskan. Beratnya macam orang keding mengangkat seekor gajah. Tapi berat lagi masalah hamba Allah yang seorang ini. Mana tak berat, kalau dah kena kahwin dengan lelaki bukan pilihan hati?

"Irah, buat apa lagi depan cermin tu? Tudung pun tak pakai lagi. Cepatlah bersiapnya! Pihak lelaki dah on the way nak ke rumah kita. Rumah dia orang bukan sejauh Kuala Lumpur dengan Johor," bebel Puan Sri Ilyana di muka pintu.

Tak lama selepas itu muncul Darmia di sebelah wanita itu. "Mama." Dihulurkan tangan untuk bersalam. Panggilan aunty memang sudah pupus selepas dia bergelar tunang kepada Iman Nadzir. Tak menyempat sungguh kata Iman Nadhirah. Belum kahwin sudah dipanggil mama.

Halah , dia jealous sebab mamanya sudah ada anak perempuan lain.

Puan Sri Ilyana berlalu dari bilik selepas menyampaikan bebelan pendeknya. Darmia menghampiri kawan baiknya yang masih berdiri di hadapan cermin dengan wajah sugul.

"Kau ni apahal, babe? Takkan sedih kut sebab dapat kahwin dengan Zafriel? Kahwin dengan dia umpama bulan jatuh ke riba wei! Dahlah baik, bertanggungjawab, taat pada orang tua, peramah. Pakej sekali dengan pandai masak pulak tu! Rugi kau lepaskan peluang ni."

Iman Nadhirah menjeling tajam. "Kau ni ada niat nak kahwin dengan Zafriel ke?"

Darmia laju menafi, "Eh mana ada! Aku cuma cakap macam tu supaya kau terima Zafriel sebagai suami kau. Itu aje. Dah-dah, meh aku tolong pakaikan kau shaw..."

"No! Aku tak nak pakai tudung tu!"

Tercengang Darmia. Pulak dah? "Dah tu kau nak pakai tudung apa?"

Iman Nadhirah memandang tudung sarung putih yang digantung di tepi almari baju dengan senyuman penuh makna.

Sementara itu, Puan Sri Ilyana mengintai-ngintai ruang tanu yang sudah dihuni orang ramai. Taklah ramai sangat. Hanya saudara terdekat, orang masjid dan tok kadi serta keluarga pihak lelaki. Memang majlis akad nikah pada petang itu dijalankan secara ringkas memandangkan tempoh untuk membuat persiapan tidak lama.

Tak lama kemudian, Darmia dan Iman Nadhirah turun. Terbeliak mata si ibu melihat anaknya memakai tudung sarung putih sahaja. "Irah kenapa pakai tudung sarung ni? Nadzir tak sewakan shawl putih sekali ke? Nadzir!" Tanpa sempat Darmia membuka mulut, Puan Sri Ilyana sudah memanggil anak sulungnya.

Termengah-mengah Iman Nadzir menghampiri mamanya. "Ada apa ma?"

"Ni, kamu sewa baju dengan veil aje ke? Shawl yang mama suruh sewa sekali tu mana?"

Iman Nadzir memandang Darmia memberi isyarat mata bertanyakan perihal adiknya yang memakai tudung sarung. Tudung pun boleh dijadikan isu? "Eh, mana ada. Sekali tudung shawl tulah. Dah bagi dah." Kecut perutnya melihat mamanya yang sudah seperti singa kebuluran itu.

Mencerlung mata Puan Sri Ilyana memandang Iman Nadzir "Ha, dah tu kenapa dia tak pakai?" Ditunding jari ke arah Iman Nadhirah. Sebelah tangan menyekak pinggang.

"Err... mama. Irah yang tak nak pakai." Darmia menyampuk. Dikerling Iman Nadhirah yang buat muka selamba. Dia asyik memandang kukunya yang siap berinai itu.

Mata Puan Sri Ilyana memandang tajam anak perempuannyayang masih menunjukkan riak selamba itu. "Kenapa tak pakai shawl?"

"Malas, rimas." Jawab gadis itu pendek.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now