77

2.8K 189 164
                                    

"Ini kerja you? Patutlah dari semalam I call you tak dapat, jumpa jantan lain rupanya!"

Iman Nadhirah menelan liur melihat wajah jejaka itu. Habislah!

Iman Nadzir memandang lelaki itu curiga. Dah kenapa tiba-tiba datang dengan tak bagi salamnya! Wait... jangan cakap ni Hilman?

Iman Nadhirah bangun dari duduk. "Apa you merepek ni?"

Hilman mengerutkan kening. Dua tersenyum sinis. "Merepek? Habis tu, jantan ni siapa?" Jarinya ditunding pada Iman Nadzir.

Iman Nadzir pun ikut berdiri. "Eh, kau jangan main tunjuk aje! Kalau kau sendiri tak kenal aku siapa."

Hilman memandang Iman Nadzir tajam. "Kau tak payah nak tunjuk hebat, bro. D..."

"Hilman! He's my brother, okay? Jangan buat malu kat sini boleh tak?" Marah Iman Nadhirah. Sudah banyak pasang mata memerhati mereka bertiga. Kalau nukan disebabkan tindakan melulu Hilman, perkara ini tidak akan jadi sebegini.

"What?" Hilman memandang Iman Nadzir dan Iman Nadhirah silih berganti.

Iman Nadzir memberikan senyuman sinis. Tangan kanan dihulur, "Iman Nadzir bin Nazmi, the one and only Iman Nadhirah's brother."

Hilman menelan liur. Terasa malu kerana bertindak melulu. Huluran tangan Iman Nadzir disambut. "Syed Hilman bin Datuk Syed Halim."

Iman Nadzir kekal dengan senyuman sinis. Anak datuk baru, dah berlagak macam anak Agong. Tolonglah...

Iman Nadhirah kemudian menarik hujung lengan baju Hilman keluar dari kafe itu.

"He's your brother? Kenapa you tak pernah beritahu I pun?" Tanya Hilman.

Iman Nadhirah memeluk tubuhnya. "Kenapa I tak pernah beritahu you? Cuba you  ingat balik everytime we met, siapa yang bercerita? Siapa mendengar?" Soalnya dengan kening sebelah terjungkit.

Hilman mengerutkan kening. "Err..."

"You yang bercerita kan? Banyak sangat cerita you sampai I tak berpeluang selit untuk cerita tentang I pun. Semua pasal you, I tahu. Tapi semua tentang I, you tahu ke? You just know my name, my course, my uni. Kawan-kawan I pun you tak pernah jumpa apatahlagi famili I. Dah banyak kali I ajak you jumpa mama dan papa I, tapi you selalu busy dengan kerja you. Boyfriend apa you ni? So, selfish! Lebih baik I jadi andartu dari dapat boyfriend or even suami macam you."

Iman Nadhirah meluahkan segala-gala yang terbuku di hati. Dari awal lagi, dia memang geram dengan Hilman yang lebih pentingkan diri sendiri. "Dahlah, I balik lagi bagus."

Gadis itu masuk ke dalam kafe semula. "Abang, jom balik," ajaknya.

Imna Nadzir terpinga-pinga. Apa jadi? Diorang dah putus ke? Aku nak buat sujud syukur ni.

____________________________

Iman Nadhirah melangkah masuk ke dalam restoran melalui pintu hadapan. Matanya meliar ke sekeliling restoran yang seperti tiada orang itu. Jam yang melingkar di pergelangan tangan dipandang. 8 pagi. Aku datang awal sangat ke?

"Iman, right?" Seseorang menyapa Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah menoleh. Seorang wanita melemparkan senyuman padanya. "Ermm... ya? Puan ni siapa? Setahu saya restoran belum buka lagi."

"Saya Manisah. Isteri Encik Bakri merangkap pengurus di sini. Suami saya ada beritahu awak ni akan jadi pembantu ketua cef kami, Zafriel. Betul kan?"

Iman Nadhirah mengangguk. "Oh, wife Encik Bakri. Dia pun ada beritahu saya pasal puan."

Puan Manisah senyum. "Kenapa Iman datang awal sangat? Semua pekerja datang pukul 8.30 memandangkan restoran akan buka 9.00 pagi. Oh hanya Zafriel aje yang datang awal 8 pagi."

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now