35

3.9K 202 8
                                    

Iman Nadhirah melabuhkan punggung di sebelah abangnya. Mama dan papa mereka duduk di sofa bertentangan. Buku-buku yang dibawa masuk tadi sudah diletakkan di atas meja kopi.

"Ada apa mama dengan panggil?" Soalnya. Mungkinkah orang tuanya ingin membincangkan mengenai sekolah? Jikalau begitu, bosannya hidup! Mana tidaknya sudah lah sekarang cuti sekolah lagi mahu cerita pasal sekolah!

Tan Sri Nazmi berdehem. Kemudian, satu per satu wajah anaknya dipandang. Gaya sudah seperti dia punya ramai anak saja. Dua orang aje okey? "Papa dan mama dah bincang dan sudah capai kata sepakat. Kami bersetuju untuk..."

Laju anak dara Tan Sri Nazmi menyampuk, "Jangan cakap mama dengan papa nak pergi honeymoon berdua dan tinggalkan kita orang dekat rumah Haji Umar. A BIG NO! Adik tak setuju! Dahlah ada pengawas bajet alim tu!"

Kedua-dua pasangan suami isteri itu menggeleng kecil. "Adik, tak baik panggil dia macam tu. Dia ada nama, adik."

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. "Alaaah, dia tu lagi teruk. Panggil adik kaki merepek!" Ujarnya tidak mahu mengalah.

"Itu sebab adik memang kaki merepek!" Celah Iman Nadzir sambil tertawa.

"Nadzir..." Puan Sri Ilyana menegur anak sulungnya. Kemudian wajah anak gadisnya dipandang. "Dah adik panggil dia macam tu. Mana taknya? Kalau ya pun adik tak suka dia, at least hormat dia sebagai orang yang lebih tua daripada adik."

Iman Nadhirah mencebik.

Iman Nadzir memandang adiknya dengan kening terjungkit sebelah. Apakah? Tetapi sebentar kemudian, dia tersenyum lebar. "Eh, bagus juga tu! Nanti boleh main Xbox dengan Zafriel. Hmm... ajak kawan lain pun best jugak!" Sudah terbayang di kepala aktiviti menarik yang akan mereka adakan.

Iman Nadhirah memandang abangnya dengan mulut terlopong. Apakah? Dia lagi suka?

Tan Sri Nazmi menepuk dahi perlahan. Isterinya sekadar menggeleng kecil. Nasib badanlah dapat anak yang berfikiran jauh. "Bukanlah! Tapi kalau buat bagus jugak." Dagunya yang berjanggut sedikit diusap perlahan.

Iman Nadhirah membuntangkan mata. "Mana boleh! Kalau kita orang duduk situ, macam mana dengan Mak Tipah? Kesian Mak Tipah duk sorang-sorang kat sini."

Kebetulan Mak Tipah datang menghidangkan air minuman kepada mereka sekeluarga. Tersentak Mak Tipah apabila namanya timbul dalam perbincangan mereka sekeluarga.

Iman Nadzir menjulingkan mata ke atas. Astaghfirullah... adik siapa lah ni? Dia kemudian membantu Mak Tipah menuangkan air.

Tan Sri Nazmi memandang anak gadisnya dengan wajah menahan sabar. Susah dapat anak kaki merepek macam ni!

Tengok! Dia sudah terpanggil anaknya dengan panggilan yang diberi oleh Zafriel Adrian! "Sudah, sudah! Makin meleret topik kita. Jauh dari topik asal! Papa dengan mama bercadang dan bersetuju untuk bawa kamu berdua pergi bercuti." Akhirnya terluah juga kata-kata yang sedari tadi tersimpan di dalam otak.

Kedua-dua anaknya memandang papa mereka dengan mata terbuntang. Terselit sedikit cahaya kegembiraan menerusi mata mereka.

"Bercuti?!"

Satu...

Dua...

Tiga...

"YEAHHHHHH!"teriak mereka berdua sambil melompat bangun dari sofa. Bergema satu rumah banglo itu dengan suara teriakan teruja mereka berdua. Puan Sri Ilyana menutup telinga sama seperti suaminya.

Mak Tipah yang berada di dapur berasa seram sejuk melihat cawan dan pinggan di kabinet bergegar. "Astaghfirullahal azim... Gempa bumikah ini?"

Tamat sahaja jeritan itu, Puan Sri Ilyana menjegilkan mata ke arah kedua-dua anaknya yang sudah berdiri di atas sofa itu. Dia yang pantang orang berdiri di atas sofa kesayangannya, bangun dan bercekak pinggang.

Kedua-dua anaknya itu segera turun sebelum suara bak petir keluar dari mulut mama mereka. Mereka menayangkan sengihan sambil tangan membuat isyarat 'peace'.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now