95

3.5K 201 25
                                    

Iman Nadhirah mengelamun di atas katil. Memikirkan apa yang bakal terjadi apabila semester baru bermula. Perkara yang paling merisaukannya ialah Hilman. Macam mana kalau lelaki itu cuba mengapa-apakannya? Kalau dahulu, Zafriel Adrian yang selamatkannya, macam mana kalau hari kemudian, dia tidak bernasib baik seperti dahulu?

Iman Nadhirah meraup wajah. Jantungnya berdegup laju. Rasa takut dan bimbang menyelubungi dirinya. Telefon yang berada di atas riba diambil. Dia membuka galeri telefon. Semua gambar yang pernah diambil bersama Hilman dipadam. Tak lebih daripada lima pun sebab Hilman tak minat bergambar. Selain daripada gambar, semua yang berkaitan dengan Hilman yang disimpan di dalam telefon segera dibuang. Barang pemberian sememangnya dia sudah membuang dari awal.

Tok tok tok!

Pintu bilik diketuk dari luar kemudian dibuka. Iman Nadhirah memandang muka pintu biliknya. Kelihatan Puan Sri Ilyana menghulurkan senyuman. "Irah, mari turun makan. Semua dah tunggu kat bawah."

Iman Nadhirah diam seketika. "Mama suruhlah diorang makan dulu. Irah tak ada selera."

Wajah Puan Sri Ilyana berkerut. "Laa... mana boleh macam tu. Makanlah sikit. Nanti kena gastrik, baru tahu."

Iman Nadhirah memuncungkan mulut. Tetapi dia mengalah juga. "Okay. Sikit je tau?" Jari telunjuk kanan dinaikkan.

Puan Sri Ilyana tersenyum kecil. Dia mengangguk.

Iman Nadhirah turun dari katil. Dia mengekori mamanya menuruni anak tangga. Sesampainya di dapur, kelihatan Iman Nadzir dan Zafriel Adrian sedang menunggu di meja makan sambil berbual kosong.

"Sampai pun tuan puteri ni. Lambat! Abang lapar tau tak? Dahlah kejap lagi ada meeting lagi..." rungut Iman Nadzir.

Iman Nadhirah malas mahu mempedulikan abangnya. Dia berjalan ke sinki untuk membasuh tangan. Setelah itu, dia duduk di kerusi kosong sebelah Zafriel Adrian. Nasi yang penuh sepinggan ditolak hampir separuh ke pinggan Iman Nadzir.

"Oi, apa kasi orang ni?"

"Tadi kata lapar. Makanlah banyak-banyak," jawab Iman Nadhirah tiada nada.

Iman Nadzir mengerutkan kening. Dia berbalas pandangan dengan Zafriel Adrian. Lelaki itu hanya menjungkitkan bahu. Pandangannya ditala pada ibu mertuanya meminta jawapan.

Puan Sri Ilyana meletakkan jari telunjuk di bibir menyuruh anak dan menantunya diam sahaja.

Iman Nadhirah pula lebih suka makan dari melayan orang lain. Tidak sampai sepuluh minit, dia bangun dari kerusi bersama dengan pinggan di tangan. Langkah diatur ke sinki.

Dua orang lelaki di situ memandang pelik. Puan Sri Ilyana tidak ambil tahu dan hanya makan hidangan yang dimasaknya.

Sampailah Iman Nadhirah keluar dari dapur, kedua-dua orang lelaki itu menghantar pandangan pelik.

______________________________

Iman Nadhirah duduk bersandar pada kepala katil. Dia memeluk kedua-dua lututnya. Wajah disembam pada lutut.
Kepalanya terasa runsing memikirkan bekas kekasihnya itu sehingga tidak mempedulikan pintu bilik yang dibuka dari luar.

Zafriel Adrian menutup pintu bilik perlahan-lahan. Dia memandang isterinya yang seperti sedang menangis itu. Dia menyusun langkah menghampiri katil. Dilabuhkan punggung di atas katil. Badan disandar pada kepala katil. Kepalanya menoleh ke kiri memandang Iman Nadhirah yang sedari tadi tidak mengangkat muka.

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Tidur ke? Dia memanjangkan tangan menyentuh bahu Iman Nadhirah. Tiba-tiba bahu Iman Nadhirah terhinjut-hinjut. Suara tangisan mulai kedengaran membuatkan hati Zafriel Adrian tak keruan.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now