60

4K 214 19
                                    

Sesampainya di SMTI, Zafriel Adrian terus mencari kelibat kawan-kawan Iman Nadhirah. Puas dia berjalan sekeliling blok pentadbiran dan dataran perhimpunan.

Hinggalah kakinya menjejak ke foyer, barulah dia temui kawan-kawan Iman Nadhirah sedang duduk berkelompok. Laju langkah diatur menghampiri gadis-gadis itu.

Ainnur yang sedar kehadiran ketua pengawas itu menghampiri mereka, lantas menegur, "Eh, Zafriel! Iman macam mana?"

Terus pandangan Intan dan Darmia beralih. Wajah mereka berdua tampak risau. Mana tidak risau, kesalahan mereka sudah melibatkan nyawa Iman Nadhirah!

Zafriel Adrian menggosok belakang leher. "Ermm... she still in operation room."

Ketiga-tiga gadis itu mengeluh kecewa. Masing-masing berwajah muram.

"Err... kau orang kenal tak sesiapa yang terlibat dengan haunted house tu?"

Intan mengerutkan kening. "Erine kan jaga kupon?"

Ainnur mengangguk. "Yuki dengan Yusof pun ada."

"Yusof? Aku tak nampak pun dia jaga kupon." Darmia bersuara.

"Ada. Dia ada cakap. Ingat tak, haritu dia ada promote kita suruh datang. Dia kata dia jadi hantu apa tah," cerita Ainnur.

"Oh okay, thanks," ucap Zafriel Adrian.

Belum sempat dia berlalu, Intan menghalang, "Eh, ada seorang lagi! Luke!"

Zafriel Adrian mengerutkan kening. "Luke?"

Intan menggaru kepala yang tidak gatal. Wajahnya berkerut. "Alaaa... Lucas. Budak form 4. Exchange student tu."

Zafriel Adrian membentukkan bibirnya huruf O. "Oh, dia. Okey, thanks." Dia terus melangkah pergi.

Ronda lagi sekolah.

Dia berlari menghampiri Lucas sebaik sahaja nampak wajah mat salih itu.

"Luke! Lucas!"

Lucas yang sedang minum ice blended sambil berjalan menoleh. Kening tebalnya berwarna perang itu dijungkitkan sedikit.

"Can I ask you something?"

Lucas mengangguk.

"Macam mana haunted house boleh terbakar?" Soal Zafriel Adrian.

Lucas menggeleng tidak tahu. "I don't know. Saya tak ada kat dalam haunted house tu. Saya pergi rehat di kantin," jawabnya dalam Bahasa Melayu dengan slang mat salihnya.

Zafriel Adrian mengeluh. Hampa terasa di jiwa. Fikirkan Lucas dapat membantunya.

"I think you should ask Erine or Yusof. Mereka bertugas waktu itu."

Lega terasa di hati mendengar kedua-dua nama itu. "Have you seen them?"

Lucas mengangguk. "Yes. I saw Yusof just now at the food stall. Erine pula saya nampak dengan Yuki dekat laluan nak ke kantin. Maybe they are in the canteen."

Setelah mengucapkan terima kasih, Zafriel Adrian berlari laju ke gerai-gerai makanan. Orang ramai di situ menyebabkan dia sukar untuk mencari kelibat Yusof.

Tidak sampai lima minit, dia nampak Yusof sedang berbual di gerai aiskrim. Tanpa berlengah, jejaka itu mendekati Yusof. Bahu Yusof disentuh.

Yusof berpaling. "Eh, abang! Ada apa?"

Melihatkan mekap yang masih melekat di wajah itu, membuatkan naluri Zafriel Adrian mengatakan Yusof bertugas menjadi hantu.

"Kau jadi hantu waktu sebelum kebakaran tu?"

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now