87

3.5K 207 39
                                    

"Explain, Iman Nadhirah," arah Tan Sri Nazmi selepas sahaja melihat figura anak perempuannya yang tampak lebih selekeh dari kebiasaan. Tudung pun sekadar ingin menutup rambut. Tubuh badan pula dilindungi dengan jaket milik Zafriel Adrian. Haruslah dia sebagai seorang bapa berasa curiga dengan apa yang dilihatnya.

Iman Nadhirah menunduk memandang kakinya yang menguis-nguis permaidani. Iman Nadzir pula memandang Zafriel Adrian meminta jawapan. Malangnya tumpuan lelaki itu lebih kepada Tan Sri Nazmi dan anak perempuannya.

Puan Sri Ilyana pula lebih selesa berdiam diri. Dalam hatinya terselit juga rasa curiga terhadap anaknya. Sudahlah pulang dengan Zafriel Adrian dengan berpakaian sudah tidak terurus. Namun, dia yakin anak perempuannya bukan perempuan yang senang-senang menggadaikan maruah sendiri dan dia yakin anak kawan baiknya itu tidak melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya pada Iman Nadhirah.

"Uncle, apa yang uncle fikir tak sepetti apa yang berlaku. Nadhirah kena paksa bukan secara rela. Walaupun Zaff akui memang ada juga salahnya pada Nadhirah. Tapi Nadhirah tak..."

Belum habis Zafriel Adrian mempertahankan Iman Nadhirah, Tan Sri Nazmi memotong, "Diam, Zafriel! Uncle tanya Iman Nadhirah, nama kau Iman Nadhirah ke?" Sempat dia menyindir anak muda itu.

Terus terkunci mulut Zafriel Adrian. Memang dia tidak patut masuk campur hal keluarga gadis itu. Tetapi dia merupakan saksi kejadian itu, apa salahnya dia ingin menegakkan kebenaran?

Iman Nadhirah hanya diam. Air mata yang sudah kering tadi kembali mengalir. Rasa takut dengan tengkingan papanya. Tidak pernah-pernah dia lihat Tan Sri Nazmi mengamuk sebegitu sekali. Paling tidak pun, dia akan menggunakan kaedah 'silent treatment'. Silent treatment lagi seksa! Tapi tengkingan dan jerkahan pun menyeramkan juga!

"Kamu tak nak bukak mulut, kan? Fine. Aku tak benarkan kau keluar dari rumah ni kecuali untuk bekerja dan ke kelas. Aku potong duit elaun kau sampai habis kau belajar. Kau tak dibenarkan jumpa mana-mana jantan kat luar tu. Dan jangan berani panggil aku papa. Aku tak ada anak tak guna macam kau ni," Jerkah Tan Sri Nazmi sebelum berlalu ke tingkat atas.

Damm!!

Kuat bunyi hentakan pintu di tingkat atas menunjukkan dia sangat marah. Iman Nadhirah terkejut mendengar hentakan itu. Dia terasa sebak kerana papanya tidak membenarkan dia menggunakan panggilan 'papa'. Tapi, bukan semua salahnya. Dia tahu, dia tidak sepatitnya berbohong dengan abangnya tetapi dia terpaksa. Kalau dia tahu, Hilman punya niat tidak elok, mati hidup semula pun dia tidak akan terniat ingin mengikut lelaki itu.

Puan Sri Ilyana melabuhkan punggung di sebelah anak bongsunya itu. Bahu Iman Nadhirah dirangkul erat. Dia memujuk anaknya itu.

Zafriel Adrian sudah awal-awal bangun mengikut Tan Sri Nazmi selepas mendengar bunyi hentakan pintu itu. Iman Nadzir mengekor lelaki itu. Dalam rasa takut, Zafriel Adrian cuba beranikan diri berdepan dengan Tan Sri Nazmi. Apa yang sebenarnya berlaku perlu dimaklumkan. Iman Nadhirah tidak bersalah seratus peratus!

___________________________

Zafriel Adrian menuruni anak tangga rumah banglo dua tingkat milik Tan Sri Nazmi sekeluarga. Apabila kakinya menjejak di atas lantai ruang tamu, dia lihat Puan Sri Ilyana masih berjaga. Wanita itu sedang minum air dan kelihatan seperti menunggu seseorang.

"Zafriel nak balik dah?"

Zafriel Adrian mengangguk. Dia memberikan senyuman manis kepada wanita itu.

"Dah lewat ni. Nak dekat 1 pagi dah. Kamu tidur sajalah di sini," pelawa Puan Sri Ilyana.

Belum sempat ketua chef Restoran Dapur Cinta Manisah itu membantah, teman sepermainannya menyampuk dari arah belakang, "betul kata mama tu, Zaff. Kau tidur jelah sini. Ada banyak bilik kosong. Kalau kau tak ada baju, boleh pinjam aku punya. Kita kan sama saiz?"

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now