99

2.5K 208 12
                                    

Encik Bakri masuk ke dapur bersama dengan isterinya. Dia mengarahkan semua pekerjanya hentikan apa jua kerja yang mereka sedang lakukan. "Saya ada pengumuman."

"Pengumuman apa bos?" Tanya seorang daripada pekerja restoran itu. Walhal mereka sudah sedia maklum tentang apa yang akan diberitahu. Pekerja shift petang turut sama menyertai ingin mendengar pengumuman dari ketua mereka.

"Saya tak pernah pun meraikan hasil usaha kamu semua walaupun ada yang dah lama kerja di sini. Saya berterima kasih kerana masih setia memberi khidmat pada restoran ni."

Masing-masing tersenyum bangga. Bukan senang nak kena puji kan? Kecuali Zafriel Adrian yang hanya mengangguk.

"Jadi saya ada trip untuk kamu semua. Bukan sahaja cawangan ini malah semua cawangan yang ada. Trip ni kita adakan di hutan, bukanlah hutan sangat pun. Saya takkan beritahu tempat lebih spesifik sebab nak beri kamu kejutan. Tapi jangan risau tak keluar dari negeri ini pun."

Alana menghela nafas lega. Kalau luar dari negeri ini, mahunya ibu dan ayahnya tidak mengizinkan dia sertai.

Razif si budak jujur dan pendiam mengangkat tangan. "Apa aktiviti yang akan kita lakukan kat sana, bos?"

"Good question. Malangnya saya tak akan beritahu secara detail. Aktivitinya amatlah menarik, saya harap semua boleh join. Branch lain tak ramai yang nak ikut. Busy lah, malaslah... so saya harap kamu semua boleh beri kerjasama.

Trip ni kita buat selama tiga hari dua malam. Tidur dekat mana? Sama ada khemah atau chalet choose either one. Pergi naik apa? Bas. Siapa yang nak naik kereta dipersilakan. Tetapi saya tetap tak akan beritahu ke mana kita pergi, so better naik bas. Bila kita nak pergi? Saya akan beritahu tarikh secepat mungkin. Ada soalan lain?"

Alana mengangkat tangan. "Boleh bawak orang lain tak? Saya ingat nak ajak Iman ikut sekali."

"Eh, bagus jugak idea kau, Lana! Aku pun dah lama tak jumpa Iman. Boleh tak bos?" Tanya Qaid.

Zafriel Adrian memberi kerlingan tajam. Terbit rasa cemburu apabila isteri menjadi topik bualan.

Encik Bakri senyum. "Saya tak berani nak kata apa pasal tu. Kalau tak ramai orang ikut, saya benarkan awak bawa famili ataupun kawan. Tapi jangan bawa mak ayah pula, takut dia orang tak larat nak lakukan aktiviti yang akan dijalankan nanti. Kalau dah tak ada apa-apa soalan, boleh beri nama pada Puan Manisah selepas tamat kerja kalau nak ikut. Sekian."

Pasangan suami isteri itu terus berlalu.

"Apa? Macam tu aje?" Soal Camelia tidak puas hati. Dia ni shift petang.

"Dah tu, kau nak macam mana lagi?" Tanya Qaid.

"Semuanya dirahsiakan. Macam mana nak pergi?"

"Rahsia atau tak, aku tetap tak nak pergi."

"Hei, apa ni? Mesti ada sebab Encik Bakri tak nak beritahu kita. Apa salahnya kita join? Bukan selalu kita dapat pergi trip macam ni," ujar Zafriel Adrian cuba meredakan ketegangan di dapur itu.

"Lantaklah! Aku malas nak pergi. Lagipun bos cuma kata, harap semua dapat join, bukannya semua wajib join."

Zafriel Adrian sudah mati kata. Irshad hanya menepuk bahu lelaki itu. Dia menggeleng kemudian menyambung kerjanya yang tergendala.

____________________

Hari pertama trip

Iman Nadhirah sudah bersiap sedia dengan beg penuh dengan keperluan untuk trip yang akan disertainya. Dia sempat mengeluarkan sebuah novel Inggeris yang dibawa bersama. Qaira dan Najwa yang turut sama sertai tidak habis-habis mengambil gambar bersama dengan Alana dan Atiqa. Hazqel yang tidak ketinggalan menyibuk sama.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now