48

3.5K 174 9
                                    

Zafeiel Adrian dan Iman Nadzir berjalan beriringan. Tadi, mereka terserempak sewaktu nak ke tandas. Iman Nadzir tidak masuk ke kelas hari itu kerana menyertai pertandingan catur yang diadakan di dewan sekolah.

"So, macam mana semalam? Okey?" Zafriel Adrian bertanya prihatin.

"Okey lah. Kita orang hilang beberapa mata aje sebab kau taulah si Fahmi tu gementar tak habis. Secara tak sengaja, dia buat silap semalam. Mia pun tak mahir sangat. So, payah sikitlah nak kalahkan dia orang," terang Iman Nadzir. Serta merta benaknya terbayang kejadian semalam. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana mengarah mereka untuk menyertai pertandingan meskipun mereka bukan tergolong dalam pelajar yang mahir bermain catur.

Zafriel Adrian hanya mengangguk faham mendengar luahan hati sahabatnya. Humph, luahan hati lah sangat! "Kau tawakal banyak-banyaklah bro! In shaa Allah, kau boleh. Aku sentiasa sokong kau. Kalau kau perlukan pertolongan aku, aku sedia membantu."

Iman Nadzir mengukir senyuman lega. Lega kerana mempunyai sahabat seperti Zafriel Adrian yang sentiasa menyokongnya. "It's okay, bro. Setakat ni aku boleh handle lagi."

"Eh, aku dengar ramai budak catur tarik diri dari pertandingan. Betul ke? Apa pasal eh?" Soal Zafriel Adrian. Memang rata-rata dia dengar berita itu. Tidak pasti sama ada ia merupakan khabar angain atau sebaliknya.

Iman Nadzir mengeluh. "Betul lah tu."

Zafriel Adrian menjungkitkan kedua-dua belah kening tidak percaya.

"Kau tau-tau jelah, Zaff. Kan bulan depan bulan 8. Budak form 3 ada oral, kerja khusus Geografi lagi. Banyak benda diaorang nak kena buat. Tulah pasalnya dia orang tarik diri. Si Darmia tu pun nak tarik diri jugak. Tambah-tambah lagi dia tu tak berapa nak mahir main catur. Tapi aku try jugaklah pujuk dia masuk. Kalau dia tarik diri memang kita orang satu sekolah kena tarik diri sebab tak cukup orang," terangnya. Masih terbayang-bayang peristiwa dimana Darmia Uqasha ingin menarik diri.

Bukan dia mahu bertindak kejam tetapi ramai sangat yang tarik diri sehingga mereka tiada orang backup. Lagi payah kalau ada ahlinya yang tidak sihat atau menimpa kemalangan. Alamatnya, memang tak jadi mereka bertanding. Itulah perkara yang merisaukan Iman Nadzir saban hari.

Sedang dia leka melayan fikirannya, dia terlanggar seseorang. "Eh, maaf!" Laju dia mengucapkan maaf.

Gadis itu mengutip buku yang terjatuh dek kerana terlanggar lelaki itu. Zafriel Adrian berkira-kira mahu menolong ataupun tidak kerana buku yang jatuh itu tidaklah banyak mana. Akan tetapi Iman Nadzir tetap menolong. Mungkin disebabkan rasa bersalah.

"Nah, buku awak!" Lelaki iyu menghulurkan sebuah buku berkulit keras kepada gadis itu. Gadis itu mendongak.

Nafas Iman Nadzir terasa tersekat di kerongkong. Matanya terbuntang luas memandang wajah gadis itu.

Apa dia buat di sini?

________________

Darmia menggerakkan buah catur berbentuk kuda. Belum sempat dia selesai menggerakkan buah catur ke tempat yabg ingin dituju, Iman Nadzir bersuara, "Eh kenapa gerakkan kuda tu? Ni, gerakkan queen ni. Dia boleh makan."

Darmia mengerutkan wajah. Tapi dia sudah menggerakkan buah catur itu. Takkan mahu gerakkan yang lain lagi?

"Kuda ni letak balik tempat dia tadi. Gerakkan si queen ni," arah Iman Nadzir.

Darmia hanya menurut tanpa mengeluarkan sebarang suara. Entah mengapa dia berasa seperti dia menyimpan emas di dalam mulut sehingga dia tidak berani ingin bersuara.

Iman Nadzir mengambil giliran menggerakkan buah catur. Tiba-tiba Iman Nadhirah datang menyapa, "Hai, abang, Mia! Khusyuknya main chess!"

Iman Nadzir mengerling adiknya. "Tak nak balik ke?"

Iman Nadhirah menggeleng. "Bosanlah duduk rumah. Lagipun kelas tutor dibatalkan. Zafriel kata dia ada hal," terangnya.

Iman Nadzir menghela nafas perlahan. Mahu dilarang pasti pertelingkahan akan bermula. Nak tak nak terpaksa dibiarkan adiknya pulang lambat. "Hmm... ni adik ganti. Abang nak tengok yang lain. "Qasha, awak okey kan?"

Darmia tersentak. Qasha? Sejak bila orang panggil nama tu?

"Qasha..."

Darmia laju mengangguk. Setelah Iman Nadzir berlalu, Iman Nadhirah mengambil tempat abangnya. "Eh, sejak bila abang aku panggil kau Qasha ni?" Soalnya pelik.

Darmia hanya mengangkat bahu. "Aku pun tak tau, babe. Selama harini elok aje dia panggil aku Mia. Harini tiba-tiba buang tabiat. Pelik jugak!" Luahnya.

Iman Nadhirah mengusap dagu. Abangnya yang sedang memerhati ahlinya berlatih dikerling. Mesti ada benda yang buat dia jadi macam tu.

✩✩✩✩✩

Siapa yang langgar Iman Nadzir? Kenapa pulak Iman Nadzir tiba-tiba panggil Mia dengan nama Qasha?

Nak tahu kenalah tunggu😉

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now