2

8.9K 403 1
                                    

"Assalamualaikum!" Zafriel Adrian memberi salam sebelum memasuki rumah. Memang sudah menjadi kebiasaan dia dan adik-adiknya memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Dari kecil lagi abinya, Haji Umar mendidik mereka menjadi anak yang soleh.

"Waalaikumussalam. Ha, Zaff! Dah balik dah?" soal umi Zafriel Adrian, Hajah Aminah. Dia baru sahaja muncul dari dapur.

Zafriel Adrian menghulurkan tangan lalu bersalam dan mengucup tangan uminya. Itu juga sudah dididik dari kecil. Zafriel Adrian meminta diri untuk naik ke biliknya. Dia ingin membersihkan diri.

___

Sewaktu makan tengah hari, Haji Umar memberitahu anak-anaknya, "Malam ni, kamu semua ikut umi dan abi pergi rumah kawan abi."

Kesemuanya mengangguk tanpa kata. Zafriel Adrian mempunyai tiga orang adik-beradik. Dia merupakan anak sulung. Adiknya ialah, Zafrina Adirah yang berusia 13 tahun dan seorang lagi baru berusia enam tahun iaitu, Zakwan Ashraff.

___

Sementara itu, di rumah Tan Sri Nazmi dan Puan Sri Ilyana. Iman Nadhirah turun ke tingkat bawah bersama beg sekolahnya. Biasanya, dia akan membuat kerja sekolah di meja bersebelahan kolam ikan koi.

Iman Nadhirah melangkah ke tempat dia mengulang kaji pelajaran. Namun, langkahnya terbantut, tatkala Tan Sri Nazmi dan Puan Sri Ilyana memanggil namanya.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Bila masa papa balik? Tak perasan pun? Iman Nadhirah menukar hala tuju langkahnya menuju ke ruang tamu. Dia duduk di sofa.

"Kejap, tunggu abang Nadzir turun dulu," ujar Tan Sri Nazmi.

Tak sampai lima minit kemudian, Iman Nadzir, abang Iman Nadhirah turun ke bawah. "Ada apa kita berkumpul ni?" soalnya selepas duduk di sebelah Tan Sri Nazmi. Iman Nadzir ni, tingkatan enam dan bersekolah di sekolah yang sama dengan adiknya.

"Malam ni, kawan papa datang makan malam kat sini. Jadi, papa nak kamu berdua jaga kelakuan kamu terutamanya, adik." Wajah Iman Nadhirah yang seakan mendengar kata-kata papanya sambil lewa dipandang semua orang.

Imam Nadhirah menyedari dirinya menjadi tumpuan. Dia menoleh. "Apa?"

Tan Sri Nazmi merenung anak bongsunya tajam. "Ingat, adik. Kalau adik buat hal malam ni, memang kenalah," ugutnya.

Iman Nadhirah mengeluh. Kenapalah mesti aku jugak yang kena?

___

"Macam mana first week sekolah, adik?" soal Iman Nadzir.

Iman Nadhirah memutarkan bebola mata. "Biasa lah abang. Jumpa kawan-kawan, cikgu. Same with other years."

Iman Nadzir menggeleng kecil. Dia senyum mengusik lalu bertanya, "Biasa? Abang dengar orang tu kena tangkap datang lewat ke sekolah."

Iman Nadhirah mengeluh. Tak lain tak bukan mesti kawan-kawan pengawas abang aku yang merepot. Aduyai, susah jugak kalau abang sendiri dah jadi ex-ketua pengawas. Di sekolahnya. Sekolah Menengah Tunku Ibrahim, pelajar tingkatan enam tidak diwajibkan memegang sebarang jawatan. Jadi, Iman Nadzir melepaskan jawatan ketua pelajar pada pelajar tingkatan lima. Tak lain tak bukan pastinya orang yang memegang jawatan itu ialah Zafriel Adrian!

Zafriel Adrian dengan Iman Nadzir memang tidak ubah seperti adik dan abang padahalnya, semua sudah sedia maklum, Iman Nadzir hanya seorang adik iaitu, si troublemaker Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah mencebik. "Alaaahaii, datang lewat je pun. Bukannya apa."

Iman Nadzir senyum. "Memanglah datang lewat saja. Tapi kalau dah setiap hari datang lewat tu, boleh menjatuhkan maruah abang sebagai ex-ketua pelajar. Kalau adik abang ni baik macam Zafriel kan bagus? Baru kena!"

Sekali lagi Iman Nadhirah mencebik. "Zafriel! Zafriel! Zafriel! Takde nama lain ke selain pengawas bajet alim tu? Dahla semua orang kat sekolah mengata adik. Kata adik ni adik angkat lah, adik tiri lah. Macam si Zafriel tu adik kandung abang je! Huh, menyampah!" rungutnya.

Iman Nadzir senyum. Adik... Adik... Tak habis-habis nak membenci si Zafriel tu. Apalah yang tak kena dengan dia sampai adik aku ni dah cop Zafriel Adrian sebagai musuh?



✩✩✩✩✩


S

orry kalau bab ni membosankan anda. Al maklumlah author pun tengah bosan ni. Jap, apa kena mengenanya? Haha.. merapu sudah!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now