104

2.6K 240 90
                                    

"First of all, kau kena ubah cara kau bercakap," kata Zafriel Adrian.

Adam mengangguk. "Kau nak suruh aku cakap apa?"

Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian berpandangan mendengar kata-kata Adam yang langsung tidak kedengaran seperti biasa. Mereka berbalas senyuman.

"Bagus. Aku nak kau kekalkan cara kau bercakap tu. Second, kau kena belajar berjalan macam biasa."

"Macam biasa? Maksud kau?" soal Adam tidak mengerti.

Zafriel Adrian menunjuk seorang lelaki berpakaian seperti ahli korporat yang baru masuk ke dalam Restoran Dapur Cinta Manisah bersama dengan seorang gadis. "Kau tengok cara dia berjalan. Sama tak dengan cara kau berjalan?"

Iman Nadhirah mengerutkan kening memandang lelaki yang ditunjuk suaminya. "Abang!" Panggilnya tatkala mendapati lelaki itu ialah abang kandungnya sendiri.

Zafriel Adrian pun baru sedar lelaki itu merupakan abang iparnya. Iman Nadzir tersentak mendengar suara adiknya. Dia mencari-cari adiknya.

"Sinilah!" Teriak Iman Nadhirah teruja. Namun melihatkan gadis di sebelah abangnya membuatkan hatinya sayu. Tetapi laju saja perasaan itu diusir. "Mia?"

Darmia yang tadi datang dengan Iman Nadzir terus meluru ke arah sahabatnya. "Iman! Long time no see, babe!"

Iman Nadzir mengeluh apabila lihat tunangnya mendekati Iman Nadhirah.

Eh? Belum kahwin lagi?

Ops, Iman Nadzir dengan Darmia belum kahwin lagi atas sebab Darmia minta mereka tundakan perkahwinan mereka sehingga dia tamat pengajiannya. Nak tak nak terpaksa Iman Nadzir setuju memandangkan ibu bapa mereka pun tidak ada masalah ingin tunda.

Dalam hati, Iman Nadzir berdesis, Kacau betul aku nak berdating! Mahu tak mahu, langkah kaki lelaki itu dibuka menuju ke meja tempat adiknya duduki. Dia menyalam tangan Adam dan Zafriel Adrian.

"Bila kau balik dari outstation?" tanya Zafriel Adrian.

"Baru je tadi."

Iman Nadhirah memandang tajam abangnya. Jari telunjuk dinaikkan. "Oh, balik aje terus jumpa Mia. Abang ingat sikit eh, Mia dengan abang belum sah lagi."

Iman Nadzir memutarkan bebola matanya. "Dari adik tu, dah ada suami, tak tahu nak hormat," gumamnya perlahan. Nasib dia baik hanya Zafriel Adrian sahaja yang dengar kata-katanya.

Zafriel Adriqn yang mendengar tersentap hati. Dia tahu, tidak sepatutnya dia membiarkan Iman Nadhirah terus-terusan berkelakuan seperti tidak melayannya seperti seorang suami. Tapi kenapa dia tidak segan silu memberitahu bahawa dia sudah berkahwin?

"Ehem, kau orang sambunglah makan. Kami duduk tempat lain." Darmia meleraikan ketegangan di antara mereka.

Iman Nadhirah memuncung tetapi dia tidak menghalang, "okey. Tapi kau hati-hati sikit, jangan bagi muka sangat kat abang aku ni."

Iman Nadzir menjegilkan mata pada adiknya sebelum meninggalkan mereka. Darmia kemudian mengikut Iman Nadzir pergi ke meja yang kosong.

"So, back to our topic. Kau faham kan, Dam?" Zafriel Adrian mengembalikan tujuan mereka bertiga berkumpul.

Adam mengangguk. "Faham tapi kena banyak practice lah."

"Kau jangan risau, Dam. Lama-lama kau akan dapat biasakan diri," kata Iman Nadhirah memberikan semangat untuk kawannya.

Adam hanya senyum nipis.

Mereka berbincang tentang apa yang patut dilakukan Adam untuk berubah menjadi lelaki sejati sehingga menjelang waktu Asar.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now