52

3.7K 186 13
                                    

Darmia mengambil beg yang diletakkan di luar bilik pengawas. Mesyuarat pengawas baru sahaja tamat dan semua pengawas dibenarkan untuk naik ke kelas. Baru sahaja ingin menaiki anak tangga ke kelasnya, Humaira, pelajar tingkatan dua memanggil namanya. Serta-merta langkah Darmia dimatikan. Dia berpaling.

Kelihatan Humaira berjalan laju menghampirinya.

Darmia bertanya pelik, "Awak buat apa kat bawah ni? Bukan ke semua murid patut ada dalam kelas?"

Humaira menghulurkan senyuman sebelum menjawab, "Saya pergi jumpa Cikgu Sufian dekat koperasi tadi. Ada hal sikit. Sebenarnya, saya nak beritahu sesuatu."

Darmia mengerutkan kening. Hati terasa tidak enak mendengar kata-kata juniornya itu.

"Sebelum saya masuk ke dalam koperasi tadi, saya ada nampak seorang pelajar lelaki mencangkung dekat beg-beg pengawas. Mula-mula saya ingat mungkin dia nak ambik sesuatu. Tapi macam tak logik pula, sebab dia bukan pengawas, hanya pelajar biasa. Bila saya datang dekat sikit, saya nampak dia tutup zip beg akak. Saya nak suruh akak beg akak kut kalau ada something hilang. Tapi saya tak sempatlah nak tengok apa yang dia buat dekat beg akak."

Darmia terdiam sejenak. Ada orang berdendam dengan aku ke?

Darmia mengukir senyuman pada wajah. "Ermm... tak pelah. Nanti akak check. Terima kasih beritahu."

Humaira mengangguk sebelum berlalu.

_______________

Kringg!!

Loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat sudah bermula. Iman Nadhirah dan Intan berlumba-lumba keluar dari kelas. Ainnur pula mengemas barang-barangnya di atas meja.

Darmia yang bersembunyi di sebalik pintu kelas 3 Teratai mengetap bibir. Aduh, Ainnur ni lambat pulak dia nak keluar! Getusnya.

Rasa untung menerpa diri Darmia kerana ditugaskan menjaga blok kelasnya. Ada satu misi yang perlu dia selesaikan.

Ainnur menapak keluar dari kelas. Tidak sampai beberapa langkah dia mematikan langkah. Hati terasa seperti ada seseorang di belakangnya. Dia memberanikan diri untuk menoleh.

Tiada sesiapa.

Ainnur menjungkitkan bahu. Dia menyambung langkahnya.

Darmia memegang dadanya yang berombak laju. Hampir-hampir saja kantoi! Dia bangun lalu melangkah menuju ke tempat duduknya. Poket di dalam beg diseluk. Sehelai kertas yang dilipat kecil dibuka perlahan.

Itulah benda yang diletakkan oleh pelajar lelaki yang dikatakan Humaira. Sewaktu ingin membawa keluar alat tulis dan buku, mata tertancap pada kertas yang mendarat di atas kotak penselnya. Seingatnya, dia tidak pernah menyimpan kertas berlipat di dalam beg. Jikalau ada sekalipun, fail akan menjadi tempat menyimpan kertas-kertas latihan dan surat sekolah. Tidak pernah dia membiarkan di dalam beg. Mahu saja dia membuka lipatan itu dan membaca isinya tetapi niatnya dimatikan. Bimbang jikalau rakan-rakannya mengetahui hal itu.

Kertas lipatan itu dibuka. Terpampang satu tulisan yang amat dikenalinya. Kening Darmia berkerut. Siapa punya tulisan ni eh?

Setiap bait kata yang ditulis dibaca. Habis saja baca, dia menekup mulutnya. Jujur dia terkejut membaca pengakuan itu. Laju disimpannya di dalam poket kecil begnya.

Kemudian, dia keluar dari kelas memulakan tugas yang sepatutnya.

__________________

Seisi kelas 3 Teratai bising kerana cikgu mata pelajaran seterusnya belum muncul. Ainnur dan Intan sedang membuat latih tubi matematik. Iman Nadhirah pula menyiapkan kerja sekolah BM. Darmia? Dia merayau sekeliling kelas mencari jawapan untuk soalan yang tidak dapat dijawab.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum