5

6.5K 352 7
                                    

Zafriel Adrian meronda kawasan larangan. Waktu itu adalah waktu rehat bagi pelajar tingkatan 3 hingga 5. Pelajar tingkatan 1 dan 2 berehat lebih awal dari mereka manakala pelajar tingkatan enam lebih lewat.

Tiba-tiba kedengaran bunyi pagar dawai digoyang. Zafriel Adrian pantas mencari puncanya.

"Ish, aku takkan buat apa-apa lah! Sumpah! Kau ingat aku ni baik sangat ke nak repot korang merokok kat cikgu?!"

Kedengaran suara yang amat dikenali Zafriel Adrian. Laju dia menghampiri suara itu. Kelihatan Iman Nadhirah dikepung lima orang lelaki.

"Boleh percaya ke? Kau ni nampak aje kasar, suka buat masalah tapi tetap perempuan jugak!" herdik seorang lelaki.

Iman Nadhirah mengecilkan matanya. "Amboi, sesedap rasa je kau pandang rendah kat aku ya? Aku ni walaupun perempuan tak lah lembik macam korang! Buat hal tapi takut cikgu! Piraahhh! Gangster cap ayam betul!"

Lelaki itu semua berpandangan. Ketua mereka membesarkan mata. Kurang asam punya perempuan! "Hoi, kau ingat kau anak Tan Sri, kau boleh buat apa aje? Nak kutuk kami konon! Kau ingat aku takut dengan kau?! Hey, nasib baik kau cantik! Kalau tak dah lunyai aku kerjakan!"

"Bos, cantik lah yang kena kerjakan. Susah nak dapat ni!"

"Betul tu, bos!"

"Tapi jangan 'makan' sorang bos. Kitaorang pun nak jugak!"

Anak-anak buah lelaki itu bersuara. Zafriel Adrian masih memerhati. Kalau ada yang nak sentuh tunang aku, bukan setakat lunyai, mampus terus aku kerjakan! Getus hati lelaki itu.

Iman Nadhirah rasa tidak sedap hati. "K... Kau nak buat apa, ha?"

Ketua mereka makin mendekat. Dia melembutkan suara, "Alaaa, rileks lah sayang. I cuma nak 'ratah' you je..." nada memang lembut tapi ada jugak rasa seram tu!

Iman Nadhirah semakin takut. "Ja... Jangan dekat! Ka... Kalau tak, aku jerit!" dia cuba memberanikan diri.

Ketua gangster sekolah itu memandang anak-anak buahnya. "Oohh... Nak jerit? You fikir ada ke orang nak datang selamatkan you? Ni kawasan larangan. Siapa je ada dekat sini?" soalnya. Kedua-dua tangannya memegang jaring pagar, memerangkap Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah semakin takut. Ya Allah, tolong selamatkan aku! Walaupun Iman Nadhirah, suka membuat masalah, tetapi dia tidak pernah meninggalkan suruhan Allah.

Zafriel Adrian nekad jikalau lelaki itu cuba menyentuh Iman Nadhirah, dia akan memunculkan diri.

Makin dekat.

Makin dekat.

Kini, hanya beberapa inci jarak wajah Iman Nadhirah dengan ketua gangster itu.

"Woi, apa kau nak buat tu?!" sergah Zafriel Adrian.

Semua lelaki itu terkejut. "Alamak, ketua pengawas lah! Blah wei! Blah!" laju saja mereka melarikan diri termasuklah ketua yang berlagak hebat tadi.

Iman Nadhirah memegang dadanya yang berombak laju. Dia mengerling lelaki yang lari bertempiaran itu. Dasar gangster cap ayam! Berlagak macam hebat tadi, sekali nampak ketua pengawas, lari tak cukup tanah!

Zafriel Adrian memeluk tubuh. "Ha, kau tak nak lari sama ke? Bukan mereka tu kawan kau ke?" sindirnya.

Iman Nadhirah menjeling lelaki itu. "Kawan apanya?! Kau tak nampak ke diorang nak buat apa kat aku?"

Zafriel Adrian merengus. "Nampak. Tak sangka juga eh kau takut dengan diorang?"

Iman Nadhirah menjegilkan matanya memandang ketua pengawas SMTI itu. "Tak ada maknanya aku nak takut! Aku baru je nak belasah diorang, kau dah sergah."

Zafriel Adrian membuat muka mengejek gadis itu. "Eleh, kau ingat aku tak tau, tu ayat cover line je? Heh! Mengaku sajalah wahai cik Iman Nadhirah!"

Iman Nadhirah mencebik.

"Itu lah kau, berapa puluh kali dah aku cakap, jangan datang kawasan ni! Dah la sunyi. Tak ada orang lalu. Nasib baik aku ada. Buat orang lain risau aje! Kalau pengawas lain atau aku meronda kat hujung kawasan ni macam mana? Mana nak dengar 'jeritan halus' kau tu?!" dalam menasihat, ada juga ayat sindiran.

Iman Nadhirah memandang Zafriel Adrian tajam. Jeritan halus mamat ni kata?! Kurang asam betul! Baru sahaja Iman Nadhirah ingin membuka mulut loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Dia terus berjalan tinggalkan Zafriel Adrian tanpa sepatah kata.

Zafriel Adrian hanya memandang Iman Nadhirah yang semakin menjauh. Harapnya gadis itu tidak melencong ke tempat lain tetapi terus ke kelasnya.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now