57

3.8K 225 18
                                    

"Aku dah cakap awal-awal, aku menang punya. Kau tak nak percaya!" Ungkit Zafriel Adrian. Nada percakapannya jelas kedengaran bangga.

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. Tidak habis-habis lelaki itu berkata hal itu. Dah menang tu, menang jelah. Gaya macam dapat hadiah satu dunia aje, padahal cuma yang kalah kena denda ikut si pemenang. Kecoh betul mamat ni!

Sedang sibuk Iman Nadhirah merungut di dalam hati, biji mata Zafriel Adrian tertancap pada dewan terbuka atau lebih selesa dipanggil foyer. Kening sebelah kanan lelaki itu terjungkit. Dia senyum meleret sebelum mata melirik wajah tunangnya yang jelas tidak puas hati atas kemenangannya.

Bahu kanan Iman Nadhirah dicuit. Gadis itu berpaling. Dagu diangkat sedikit sebagai ganti pertanyaan 'apa'.

Zafriel Adrian tidak menjawab sebaliknya memandang ke arah tempat yang dipandangnya tadi. Iman Nadhirah yang berasa pelik menoleh mencari benda yang dipandang lelaki itu. Keningnya terjungkit. Roller-blade?

Dia membuka mulut bersuara, "Oh no! Jangan cakap kau nak ajak aku main roller-blade. Ice skating pun aku tak pandai."

Zafriel Adrian tidak mengendahkan bicara gadis itu. Bibirnya dari tadi tidak lekang dengan senyuman. Langkah kaki disusun menuju ke arah seorang pemuda yang mengutip kupon pelanggan yang ingin bermain roller-blade.

Iman Nadhirah sikit pun tidak berganjak dari tempat dia berdiri tadi. Diperhati saja Zafriel Adrian berbicara dengan pemuda di situ. Lelaki itu kemudiannya menghulurkan kupon yang dibeli bagi menggantikan wang.

Zafriel Adrian mendekati Iman Nadhirah. "Jomlah! Aku dah bayar dah pun."

Iman Nadhirah merengus. "Aku dah cakap aku tak nak kan? Kau ni memang tak faham ke buat-buat tak faham?"

Zafriel Adrian melepaskan keluhan. Wajah gadis itu dipandang tajam. "Sebab kau tak pandai main? Sama je dengan ice skating. Bezanya ni roda dan bukan meluncur atas ais. Lagipun, haritu aku tengok elok je kau main," bidasnya. Masih ingin mengajak gadis itu bermain roller-blade.

Iman Nadhirah menunduk. "Tapi jatuh jugak." Serta merta teringat akan kejadian dia tergelincir dan lelaki itu menyambutnya dari jatuh. Pipi Iman Nadhirah sudah kemerahan. Terasa malu apabila dikenang kembali.

Zafriel Adrian menggaru kepala. Tidak tahu mahu beri reaksi yang bagaimana. "Ermm... sekali je kan? Lagipun, bukan kau jatuh tersembam pun. Dahlah, aku tak kira, kau kena ikut jugak aku main."

Hujung lengan baju sukan sekolah Iman Nadhirah ditarik lelaki itu. Iman Nadhirah sudah tiada pilihan melainkan hanya ikut. Mereka menukar kasut sekolah kepada kasut roller-blade.

Zafriel Adrian ingin berdiri sebaik sahaja selesai menyarung kasut itu. Tetapi perlakuannya terbantut apabila melihat Iman Nadhirah yang masih tidak menyarungkan kasut itu.

Iman Nadhirah memandang kasut roda itu dengan rasa keliru. Macam mana sarung ni? Macam tak muat aje?

Zafriel Adrian menggeleng kecil. Tanpa melengahkan masa, dia melutut di hadapan gadis itu. Terus disarungkan kasut itu pada kaki Iman Nadhirah. Gadis itu terkejut tetapi segera dikawal riak terkejutnya dan cuba sedaya upaya kekal selamba.

Setengah jam sudah pun berlalu. Iman Nadhirah semakin mahir mengawal keseimbangan diri. Rasa gembira menghuni diri kerana berjaya mengatasi ketakutan untuk bermain roller-blade. "Zafriel!" Dia memanggil Zafriel Adrian yang tidak jauh di depan. Dia cuba menyaingi lelaki itu.

Zafriel Adrian menoleh. Keningnya dijungkit sedikit. Iman Nadhirah senyum meleret.

"Kita lumba. Siapa yang kalah kena belanja makan aiskrim!" Dengan laju, Iman Nadhirah mendahului lelaki itu.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now