76

2.7K 187 85
                                    

Zafriel Adrian menekan butang lif bernombor 25. Pintu lif itu ditutup rapat. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Aplikasi WhatsApps dibuka. Dia mencari nama contact seseorang. Kemudian, nama contact itu disentuh dengan ibu jari. Laju kedua-dua belah ibu jarinya menekan-nekan skrin telefon.

Cuba teka siapa aku jumpa tadi?

Tak sampai beberapa saat, mesejnya berbalas.

Fahmi: Entah Selena Gomez ke?

Fahmi: Atau Taylor Swift?

Fahmi: Ke Adam budak lembut tu?

Fahmi: Tapi bukan dia kerja sama shif dengan kau ke? Memang selalu jumpa pun kan?

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Tolonglah, apasal nama Adam juga yang muncul? Dia menggeleng. Teruk betul fikiran si Fahmi ni... Sampai ke penyanyi luar negara dipetik nama.

Two words. Iman Nadhirah.

Tanpa berlengah, Zafriel Adrian menghantar mesej itu.

Ting!

Serentak pintu lif terbuka di tingkat 25. Zafriel Adrian melangkah keluar dari lif. Meja Elma, setiausaha Iman Nadzir didekatinya. "Elma, Nadzir ada tak? Is he busy right now?"

Iman Nadzir sudahpun bekerja di syarikat Tan Sri Nazmi sebagai pembantu pengarah urusan. Belum dinaikkan pangkat jadi CEO lagi. Heh! Dia ni pun dah nak kahwin bulan depan dengan cinta hatinya, Darmia Uqasha. Hal bapak Darmia yang mahukan calon bagus itu, banyak dibantu Iman Nadhirah. Alhamdulillah, lulus ujian jadi menantu. Sekarang inipun mereka berdua sudah bertunang dua bulan.

Elma yang sedang leka menunduk mengatur jadual bosnya mengangkat wajah. "Oh, Encik Zafriel! Lama tak nampak you datang sini. By the way, bos ada kat dalam. Kejap, I inform dia you ada kat sini ya?" Telefon di sebelah dicapai.

Zafriel Adrian hanya memerhati gerak-geri Elma.

"Bos, Encik Zafriel is here. Nak bagi dia masuk ke?"

"Oh okay, nanti I suruh dia masuk."

Gagang telefon kembali diletakkan pada tempatnya. "Encik Zafriel boleh masuk sekarang," beritahu Elma.

"Thank you."

Zafriel Adrian terus berjalan ke bilik Iman Nadzir yang tidak jauh dari situ. Pintu diketuk peelahan sebelum dikuak. Kelihatan Iman Nadzir sedang sibuk menyemak fail projek.

"Assalamualaikum." Zafriel Adrian memberi salam.

Iman Nadzir mengangkat wajah sambil menjawab salam. Dia senyum melihat wajah kawan baiknya itu. "Lama tak jumpa, bro? Duduklah."

Kedua-duanya bersalaman, sebelum Zafriel Adrian duduk di atas kerusi di hadapan meja Iman Nadzir.

"Ada apa kau datang ni? Rasa macam bukan datang saja-saja," tebak Iman Nadzir.

Senyuman dilemparkan lelaki itu. "Tau-tau aje kau ni?"

"Mestilah, kau kan kawan baik aku dari zaman tadika?" Iman Nadzir tertawa kecil.

Zafriel Adrian menunjukkan riak wajah yang serius. "Kau beritahu adik kau mana aku kerja?"

Tawa kecil Iman Nadzir terus mati mendengar soalan jejaka itu. "Apa? Mana ada. Setahu aku, topik kau memang dah tak muncul sejak kejadian lapan tahun lepas dari mulut adik aku. Kalau mama dan papa tu lainlah... Kenapa?"

Kening Zafriel Adrian berkerut. "Kau serius?"

Iman Nadzir mengangguk laju. "Betul lah. Takkan aku nak tipu kau pulak? Kenapa kau tanya?"

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now