31

4.3K 212 8
                                    

Sudah seminggu kejadian Iman Nadhirah terkena kaca. Sudah seminggu juga Zafriel Adrian menunggu keputusan kea Iman Nadhirah itu.

Dia masih tidak dapat mengagak kejadian itu terjadi tanpa sengaja atau secara sengaja. Sedang Zafriel Adrian asyik termenung, terdengar ketukan di pintu kelas 4 Orkid. Dia menoleh.

Kelihatan Iman Nadzir berdiri di pintu kelas menggamit tangan memanggilnya.

Dengan rasa malas, ketua pengawas SMTI itu bangun dari kerusi. Dia mendekati kawan sepermainannya itu. "Kenapa? Ni apahal kau datang sini? Bukan ke sekarang masih waktu PDP?" Soalnya bertubi-tubi. Yelah kenalah menjalankan tanggungjawab walaupun dengan kawan baik sendiri. Itulah namanya adil dan saksama. Atau dalam bahasa orang putih, fair and square.

Iman Nadzir menjawab, "Cikgu Watie panggil ke bilik dia. Aku pun kena panggil jugak."

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Nadzir pun kena panggil? Takkan ada mesyuarat pengawas pulak? Cikgu takkan panggil orang yang bukan pengawas walaupun ex-pengawas. "Untuk apa?"

Iman Nadzir menjungkitkan bahu. Baru Zafriel Adrian sedar, kawannya itu tidak habis-habis memegang perut dari tadi.

"Aku tak tahu. Kau boleh tak pergi panggil adik aku kat kelas dia? Aku sakit perut ni. Emergency!" Terang Iman Nadzir. Wajahnya hampir bertukar biru.

"Yelah, aku pergi panggil. Nanti jumpa kat bilik Cikgu Watie. Pergilah kau. Nanti terlepas kat sini, susah!" Balas Zafriel Adrian. Terselit sedikit gurauan.

Iman Nadzir tidak mampu ketawa, dia betul-betul dalam kecemasan hendak ke tandas. Tanpa melengahkan masa, dia memecut laju ke tandas lelaki yang terletak di hujung blok.

Zafriel Adrian menggeleng kecil.

_____________

"Baiklah harini kita belajar tentang Ungkapan Algebra II. Semua salin nota yang saya tulis di papan putih ni dalam buku Maths 2 ya?" Arah Cikgu Raz.

Semua murid tingkatan 3 Teratai hanya diam menurut kata guru matematik itu.

Tok tok tok

Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan di pintu kelas. Seisi kelas menoleh. Cikgu Raz bertanya dalam gurauan, "Ha, Zafriel nak apa? Jumpa awek ke?"

Semua murid gelak. Paling galak ketawa sudah semestinya budak lelaki. Iman Nadhirah hanya diam menyalin nota. Apa yang kelakarnya entah lah...

Entah bagaimana, wajah Zafriel Adrian berubah merah seperti tomato. Dia menggaru kepala. "Eh, tak! Tak cikgu!"

Iman Nadhirah masih tekun menyalin tetapi terhenti dek kerana Darmia yang menyiku lengannya. Gadis itu merengus. Dia mengangkat sedikit dagunya.

Darmia memuncungkan mulut ke arah Zafriel Adrian di hadapan kelas. "Tu, Zafriel! Merah muka dia. First time aku tengok dia macam tu. Entah-entah memang nak jumpa awek tak?"

Iman Nadhirah turut memandang Zafriel Adrian. "Biarlah dia. Buat apa nak sibuk? Lagi satu, tak baiklah kau menuduh macam tu. Boleh jatuh fitnah tau tak?"

Darmia mencebik. "Alaaa, aku cakap aje. Rileks lah..."

"Saya nak panggil Iman Nadhirah, Cikgu Watie panggil nak jumpa," beritahu jejaka itu.

Cikgu Raz mengecilkan matanya. "Ya ke? Ke nak dating?"

Zafriel Adrian menggeleng laju menafikan pertanyaan cikgu itu. Iman Nadhirah pula laju mengangkat kepala sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil. Cikgu Watie panggil? Hal apa pulak ni? Hari sukan dah habis kot...

Gadis itu bangun lalu menuju ke depan. Cikgu Raz tersebgih memandang muka cemberut Iman Nadhirah. "Iman, jangan marah pulak. Cikgu gurau je tadi. Ya Zafriel? Kamu pun jangan marah ya?"

Zafriel Adrian tersenyum kelat. Terasa annoying pulak cikgu ni. Iman Nadhirah pulak memberi jelingan maut. Tau pun takut!







✩✩✩✩✩✩

Agak-agak kenapa Cikgu Watie panggil diorang bertiga? Cikgu Raz tu annoying ke bagi korang? Okey, tu je. Bab seterusnya akan diupdate bila rajin. Hihihi... plus, sorry kalau sikit bab ni. Author rasa macam lebih kurang je dengan chapter lain. Tapi bila scroll tengok balik macam sikit. Okeylah never mind.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now