38

4.1K 215 23
                                    

"Adik, cepat sikit! Kita kena keluar awal, kalau lambat nanti sesak." Puan Sri Ilyana mendongak memandang atas. Dia menyekak pinggang. Mana anak dara sorang ni?

Jam tangannya dikerling. "Iman Nadhirah, kalau kamu tak turun juga dalam kiraan lima, mama tarik semua gajet yang ada sampai habis PT3," ugutnya.

Wanita itu merengus marah kerana tiada sahutan dari anaknya. "Satu..."

"Dua..."

"Tiga..."

"Empat..."

"Li..." pada masa yang sama kedengara bunyi derapan kaki menuruni anak tangga.

"Ya, ya! Adik turun ni." Iman Nadhirah berkata.

Puan Sri Ilyana menggeleng kecil. "Apa yang buat kamu lambat sangat?"

Iman Nadhirah mengeluh. "Cari stokin. Tak jumpa ma. Adik rasa adik dah letak elok dalam beg semalam. Tiba-tiba hari ni takde."

Puan Sri Ilyana tergeleng kecil lagi. "Adik ni cuai! Dah pergi masuk kereta. Dah lambat dah ni! Family Uncle Umar pun dah siap, kamu aje yang lambat," bebelnya geram.

Iman Nadhirah mengeluh lagi. Dia berjalan ke bahagian belakang kereta Volkswagen. Bonet kereta dibuka. Kasut sarung berwarna hitam kosong itu diambil dan disarung pada kaki. Terpaksalah pakai 'kasut makan tuan' ni. Siaplah kau stokin, malam ni akan ku cari sampai ke lubang anai-anai.

Eh? Bukan cacing ke? Akalnya menyoal.

Argh, sama jelah tu!

________

Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian mengekori keluarga mereka dari belakang. Sesekali mereka berdua bertikam lidah. Yelah Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian takkan boleh tak bergaduh walau hanya satu hari.

Iman Nadhirah berjalan malas. Dia membuat muka. Sungguh dia bosan melihat mamanya dan Umi Aminah membeli belah. Tan Sri Nazmi dan Haji Umar sudah menghilang entah ke mana.

Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu di atas kepalanya. Dia meraba kepalanya. Topi? Zafriel Adrian di sebelahnya dikerling. "Kau ni kenapa letak topi ni atas kepala aku?" Soalnya dengan geram. Topi itu ditanggalkan dari kepala. Paling pelik sekali topi itu sebenarnya topi koboi. Tak tau topi koboi macam mana? Tengok topi Woody dalam Toy Story. Itulah dianya!

Zafriel Adrian membuat muka tidak bersalah. "Alaaa... topi je kut! Rilekslah."

Iman Nadhirah memandang Zafriel Adrian dengan rasa marah. Dia terus meletakkan topi itu di atas kepala lelaki itu. Senyuman menghiasi wajahnya. Tidak dinafikan lelaki itu nampak lacak dengan topi koboi itu. Tambahan pula dia berpakaian kemeja bercorak kotak-kotak. Lengan kemeja itu dilipat sehingga ke siku. Memang perfecto!

"Ha, baru sesuai. Ada bagi aku topi tu. Kau sebenarnya nak kan topi tu yang letak atas kepala aku?"

Zafriel Adrian merengus. Aku nak kenakan dia, sebaliknya aku yang terkena. Apa ni?! "Fine, kalau aku sesuai dengan topi ni, kau pula, sesuai topi..." dia mengetuk dagubya dengan jari. Matanya memilih topi-topi di situ.

"Ha! Yang ni!" Topi koboi yang hampir sama. Tapi nampak keperempuanan sikit kerana ia berwarna merah. Benangnya pula berwarna putih. Bayangkan topi Jessie pula eh? Lelaki itu menyarung topi tersebut di atas kepala tunangnya. "Hmm... memang sesuai! Kejap, kejap!" Telefon di salam poket dibawa keluar. Dia mengambil gambar gadis itu. Langsung tidak peduli dengan wajah Iman Nadhirah yang sudah mencuka.

Zafriel Adrian senyum melihat gambar itu. Iman Nadhirab baru sahaja mahu menghamburkan marahnya, pemilik gerai itu mencelah, "Topi yang adik dengan girlfriend pakai tu memang sesuai untuk pasangan couple. Kalau beli dua sekali, harganya RM10."

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now