100

2.8K 194 44
                                    

Uuuu... 100 bab dah 😹😹








































Hehe... gurau2😂. Dipersilakan baca.

___________________________

Suasana dalam bas yang tadi hiruk-pikuk dengan suara malaun-malaun yang menyertai trip menjadi senyap. Hanya kedengaran desas-desus suara Qaira dan Najwa berbual tentang make up, pakaian... hal perempuan lah senang cerita. Memang patut Iman Nadhirah tak duduk dengan mereka. Dia lebih rela tidur dari dengar cerita mereka.

"Eh, apasal rasa macam senyap aje?" Tany Najwa.

Qaira menjungkit bahu tidak tahu.

Najwa berdiri ingin melihat sekeliling. Dua-dua belah tangannya berpaut pada kerusi cuba mengekalkan keseimbangan badan.

Hampir 80% orang di dalam bas itu nyenyak diulit mimpi. Sedang elok melihat pelbagai gaya tidur mereka, tak semena-mena sepasang matanya tertancap pada pasangan yang duduk di kerusi belakangnya.

Iman Nadhirah lena tidur di bahu Zafriel Adrian sementara lelaki itu tidur dalam keadaan duduk menegak. Tangan mereka bersulam di atas riba Iman Nadhirah.

Najwa membulatkan matanya yang bersinar-sinar. Dia menepuk-nepuk bahu Qaira. "Babe, babe, tengoklah ni!" Bisiknya teruja.

"Apa benda?"

Najwa meletakkan jari di bibir apabila Qaira berdiri sepertinya. Dia menunding jari pada pasangan suami isteri tadi. Qaira menoleh. Kedua-dua belah keningnya ternaik.

"Telefon, wei! ambik telefon! Cepat!" Arah Najwa.

Qaira memberikan telefonnya yang sudah ada di dalam genggaman. Najwa mengambil gambar pasangan itu.

"Sweet kan, Qaira. Time kita jumpa haritu asyik gaduh aje. Tapi sebenarnya dalam hati suka sama suka," ujar Najwa. Mereka sudah pun duduk.

Qaira mengangguk. "Aku rasa dia orang bukan kahwin sebab famili lah. Sebab... kau sendiri boleh nampak cara Zafriel caring dekat Iman kan? Macam yang waktu Iman redah hujan lebat tu."

Najwa mengangguk. "Ataupun dia orang memang kahwin sebab famili tapi masing-masing suka sama suka. Cuma dua-dua tak bagitahu. Kan Iman ada cakap, kalau bukan sebab abang dia, dia orang takkan kenal. Maknanya dia orang kenal daripada abang Iman. Who knows, lepas yang tu dia orang pernah bercinta ke? Lepas tu putus. Tup tup, kena kahwin pulak."

Qaira menjungkitkan kening sebelah. "Kau ni, banyak baca novel lah. Dahlah, aku nak tidur."

Berkerut kening Najwa mendengar respon dari Qaira. "Eh, betul apa aku cakap!"

Qaira hanya memberi isyarat tangan tanda dia malas mahu mendengar kata-kata gadis itu.

_________________________

Bas yang dinaiki mereka berhenti di sebuah pusat R&R. Encik Bakri yang naik kereta sendiri keluar dari keretanya. Dia melangkah masuk ke dalam bas. "Bangun! Bangun! Kita berhenti di sini sekejap. Kamu nak makan, nak pergi toilet ke, amat dialu-alukan. Saya bagi 45 minit sahaja. Lambat, tinggal!"

Adam yang masih mamai mengangkat tangan. "Kita solat kat sini ke bos?"

Encik Bakri memandang pekerjanya itu dengan pandangan pelik. "Awak tengok jam pukul berapa sekarang? Zohor pun belum masuk lagi."

Irshad melihat jam tangannya. 11.50 pagi.

Sementara itu, Zafriel Adrian mencuit bahu Iman Nadhirah. Tangan mereka yang bersulam itu dilepaskan perlahan. Bimbang orang lain nampak. Biarlah status mereka menjadi rahsia dahulu.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now