68

3.1K 204 73
                                    

Zafriel Adrian menopang dagu memandang Cikgu Manaf mengajar subjek Matematik Tambahan. Entah apa yang dibebel di hadapan kelas dia sendiri tidak tahu. Matanya memanglah terpaku pada papan putih. Akan tetapi fikirannya melayang-layang dibawa angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Fahmi yang duduk di sebelah Zafriel Adrian sesekali mengerling sahabat dari sekolah rendah itu. Sudah berhari-hari dia memerhati lelaki itu. Entah mengapa, semenjak dua menjak ini Zafriel Adrian banyak mendiamkan diri. Bukan sahaja semasa di kelas, malah setiap masa!

Apabila Fahmi bertanya, pasti hanya sepatah saja yang menjadi jawapan Zafriel Adrian. Tidak pernah-pernah dia melihat lelaki itu berkelakuan sebegitu sebelum ini.

Apa yang mengganggu fikiran Zafriel Adrian?

___________

Fahmi berjalan keluar dari bilik guru. Dia baru sahaja selesai menghantar buku latihan kawan-kawan sekelasnya ke meja Cikgu Manaf.

Dalam perjalanan hendak ke parkir motor, dia ternampak seseorang sedang duduk di bawah pokok menghadap padang sekolah yang luas. Diamati wajah pelajar lelaki itu dari jauh. Zafriel?

Tanpa membuang masa, Fahmi mengatur langkah mendekati Zafriel Adrian.

"Assalamualaikum," sapa Fahmi sebelum duduk bersila di sebelah Zafriel Adrian.

Zafriel Adrian menjawab salam itu tanpa menoleh. Dia kenal dengan pemilik suara itu. Tidak lain tidak bukan pastinya sahabat baiknya, Fahmi.

"Kau ada masalah?" Tanya Fahmi.

Zafriel Adriam hanya diam. Kadang-kadang rimas juga kerana asyik diaju soalan yang sama.

Fahmi senyum kelat. "Ni mesti sebab Iman Nadhirah kan?"

Tersentak ketua pengawas itu. Ditolehnya memandang wajah Fahmi. "Apa kau merepek ni?" Dalihnya.

Fahmi menghela nafas perlahan. "Aku tahu sebab sejak hari pertama kau jumpa dengan dia, kira-kira dua tahun lepas, kau selalu kena ganggu dengan dia setiap kali waktu kau bertugas. Kau kan selalu cerita pada aku?"

Zafriel Adrian hanya senyum nipis.

"Tapi cara kau ceritakan tak macam cerita biasa-biasa tau? Kau cakap aje, kau geram, kau benci, tapi aku nampak dekat mata kau, kau gembira. Beza sangat bila kau cerita pasal Zaara, takde rasa. Tawar! Tapi kalau pasal Iman, rasa manis dia lebih sampai rasa macam makan semua jenis coklat, gula-gula!"

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Betul ke? Seakan tidak percaya dengan apa yang diperkatakan sahabatnya itu.

"Dan aku boleh agak, Iman Nadhirah bukan perempuan yang biasa-biasa. Dan aku yakin, dialah kawan waktu kecil kau yang kau tunggu-tunggu dulu kan? Sampai kau tak nak Zaara tu jadi kawan kau. Kau tak nak Zaara ganti tempat Iman kan?" Tebak Fahmi.

"Sekarang baru aku faham kenapa kau panggil dia Nadhirah. Tak seorang pun pernah panggil nama tu kan? Sebab kau tu special pada dia. Dia juga special pada kau."

Zafriel Adrian mengeluh berat. "Dah tak ada maknanya, Mi. Dia dah tinggalkan aku. Dah tak ada lagi orang nak ganggu aku waktu aku bertugas, Mi. Tak ada lagi orang yang nak cari gaduh dengan aku," rintihnya.

Fahmi melingkarkan tangannya pada bahu Zafriel Adrian. "Sabarlah bro. Mungkin sekarang terlalu awal untuk kau jatuh cinta. In shaa Allah kalau dia memang dah ditetapkan jodoh kau sejak dari Luh Mahfuz lagi, pasti akan menjadi juga," pujuknya.

Zafriel Adrian mengangguk bersetuju dengan kata-kata Fahmi.

____________________

Dahi Iman Nadhirah berkerut-kerut memahamkan konsep trigonometri dalam subjek Matematik. Apa kebendanya ni? Aku buat ini salah, itu salah.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now