20

5.4K 286 13
                                    

Double update cause hajat aku tercapai! Hahaha...

✩✩✩✩✩

Usai makan, Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian berjalan beriringan. Tiba-tiba datang Intan dan Taufik. "Hey guys!" sapa Intan.

Iman Nadhirah menjeling Intan. "Kau siapa?" Soalnya. Saja ingin membuat Intan sakit hati.

Intan memuncungkan mulut. "Alaaa, sorrylah sebab tinggalkan kau. Jangan macam ni wei!"

Iman Nadhirah memeluk tubuh. "Balasan tinggalkan aku! Sudahlah dengan pengawas bajet alim ni!"

Zafriel Adrian berdeham. "Aku ada kat sini je, okay?"

Iman Nadhirah buat tidak tahu.

Taufik bersuara, "Ermm... korang, something pelik yang terjadi."

Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian berpandangan sebelum memandang Taufik, yang paling tua antara mereka berempat.

Intan mengangguk. "Aku dapat surat daripada Taufik tapi dia kata dia tak pernah pun tulis surat untuk aku."

Taufik berkata, "Same goes to me. Aku dapat surat dari Intan but Intan takde pun tulis surat untuk aku. Kauorang rasa ada orang nak perangkap kami ke?"

Sekali lagi Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian berpandangan. Zafriel Adrian menggaru kepala. "I think we should tell them the truth."

Intan dan Taufik tidak mengerti.

Iman Nadhirah hanya mengangguk bersetuju. "Sebenarnya ni plan aku. Zafriel hanya tolong aku. Intan, kau ingat tak first time kau dapat surat dari Taufik?"

Intan mengangguk.

"Surat tu untuk aku not you. Tapi ada budak junior tersalah bagi sebab Taufik guna shortform name. IN. IN in our class are me and you. So budak tu confuse and bagi pada kau.

Bila aku dapat tahu Taufik ialah crush kau, aku plan dengan Zafriel hantar surat for both of you. Supaya kalau kau dapat tahu siapa Taufik sebenar and siapa sepatutnya dapat surat tu, kau tak frust and Taufik takkan tindas kau.

Aku harap kauorang maafkan aku dan Zafriel sebab buat macam ni."

Intan senyum. "Aku tak sangka hati kau baik macam ni. It's okay, aku tak kisah. Sayang kau babe!" Dia mendepangkan tangan mahu memeluk Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah yang sememangnya jenis tidak suka peluk-peluk ni berundur. "Jangan peluk aku, aku kick kau melayang Budapest terus!"

Intan hanya tersengih.

"Aku tak tau nak cakap apa. But thanks pada korang jugak cause you're the reason aku kenal Intan sekarang."

Zafriel Adrian hanya senyum. "No problem."

Taufik tiba-tiba menggaru kepala. "Tapi kan, dalam satu surat tu, kata Iman dah ada someone, something like that? Betul ke?"

Iman Nadhirah dan Intan terkejut. "Hah? Kau tak bagitahu aku pun, Iman!" Marah Intan.

Iman Nadhirah pulak yang menafikan, "Hei aku takde masa lah mak bercintan-cintun ni
Dan. Aku. Tak. Tulis. Pun. Pasal. Tu."

Zafriel Adrian melarikan anak mata ke sekeliling. Dia berundur dengan senyap. Habislah aku!

Iman Nadhirah yang menyedari Zafriel Adrian ingin lari segera ditahan. "Zafriel!!! Ni mesti kerja kau! Siap kau, aku kick kau keluar dari Malaysia masuk Bangladesh!"

Intan dan Taufik hanya memerhati gelagat Iman Nadhirah bersama Zafriel Adrian. Mereka hampir ketawa melihat kawan-kawan mereka yang sudah seperti budak tadika.

____

Intan berlari anak menghampiri Darmia dan Ainnur. "Wei korang! Tengok ni!" Intan menghamparkan majalah mingguan sekolah yang baru dibelinya.

Sebenarnya dia bukan jenis yang suka beli majalah mingguan. Tetapi apabila mendapat tahu ada satu artikel yang menatik perhatiannya, laju sahaja dia membayar.

Darmia dan Ainnur melihat majalah yang terpampang di hadapan mereka. Mata mereka terbuntang.

Di muka surat itu terdapat gambar Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian sedang makan bersama di sebuah restoran. Ada juga gambar mereka berjalan beriringan. Tajuk besar artikel itu adalah:

CIK TROUBLEMAKER DAN HEADBOY BERDATING DI SUNWAY PIRAMID?!

"Macam mana Zafriel dengan Iman boleh berdating ni?" Soal Ainnur.

Intan menafikan, "Tak, mereka tak pergi dating. Zafriel temankan Taufik jumpa aku. Iman pula, dia kan temankan aku? Then, salah aku jugak, ajak Taufik tinggalkan mereka berdua."

Darmia mengusap dagunya. "Siapa punya angkara ni? Pelik betul lah! Kalau Iman tau, mengamuk dia."

Ainnur dan Intan mengangguk setuju.

"Tapi kan, aku tengok sweet pulak diorang ni kan?" Tambah Darmia.

"Kannn...." serentak itu Intan dan Ainnur berkata.

"Aku rasa, what if kita mintak pendapat Zafriel apa patut dibuat untuk elak daripada si Iman mengamuk?" Cadang Ainnur.

Darmia memuji, "Brilliant!"

Intan memuncungkan mulut ke arah Zafriel Adrian. "Tu dia! Panjang umur!"

"Zafriel!" Panggil Darmia.

Zafriel Adrian yang sedang membelek buku catatan pengawasnya menoleh. Kelihatan Darmia menggamit agar lelaki itu menghampirinya. Laju kakinya melangkah mendekati kawan-kawan Iman Nadhirah. "Ada apa?"

"Nah, cuba kau baca ni!" Arah Intan.

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Pelik memang pelik, tapi dibaca juga artikel yang ditunjukkan Intan. Sedikit terkejut apabila membaca artikel itu. "Siapa tulis ni?"

Ainnur menunjukkan nama penulis artikel itu.

-Unknown-

Bagus betul penulisnya! Saja mahu merahsiakan identiti diri. Muka Zafriel Adrian tegang. Nampak sangat dia marah.

Ainnur menerangkan tujuan mereka menyuruh Zafriel Adrian membaca artikel itu. "Kami sebenarnya tak pasti mahu memberitahu Iman atau tidak. Tapi kalau dia tahu sendiri pasti dia akan mengamuk."

Zafriel Adrian mengangguk. "Kauorang cerita saja pada Iman. Let her know. Nanti mesti dia akan jumpa aku tanya hal ni. Aku tahu lah macam mana nak buat. Pasal penulis artikel ni pulak, nanti aku cari siapa orangnya."

Ainnur, Intan dan Darmia mengangguk.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now