PERHATIAN

3.5K 49 0
                                    

Segala yang terkandung dalam buku ini merupakan hak cipta Nur Minna. Dilarang sama sekali memplagiat mana-mana bahagian dalam buku ini. Allah berikan anda buah fikiran, jadi fikir sendiri idea untuk buku anda, ya? Semua watak di dalam buku ini tidak ada kena-mengena dengan kehidupan realiti. Mungkin ada serba sedikit yang sama dengan personaliti orang di sekeliling, mungkin juga hanya kebetulan. Segala idea di dalam buku ini terhasil sepanjang waktu persekolahan saya sendiri.

Sekiranya anda membaca buku ini dari mana-mana sumber selain Wattpad, adalah dinasihatkan agar anda berhenti membaca di laman tersebut dan muat turun aplikasi atau buka laman web Wattpad untuk membaca buku ini. Laman selain Wattpad berkemungkinan memberi risiko kepada gadget anda seperti telefon atau komputer riba untuk dijangkiti virus. Juga sekiranya didapati buku ini diterbitkan atau dipaparkan di laman selain Wattpad, anda perlu memaklumkan kepada penulis buku ini sendiri dengan cara menghubunginya di Wattpad atau media sosial Instagram, minafocent_

GUIDE TO READ CTPH

👉 Plot dalam buku ini belum dikemaskan dan tidak lengkap. Saya sarankan anda baca Hero Troublemaker (versi yang sudah dikemaskini dan lengkap). Anda boleh cari di profil penulis.

👉 Sekiranya masih ingin teruskan bacaan anda, dipersilakan tetapi jika sudah habis baca dan ingin terus sambung bacaan dari bab terakhir (111), saya ada selitkan nota tambahan di situ. Di mana anda boleh cari baca terus bahagian yang anda berhenti di Hero Troublemaker.

👉Kandungan buku ini mungkin agak merepek dan plotnya agak tidak matang kerana saya menulis buku ini pada usia 15 tahun.

Saya, lebih dikenali sebagai Nur Minna, dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan yang terdapat dalam buku ini, juga kesilapan yang pernah saya lakukan sepanjang tempoh menghasilkan buku ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca buku ini.

Mana yang baik boleh anda ambil sebagai pengajaran. Mana yang sebaliknya janganlah anda ikuti. Semoga anda dapat menilai baik dan buruknya. Akhir kata, semoga anda terhibur membaca.

- Nur Minna, 2021 (edited)

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now