110

2.2K 145 37
                                    

Zafriel Adrian mengikat tali lehernya. Sementara Iman Nadhirah membetulkan shawl di kepala. Mereka sedang bersiap-siap hendak pergi ke Sekolah Menengah Tunku Ibrahim, sekolah lama mereka. Iman Nadzir turut bersiap di biliknya.

"Woi, korang! Aku pergi dulu. Nak ambik Mia." Iman Nadzir memunculkan kepala di pintu. Sebelah tangan memaut bahagian tepi pintu. Kemudian, berdesup lelaki itu hilang dari pandangan.

Biarlah... orang dah ada kekasih hati kan?

Iman Nadhirah membantu suaminya mengikat tali leher pulak. Alamak, taulah kerja cef tak pakai necktie tapi takkanlah tak ingat langsung cara ikat.

Eh, bukan tak ingat, si Iman Nadhirah yang offer minta tolong!

Hubungan mereka kembali seperti biasa selepas hari Zafriel Adrian marah-marah pasal crush tu. Iman Nadhirah kata jejaka itu akan tahu siapa crushnya waktu reunion nanti. In shaa Allah.

Berdebar-debar Zafriel Adrian ingin melihat rupa crush zaman sekolah isterinya. Entah-entah muka cap ayam je. Mana lah tahu kan?

Usai bersiap, mereka turun ke bawah. Tan Sri Nazmi dan isterinya berada di ruang tamu. Hai, dah berbulan-bulan tak dengar cerita, baru muncul? Dia orang ni kan pi travel satu dunia selepas ada Zafriel Adrian untuk menjaga anak bongsu mereka yang nakal itu.

"Mama, papa, kitaorang pergi dulu." Kedua-dua orang tua itu disalam pasangan suami isteri itu.

Kemudian, mereka keluar dan masuk ke dalam kereta. Iman Nadhirah terkocoh-kocoh mengekori Zafriel Adrian dengan kasut but berwarna birunya.

Mereka berdua berpakaian sedondon. Zafriel Adrian memakai baju berwarna biru lembut dipadankan dengan tali leher berwarna biru kehitaman manakala isterinya memakai blaus labuh berwarna biru sama dengan kemeja Zafriel Adrian dan skirt berwarna perang dipadankan dengan tudung sama warna dengan skirt.

Baru nampak macam pinang dibelah dua!

_________________


Masuk ke dalam dewan besar SMTI, Iman Nadhirah kagum melihat dewan besar yang tidak banyak berubah. Dekorasi saja yang ubah tambah lebih menarik. Tiba-tiba dia ternampak satu benda. Lengan Zafriel Adrian digoncang. "Zafriel! Zafriel! Tengok ni, ada gambar kita!"

Zafriel Adrian ikut melihat arah yang ditunjukkan isterinya. Dia nampak gambar berbingkai yang tergabtung pada dinding. Gambar itu diambil hari terakhir Zafriel Adrian sekolah di SMTI. Iman Nadhirah ditarik pengetua dan Cikgu Watie untuk bergambar bersama dengan pengetua. Katanya biarlah jadi kenangan sekolah, Encik Pengawas Terbaik dan Cik Troublemaker SMTI.

Tanpa sedar Zafriel Adrian mengukir senyuman. Masih ingat gadis itu beria-ia tak mahu bergambar sekali, tapi apabila ditegur pengetua terpaksa juga ikut. Last-last si Iman Nadhirah yang posing lebih-lebih. Padahal dia ada lagi tahun hadapan.

"Yalah, ada orang tu beria tak nak bergambar, last-last dia yang melebih-lebih," usik Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah memberi jelingan tajam buat suaminya.

"Ehem... ehemm..." suara dehaman menghentikan perbuatan mereka. Serentak mereka menoleh.

"Intan!"

"Taufik!"

"Kau orang... ni dah nampak sweet-sweet berdua ni, tak nak cerita apa-apa ke?" Tanya Intan.

Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian tersenyum kelat. Lupa pulak dia orang ni agak ketinggalan. Taulah kahwin awal, terus lupa kawan-kawan sendiri.

"Ha, ada pun! Ingatkan tadi melencong tempat lain," tegur Iman Nadzir yang baru muncul bersama dengan Darmia.

"Eh, aku tanya tak mau jawab! Kau orang ni ada relation apa? One-to-one ke one-to-many?"

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now