6

6.8K 326 1
                                    

Iman Nadhirah masuk ke dalam kelas 3 Teratai dengan perasaan marah. Dia duduk di tempat duduknya.

"Urgh! Geram, geram, gerammm!" getus Iman Nadhirah. Kawan-kawannya yang pelik melihat dia yang sedang baran itu datang menghampiri.

Selain Ainnur dan Intan, Darmia Uqasha turut berkawan baik dengan Iman Nadhirah.

Intan Norhafiza, seorang yang agak pelupa dan selalu bertanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya.

Ainnur Sofia jenis yang cakap main lepas saja. Lebih kurang macam Iman Nadhirah. Agak kasar tapi tak pernah buat hal.

Darmia Uqasha yang paling matang. Err... Boleh lah... Paling rapat dengan Iman Nadhirah. Suka cakap ikut logik akal.

"Kau okey tak, Iman?" soal Darmia. Oh ya! Semua kawan-kawan Iman Nadhirah di sekolah memanggilnya dengan nama Iman.

Iman Nadhirah memandang Darmia dengan muka menahan marah. "Kau nampak muka aku ni macam okey ke?" soalnya nada marah.

Intan pula bertanya, "Kau geramkan siapa ni?"

Ainnur dan Darmia menjeling Intan yang duduk di antara mereka berdua. "Kau ni tak boleh nak agak ke? Dah sah-sah lah sebab senior kita, Zafriel Adrian!" marah Ainnur.

"Kali ni apa kes pulak?" soal Darmia.

Iman Nadhirah merengus. "Malas lah nak cakap." sebelah tangan menongkat kepala.

Darmia menongkat kepala dengan kedua-dua tangan. "Korang tak rasa pelik ke?" soalnya tiba-tiba.

Ainnur, Intan dan Iman Nadhirah memandang wajah Darmia. "Apa yang pelik?" soal Ainnur tidak faham. Intan dan Iman Nadhirah mengangguk.

Darmia menjatuhkan tangan. Dia menjungkitkan bahu seraya berkata, "Iya lah. Kalau orang lain buat hal ke langgar peraturan ke mesti ditangkap dengan pengawas ini, pengawas itu. Orang yang berlainan senang cakap. Tapi, Iman? Setiap kali dia buat hal, orang yang sama juga yang tangkap dia, iaitu, Zafriel Adrian."

Ketiga-tiga orang gadis itu mengusap dagu. Dahi berkerut. Otak berfikir. "Betul jugak cakap kau tu!" sokong Intan.

"Tapi, takkan Zafriel tak ada kerja sampai nak ekori Iman ke mana saja. Dia tu calon SPM. Pelajar top pulak tu! Mesti lah dia akan belajar daripada buang masa ekori Iman?" agak Ainnur.

Darmia menyokong kata-kata Ainnur, "Logik jugak cakap kau, Nur."

Intan memberi pandangan. Dia tersenyum-senyum. "Aku tau. Mesti kau dengan Zafriel tu berjodoh. Oh my Allah!"

Darmia dan Ainnur berpandangan. Iman Nadhirah pula membuat muka, 'What?!'.

"Boleh jadi cakap kau tu!" ujar Ainnur dan Darmia serentak.

Iman Nadhirah menggeleng laju. "Aku dengan pengawas bajet alim tu? No wayy! Kau tau kan, kiteorang ni macam magnet negatif dan negatif ataupun positif dan positif. Apabila dirapatkan ia tidak akan bercantum malah makin menjauhi antara satu sama lain!" dia cuba mengaitkan hubungannya dan Zafriel dengan magnet. Wajah kawan-kawannya dipandang.

Kawan-kawannya menggaru kepala. "Err... Aku tau lah kau nak kaitkan hubungan kau dan Zafriel dengan magnet tapi macam mencelarukan otak kami saja," terang Darmia teragak-agak.

"Haah. Since kau memang lemah subjek sains, aku advise jangan guna perumpamaan tu," ujar Ainnur pula.

Iman Nadhirah mengeluh. "Whatever. Tapi yang pastinya, aku takkan terima dia. No way!"

Intan bersuara, "Kau sanggup menolak Zafriel Adrian, jejaka idaman Malaya? No way! Kau tahu tak dia tu, cukup pakej jadi lelaki idaman gadis tau? Anak Pak Haji Umar pulak tu. Selalu datang surau, mengaji Quran. Taat pada ibu bapa. Berdisiplin. Bonusnya, hensem pulak tu!"

Darmia dan Ainnur memandang Intan yang sudah seperti die hard fan Zafriel Adrian. Iman Nadhirah juga sama memandang Intan. Mereka bertiga seolah-olah tidak menyokong kata-kata Intan.

Namun jangkaan tidak selalunya tepat. "Betul cakap Intan. Susah tau nak cari lelaki baik macam dia," ujar Ainnur.

"Itu lah kan? Memang rugi dan menyesal tak sudah kalau reject dia." Darmia pula menyahut. "Kalau kau tak nak, bagi kat aku, tau?" tambahnya.

Intan dan Ainnur memandang Darmia tak puas hati."No! No! Bagi aku!" marah Intan.

"Kau buat apa? Dengan aku lagi sesuai!" marah Ainnur pula.

Iman Nadhirah hampir ternganga. Biar betul mereka ni? Paling tak boleh blah, Ainnur yang kasar ni pun minat Zafriel?!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora