75

3.1K 217 41
                                    

Iman Nadhirah mengekor Adam dari belakang. Berkerut-kerut dahinya melihat gaya Adam. Mamat ni memang pondan ke?

"Restoran ni ada ramai regular customer. Kalau you jadi waitress memang you kena ingat. Sebab ramai jugak regular customer yang order benda setiap kali. Nasib baik you pembantu cef! Cef Zafriel pulak tu. Untung lah!"

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Apa yang untung?"

"Yelah dia tu cef paling hensem dalam ramai-rami cef yang kita orang ada. Tak kahwin lagi tu. Ada juga customer saja-saja nak jumpa dengan Cef Zafriel untuk berkenalan," cerita Adam dengan bersungguh-sungguh.

Iman Nadhirah tersengih. Macam waktu sekolah dulu lah? Zafriel... Zafriel... kau ni dari dulu memang akan menjadi perhatian perempuan. Agak-agaknya, Zakwan pun akan jadi begitukah?

"Adam!" Panggil seorang pelanggan berbangsa India.

Adam berbisik pada Iman Nadhirah, "Ha, itulah salah seorang regular customer kita orang. Mrs Devi."

Iman Nadhirha mengangguk. Dia mengekor Adam lagi ke meja Mrs Devi.

"Yes, Mrs Devi. Anything you want?"

Mrs Devi tersenyum manis. "Aik sejak bila you kerja luar ni? Bukan kerja you di dapur ke?" Soalnya dengan kenjng dijungkitkan sebelah.

"Yes, I memang kerja kat dapur pun. Tapi today, I diberi kelonggaran. I have to show this place to the newbie here," terang Adam. Tangannya menunjuk pada Iman Nadhirah. Gadis itu hanya menayangkan senyuman tunjuk mesra.

Mrs Devi terpegun sekejap. "Oh, this beautiful girl. A waitress?"

Iman Nadhirah menggeleng. "Saya pembantu cef." Terasa kembang hidungnya dipuji cantik. Eh tapi bukan aku memang cantik dari dulu ke?

Perasan!

"Oh, I thought you a new waitress here. Kenapa tak jadi model? You're beautiful, dear. Sekarang ni pun ramai model yang bertudung," ujar Mrs Devi.

Iman Nadhirah hanya senyum. Model? Uhuk! Tolonglah, nak pakai baju cantik pun bila mama dan papa paksa aje. Ni interview ni pun aku pakai baju sweatshirt dengan jeans. Kasut tak payah cakaplah, kasut sneaker Converse je yang aku selalu sarung. Mana nak pakai kasut tumit tinggi tu?

Oh... not my taste!

"Eh Mrs Devi ni, I nak tunjukkan dia tempat ni. Bukannya nak sembang dengan you tau? You nak apa ni, cepatlah cakap," Adam mengembalikan topik asal sekaligus membantu Iman Nadhirah dari pertanyaan Mrs Devi.

"Oh, I want this meal another one. Saya dah panggil waitress, tak ada pun yang datang," beritahu Mrs devi.

Mata Adam meliar ke sekeliling mencari sang pelayan. Nampak sahaja kelibat Alana yang baru lepas mengambil pesanan pelanggan, laju Adam memanggil.

Alana menoleh apabila dengar namanya dipanggil. Kelihatan Adam menunjuk Mrs Devi menandakan beliau memerlukan perkhidmatannya.

"Ha tu, Alana datang. Mintak kat dia eh, Mrs? Bye, I pergi dulu! Jom, Iman!" Adam terus menarik lengan Iman Nadhirah yang berlapik baju.

"Mrs Devi tu memang suka kacau pekerja kat sini. Tambah-tambah lagi bila pekerja dapur keluar ke depan," beritahu Adam lagi.

Iman Nadhirah hanya mendengar. Telinganya mendengar tetapi matanya meliar ke sekeliling restoran itu. "Ermm... Adam? Apa function stage tu kat situ?" Soalnya pelik melihat pentas kecil di suqtu sudut restoran itu.

"Oh, that is for the performance. Kalau ada pelanggan penting datang, kita orang akan panggil band untuk buat performance. Tapi ada juga hari-hari tertentu macam public holiday and school holiday, kita orang panggil band. Kalau hari-hari biasa ada perfomance on weekend."

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now