30

4.5K 224 7
                                    

Hari Sukan Sekolah Menengah Tunku Ibrahim gamat dengan kehadiran orang luar terutamanya ibu bapa para pelajar.

Iman Nadhirah memandang cermin besar di hadapannya. Tudung hitam di kepalanya dibetulkan sedikit. Penampilannya pada hari itu ialah kasut sukan jenama Adidas, seluar sukan, dan baju rumah sukan berwarna biru.

Iman Nadhirah tersenyum memandang wajah pantulannya di cermin. "Gud luck miss troublemaker!" Ucapnya pada diri sendiri. Kemudian dia melangkah keluar dari tandas. Malas mahu berlama-lama di tempat syaitan melepak itu.

Sementara itu, Zafriel Adrian memanaskan badannya. Dia masih kelihatan segak meskipun hanya berpakaian sukan dan cap di kepala.

Usai itu, dia bergerak ke padang tempat rumah biru berkumpul.

___________

Senamrobik daripada kumpulan rumah sukan biru bermula. Semua orang bersorak. Paling terkejut apabila cik troublemaker terlibat dalam senamrobik tersebut.

Iman Nadhirah hanya mampu buat tak dengar saja. Malu wooo buat benda alah ni! Hilang macho aku babe!

_________

Lari pass baton bagi kategori lelaki bawah 18 tahun dilangsungkan. Saingan begitu sengit. Zafriel Adrian dan Iman Nadzir berlumba-lumba menuju ke garisan penamat memandangkan mereka peserta terakhir yang perlu menamatkan larian.

Ramai juga orang yang menyokong mereka berdua meskipun dari rumah sukan yang lain. Mestilah sokong, dah pelajar paling hensem and smart kat sekolah. Ya dak?

Iman Nadhirah bersorak memanggil nama Zafriel Adrian. Jangan fikir bukan-bukan eh? Diaorang kan rumah sukan sama.

Namun ada pula suara gedik yang membuatkan orang rasa menyampah, "Abang Zafriel! Laju lagi abang! You're the best and my hero!"

Iman Nadhirah menjeling budak itu. Kelihatan budak itu lebih kurang umur 13 hingga 14 tahun. Dah kenapa minah ni? Tergedik-gedik panggil pengawas bajet alim tu abang? Adik perempuan dia seorang jelah, junior oiii! Itupun namanya Zafrina Adirah, kelas 1 Teratai. Kelas lama aku tu. Bangga kejap! Haha.. Jap, apa nak cakap tadi? Aha! Eeeeeee... pleaselah, geli siot!

"Dan akhirnya Biru menjuarai acara lari pass baton bawah 18 tahun!" Suara Kak Linda senior form 6 menghentikan bicara hati Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah terus beredar dari situ. Dia mencari kawan-kawannya yang sudah berkeliaran entah ke mana. Tiba-tiba satu suara menyapanya, " Kak Iman! Cari siapa?"

Iman Nadhirah menoleh. Dia memberikan senyuman manis kepada Zafrina, adik Zafriel Adrian. "Akak cari kawan-kawan akak. Rina ada nampak diorang tak?"

Zafrina mengangguk. "Ouhh... Rina jumpa Kak Ainnur je tadi. Dia tengah stretching dekat sana." Dia menuding jari menunjukkan tempat Ainnur berada.

Iman Nadhirah memandang tempat yang ditunjuk juniornya itu. "Oh, okay. Thanks, Rina."

"Akak, good luck lari nanti." Ibu jari dinaikkan.

Iman Nadhirah mengangguk sebelum pergi dari situ.

__________

"Lari pass baton bagi kategori perempuan bawah 15 tahun akan bermula sebentar lagi. So, get ready," kata Cikgu Wafa, guru rumah sukan biru.

Tak lama kemudian, lari pass baton perempuan bawah 15 tahun pun bermula. Iman Nadhirah melihat kawan-kawan dan juniornya berlari. Dia menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan. Cuba untuk menghilangkan rasa gemuruh di hati.

"Iman, kamu kan peserta akhir yang menamatkan larian, so saya harap kamu lari selaju yang mungkin biar rumah kita menang tahun ni." Cikgu Watie bersuara memberi semangat kepada anak muridnya. Cikgu ni ajar kelas Iman Nadhirah subjek seni dan sains.

Iman Nadhirah mengangguk. "I'll try my best, teacher."

Apabila tiba gilirannya untuk berlari, dia bersedia di kedudukannya untuk mendapatkan baton dari pelari sebelumnya. Dapat sahaja baton, gadis itu terus berlari. Tidak terlalu laju tidak juga terlalu perlahan.

Hampir ke garisan penamat, Iman Nadhirah berasa ada sesuatu yang menyucuk kakinya yang tidak berkasut. Dia lebih selesa berlari tanpa kasut.

Namun begitu, dia cuba menghiraukan rasa itu dan memecut menuju ke garisan penamat. Apabila sudah melepasi garisan penamat, Iman Nadhirah terus jatuh. Tapak kaki kanannya yang terasa dicucuk-cucuk dipegang. "Arghhhhhh!!" Dia mengaduh sakit.

Laju Cikgu Watie, Zafriel Adrian dan Iman Nadzir mendapatkan Iman Nadhirah.

"Kaki dia berdarah kena kaca!" Jerit Cikgu Watie.

Iman Nadzir panik. Zafriel Adrian berkata pada guru itu, "Cikgu, kita kena bawak dia pergi klinik cepat sebelum kaca tu masuk ke dalam lagi."

Cikgu Watie mengangguk. "Nadzir angkat adik kamu ke kereta saya cepat! Zafriel, kamu awasi anak buah kamu. Cepat Nadzir, ke kereta saya!" Cikgu itu terus bergerak laju ke keretanya. Iman Nadzir terus mencempung tubuh adiknya yang masih mengerang kesakitan.






✩✩✩✩✩✩

Kaki Iman berdarah kena kaca! 😱😱Oh my Allah, agak-agak dia okey atau jadi lagi teruk?

Sorry, bab ni banyak sangat gap and sorry if bosan sikit bab ni. Aku tak berapa banyak sangat idea pasal hari sukan. Dahlah ingat-ingat lupa. Tambah lagi hari sukan sekolah aku tahun ni belum buat lagi. Belum lah sangat, nak dekat dah pun hari sukan. Hihi... 😁okey, jumpa lagi di bab seterusnya!👋👋

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now