36

3.9K 217 3
                                    

Iman Nadhirah memeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka. Iman Nadzir yang berada di tempat memandu memandang adiknya di sebelah. Dia tahu punca adiknya bermasam muka. Dia hanya mampu mengeluh. Kereta Volkswagen Passat milik ayahnya dipandu mengekori belakang kereta Mercedez Benz yang dipandu oleh Tan Sri Nazmi.

Kata Tan Sri Nazmi, Haji Umar dan isterinya akan naik kereta yang dipandunya. Manakala yang lain boleh naik kereta lagi satu. Memandangkan hanya Tan Sri Nazmi, Haji Umar, dan Iman Nadzir saja yang punya lesen memandu, Tan Sri Nazmi membenarkan anak lelakinya memandu kereta.

Setibanya di hadapan rumah Haji Umar, kelihatan Zafrina dan Zakwan bermain di laman. Mungkin mereka menunggu ketibaan Tan Sri Nazmi sekeluarga. "Umi, Uncle Nazmi dengan family dia dah sampai!" Teriaknya memberitahu uminya yang berada di dalam rumah.

Haji Umar yang mendengar teriakan anak gadisnya menegur, "Zafrina, lain kali jangan jerit macam tu. Tak manis!" Dia kemudiannya keluar mendapatkan sahabat lamanya.

Dari dalam kereta, Iman Nadhirah memerhati papanya berbual dengan Haji Umar. Tiada tanda-tanda bahawa dia ingin keluar.

Iman Nadzir membuka tali pinggang keledar. "Adik tak nak turun ke?"

Senyap.

Iman Nadzir mengeluh. Dia membuka pintu kereta lalu keluar. Dia mengikut papa dan mamanya masuk ke dalam rumah.

Tingkap kereta diturunkan. Iman Nadhirah membuka laci dashboard di hadapannya. Buku komik yang memang disimpan di situ dicapai dan dibaca.

"Tak sangka sanggup juga kau duduk kat tengah panas ni hanya sebab kau protes dengan family aku yang ikut bercuti sama."

Iman Nadhirah mendongak melihat orang yang bersuara itu. Tidak lain tidak bukan si ketua pengawas. Dia bersandar pada pintu kereta sebelah pemandu dengan tangan memeluk tubuh. Iman Nadhirah merengus. "Buat apa kau datang sini? Pergilah masuk, ambik beg ke apa. Ni tak, buat semak kat sini!"

Zafriel Adrian senyum meleret. Dia menggeleng kecil. Buaian yang berdekatan dengan kereta itu dipandang. Buaian itu hanya digantung pada dahan pokok. "Kau ingat lagi tak buaian tu? Dulu bukan main lagi kita berebut nak main. Bila kau tak dapat, mulalah kau menangis. Cengeng!"

Mata Iman Nadhirah sedikit membesar melihat buaian itu. Sungguh dia tidak menyangka buaian itu masih dalam keadaan yang baik. Masih sama seperti dulu.

Zafriel Adrian yang leka melihat buaian itu tiba-tiba terasa ditumbuk. Lengan sasanya diusap. Kepala Iman Nadhirah yang sudah terjengul keluar dari tingkap kereta itu dipandang meminta penjelasan.

"Suka hati mak nenek kau aje panggil aku cengeng. Aku bukan macam dululah!" Getusnya marah. Dia paling pantang jikalau ada yang mengejeknya begitu. Terutamanya kalau insan bernama Iman Nadzir. Apa yang Zafriel kena itu baru sedikit jika nak dibanding dengan apa yang abangnya dapat.

Zafriel Adrian mencebik. Dah cengeng tu, tak reti nak mengaku!

___________

Tok! Tok! Tok!

Iman Nadhirah yang memakai gaun kembang berlari anak keluar dari rumah Haji Umar. Di laman rumah kelihatan Haji Umar sedang mengetuk paku mencantum beberapa papan. Zafriel Adrian memgejar gadis itu dari belakang. "Abi, abi nak buat apa tu?" Soalnya ingin tahu. Wajahnya berkerut. Badannya menyenget. Nampak sangat dia pelik.

Iman Nadhirah di sebelah hanya perhati. Haji Umar tersenyum memandang kedua-dua orang kanak-kanak itu. Iman Nadzir tiada kerana mengikut ayahnya membeli barang. "Ni, abi nak buat buaian. Siapa nak main buaian?"

"Nak! Nak!" Jerit kedua-dua kanak-kanak itu. Wajah mereka penuh teruja. Siapa saja tidak suka main buaian?

Haji Umar senyum gembira melihat mereka berdua. Iman Nadhirah, anak sahabatnya sudah dianggap seperti anak sendiri. Dia mengusap kepala mereka penuh kasih. Kemudian dia memanjat tangga mengikat tali yang telah diikat pada papan tersebut di atas dahan pokok yang besar.

Kira-kira lima belas minit kemudian, siap jua buaian yang dibuat sendiri. Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian setia berdiri di situ. Mungkin tidak sabar mahu bermain dengan buaian tersebut. "Yeay, dah siap!" Sorak Iman Nadhirah gembira. Dia laju mendapatkan buaian itu.

Baru mahu memanjat naik, Zafriel Adrian menghalang. "Mana boleh, Ian nak naik jugak!" Marahnya. Dia memegang tali buaian di sebelah kiri.

"Ian pergilah main dengan abang Nadz kat dalam! Irah nak main buaian! Lagipun Irah nampak dulu!" Ujar Iman Nadhirah tidak berpuas hati. Dia memegang tali buaian sebelah kanan.

Wajah Zafriel Adrian berkerut marah. "Tapi Ian yang tanya abi, abi nak buat apa. Lagipun ni rumah Ian. Buaian ni Ian lah yang punya!" Dia membidas.

"Tapi Irah nak main jugak!" Iman Nadhirah menjerit. Dia kemudiannya menangis.

Haji Umar menyekak pinggang memandang kedua-dua kanak-kanak itu. Bergaduh pulak! Menyesal buat satu saja. Dia menepuk dahi perlahan. Dia melutut sebelah kaki. Bahu kedua-dua orang kanak-kanak itu dipegang lembut. "Zafriel, Irah, apa gaduh-gaduh ni? Abi buat untuk anak-anak abi. Bukan Zafriel aje, bukan Irah aje dan bukan Nadz aje. Untuk semua sekali kongsi-kongsilah. Zafriel, bagilah Irah main dulu. Zafriel boleh main nanti kan?" Pujuknya.

Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian menunduk. Kemudian Zafriel Adrian memandang Haji Umar. Haji Umar memberi isyarat mata menunjuk ke arah  Iman Nadhirah. Budak lelaki itu memandang Iman Nadhirah dengan muka penuh rasa bersalah. "Nadhirah, Ian mintak maaf. Nadhirah janganlah menangis. Nanti Ian pun nak nangis."

Suara tangisan Iman Nadhirah semakin perlahan.

Zafriel Adrian memujuk lagi, "Nadhirah main lah dulu. Ian boleh main nanti."

Iman Nadhirah memandang Zafriel Adrian. "Ian janji jangan buat Irah nangis lagi."

Zafriel Adrian memandang Haji Umar yang sudah menjungkitkan kening sebelah. Iman Nadhirah dipandang semula. Dia sudah menaikkan jari kelingkingnya menyuruh budak lelaki itu berjanji.

Zafriel Adrian menyambut. Jari kelingking mereka bertaut. "Janji."

Iman Nadhirah senyum comel. "Irah naik buaian. Ian tolak tau?" Dia laju naik ke atas buaian. Haji Umar membantu budak kecil itu memandangkan buaian itu agak tinggi. Zafriel Adrian berdiri di belakang Iman Nadhirah. Dia menolak perlahan buaian itu.

Haji Umar berjalan ingin masuk ke dalam rumah. Dia menoleh semula memandang kanak-kanak itu. Kelihatan mereka gembira bermain buaian bersama-sama. Dia tersenyum melihat keakraban mereka.

✩✩✩✩✩✩✩

Kita selit sikit kenangan diorang waktu kecik. Comel je Zafriel pujuk Iman waktu kecik😍

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now