80

3.1K 223 77
                                    

"Nanti, hujung minggu aku jumpa dengan uncle dan aunty," beritahu Zafriel Adrian.

"Nak buat apa?" Tanya Fahmi sebelum sempat Iman Nadzir bertanya.

"Nak putuskan pertunangan aku dan Nadhirah."

Iman Nadzir dan Fahmi memandang tajam wajah Zafriel Adrian yang tenang itu. Nasib baik air milo Iman Nadzir sudah habis. Kalau tidak memang mau dia simbah pada kawan baiknya itu. Biar sedar sikit apa yang dia cakapkan!

"Kau jangan merepek boleh tak? Aku takkan benarkan. Iman sendirir tak tahu lagi hal ni, mana boleh kau sesuka hati nak putus tunang?" Bantah Iman Nadzir.

Fahmi yang juga tahu tentang pertunangan itu selepas Zafriel Adrian kecewa tentang Iman Nadhirah, mengangguk setuju dengan kata-kata Iman Nadzir.

"Buat apa lagi, kita orang teruskan pertunangan sedangkan, Nadhirah sendiri tak tahu tentang pertunangan ni. Kalau dia tahu, aku gerenti dia mesti nak putus punyalah! Dia kan dah ada Hilman," terang Zafriel Adrian. Mengukuhkan alasannya ingin memutuskan ikatan pertunangan.

"Itulah gunanya dia kerja satu restoran dengan kau. Kau kenalah pikat hati dia sampai dapat. Barulah Iman terima pertunangan kau orang dan putuskan hubungannya dengan Hilman," cadang Fahmi.

Zafriel Adrian menggeleng. Dia mengeluh berat. "Apa gunanya aku pikat sedangkan hati dia milik orang lain?"

Kedua-dua orang kawannya terdiam terus. Memang ada betulnya kata-kata Zafriel Adrian. Tapi untuk membantah memang tak dapat kerana Zafriel Adrian seorang tegas dalam keputusannya. Mungkin juga ini yang terbaik. Kalau mereka berdua memang berjodoh, takkan lari gunung dikejar.

___________________________

"Kau dengan Iman bukan baru kenal semalam kan?" Tanya Irshad. Ketika itu Iman Nadhirah menyibukkan diri di tempat lain. Pastinya dia tidak mahu bersua muka dengan Zafriel Adrian setelah dimarahi seteruk itu.

Zafriel Adrian yang sedang memanggang ayam itu mengerutkan kening. Dia menoleh memandang Irshad. "Apa kau merepek ni? Takdelah. Aku memang baru kenal dia semalam."

"Tipulah! Kalau kau baru kenal dia semalam, kau takkan panggil dia Nadhirah. Kau juga takkan marah teruk-teruk macam tadi. Dia budak baru lagi kut. Janganlah takutkan dia. Tambah lagi hari ni hari pertama dia," Sempat Irshad menyelit teguran.

"Mana adalah. Aku saja aje panggil dia Nadhirah. Sebab nama tu sedap. Pasal marah tu, dia yang tak ikut arahan aku, padahnya!" Dalih Zafriel Adrian.

"Kau boleh tipu orang lain. Tapi bukan aku. Aku kawan baik kau dari zaman uni tau? Pasal nama tu, dia nak orang panggil dia Iman. Bukan Nadhirah. Tapi suka hati panggil nama dia yang lagi satu. Kau marah dia pun teruk macam kesalahan dia tu umpama membunuh 1001 orang. Padahal kesalahan dia cuma tak ikut arahan aje."

Zafriel Adrian merengus. "Yang kau nak bela sangat budak tu kenapa? Kalau suka sangat dia ambiklah jadi pembantu kau. Semak aje dia kat ruang aku!"

Irshad terdiam. Ataupun Zafriel sendiri yang tidak suka ada pembantu? Lelaki itu sudah menjadi cef di sini hampir setahun. Dalam tempoh itu, dia memasak sendiri tanpa bantuan orang lain.

___________________________

"Assalamualaikum."

Mati terus lamunan Zafriel Adrian tentang perbualannya dengan Irshad. Dia tahu siapa empunya suara itu. Dengan suara perlahan, dia menjawab salam. "Kau nak apa datang awal-awal pagi. Kau dah tahu kan pekerja sini datang pukul berapa? Ikut sajalah dia orang."

"Kalau kau boleh datang awal pagi, kenapa aku tak boleh. Lagipun, aku nak minta maaf pasal semalam. Sepatutnya aku ikut arahan kau bukan sesuka hati dengar kata Irshad." Iman Nadhirah menunduk. Dia bermain dengan jari-jemarinya.

Zafriel Adrian terbungkam. Sejak bila dia tahu nak mohon maaf bila buat salah? Mesti Hilman yang ajar. Zafriel Adrian menyentuh dadanya yang terasa sesak. Dia masih lagi berdiri membelakangi Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah mengangkat wajah apabila lelaki itu tak berkata apa-apa. "Aku tahu aku salah. Tapi tolonglah maafkan aku," rayunya.

Zafriel Adrian melarikan anak matanya memandang bahunya. "Kau dah janji kau tak nak ganggu hidup aku lagi, tapi kenapa kau ganggu jugak? Kau memang saja tak nak bagi aku hidup dengan tenang kan?" Soalnya dengan suara menahan dada yang kian sesak.

Iman Nadhirah terkebil-kebil. Pasal itukah lelaki itu memilih untuk berdingin dengannya. "Aku... aku..."

"Lupakan," potong Zafriel Adrian. "Aku nak kita jangan ungkit pasal kisah lama."

Mata Iman Nadhirah bercahaya. "Kau maafkan aku? Kita boleh berkawan balik? Macam dulu?"

Zafriel Adrian memusingkan badannya menghadap Iman Nadhirah. "Tak. Aku nak kita berlakon yang kita tak pernah kenal sebelum ni. Pertama kali kita kenal waktu di bilik Encik Bakri. Kalau tak, aku mintak Encik Bakri tukarkan aku ke cawangan yang lain."

Iman Nadhirah terbungkam. Mulutnya bergetar. Dadanya terasa sesak. Begitu sekalikah rasa benci Zafriel Adrian padanya?

"Deal or not?"

Nak tak nak Iman Nadhirah mengangguk. Dia memang tiada agenda tapi sebenarnya sejak dia tahu Zafriel Adrian bekerja di situ, dia ingin memulihkan kembali hubungan mereka berdua. Tapi dia tidak menyangka hubungan mereka bukan saja ingin pulih malah makin retak!

Zafriel Adrian memusingkan badannya kembali membelakangi gadis itu. Maafkan aku, Iman Nadhirah.

___________________________

Sudah dua minggu hubungan Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian kembali pulih sewaktu mereka menjalankan tugas. Tanpa sedar sekali lagi mengundang rasa musykil dan curiga para pekerja Restoran Dapur Cinta Manisah.

"Dia orang dah berbaik tu kira okeylah. Apa lagi yang kau tak ouas hati, Irshad?" Soal Atiqa.

"Aku rasa dia orang berlakon aje kat depan kita. Bukan betul-betul," Irshad memberi pandangan.

"Aku tak rasa macam tu. Entah-entah tanggapan kau tentang dia orang tu dah kenal lama salah sama sekali. Mungkin perang dingin terjadi sebab Cef Zafriel tak nak ada pembantu," ulas Ahmad.

"Betul tu. Kita semua tahukan? Dari awal Cef Zafriel kerja sini. Dia tak ada pembantu. Mungkin dia dah biasa kerja sendiri sampai tak selesa apabila Encik Bakri tugaskan Iman jadi pembantu dia," ujar Alana pula.

Ketika itu mereka sedang menjalankan waktu rehat mereka sebelum pulang ke rumah masing-masing. Zafriel Adrian dan Iman Nadhirah sudahpun pulang ke rumah. Jadi, mereka ambil peluang itu untuk berbincang.

"Habis tu, kau orang nak give up macam tu aje? Aku kenal Zafriel lama daripada kau orang. Aku tahu dia orang berdua bukan baru kenal." Irshad mempertahankan pendapatnya.

"Dahlah, Irshad. Aku dah penat. Esok-esok jelah kita bincang," Qaid membuat muka penat.

"Betul kata Qaid. I dah penat, nak tidur."

"Fine, kau orang pergi balik kalau itu yang kau orang nak." Irshad merengus perlahan. Marah kerana mereka tidak menyokong pandangannya. Air tin Hundred Plus diminumnya. Para pekerja yang keluar dari restoran hanya dipandang dengan ras atak puas hati.

















★✩✩★✩✩★✩✩★✩✩★

Hambar? Sorry author penat menulis semalam. Plus tengah lapar ni, nak breakfast jap lagi. Idea keluar takat itu aje sebab makanan tak masuk perut lagi kut😂😂. Nanti kalau rajin and ada idea, author update lagi petang ni.😉

Plus thank you for 200++ comments dalam bab sebelum ni (79). Rajin betui korang comment yek?😂😂 author menumpang balas aje😂

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now