18

5.1K 285 4
                                    

Iman Nadhirah menopang dagu memerhati sekeliling. Zafriel Adrian pergi ke tandas. Tak lama kemudian, lelaki itu muncul. Dia duduk di sebelah Iman Nadhirah.

Gadis itu masih menopang dagu tidak menghiraukan kehadiran ketua pelajar sekolahnya itu.

Zafriel Adrian hanya berdiam diri. Telefonnya dikeluarkan. Dia bermain Piano Tiles 2 yang dimuat turun ke dalam telefonnya.

Iman Nadhirah semakin bosan. "Bosan lah!"

Zafriel Adrian bertanya tanpa mengalihkan pandangan dari skrin telefon, "Dah tu, tadi aku ajak jalan-jalan kau tak nak."

Iman Nadhirah memandang lelaki itu. "Lagi bosan!"

Zafriel Adrian diam. Ibu jarinya lincah menari di atas skrin telefon. Dia malas mahu melayan perangai Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah semakin bosan. "Wei, Zaf!"

Tiada respon.

"Oi, pekak!"

Masih sama.

"Pengawas Bajet Alim!"

Juga sama.

Iman Nadhirah mengeluh. Dia berdeham. "Wahai Encik Zafriel Adrian yang kacak lagi budiman," panggilnya dengan nada lemah lembut.

Zafriel Adrian yang masih bermain Piano Tiles itu hampir tersenyum. Namun, dia cuba menahan. "Since kau dah cakap aku kacak... ermmm... kau nak apa?"

Iman hampir terlopong. Dia sahut sebab aku cakap dia kacak aje? "Aku bosan, aku bosan dengan bla, bla, bla, bla, bla,"

Keluar sudah lagu Bosan dari mulut Iman Nadhirah. Sudahlah dia menyanyi dengan suara yang sumbang.

Zafriel Adrian menutup telinga. "Woi, kot ya pun, tak payah lah menyanyi! Kalau suara biasa, aku boleh terima lagi, ni buat-buat sumbang!" Marahnya.

Iman Nadhirah sengih. Dia menyambung menyanyi dengan suara sumbang. "Cukup malas aku..."

Belum sempat Iman Nadhirah habis menyanyi, Zafriel Adrian memotong, "Dah-dah. Sebelum kau sambung, baik kau ikut aku." Telefonnya kembali dimasukkan di dalam poket seluar. Dia bangun dari duduk.

Iman Nadhirah tersenyum kemenangan. Dia mengekori langkah Zafriel Adrian. "Pergi mana ni, Zaf?"

Zafriel Adrian terus berjalan. "Kau akan tau nanti."

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Dia nak bawa aku ke mana ni?

_____

Setelah lama berjalan, akhirnya mereka tiba di suatu kawasan di dalam Sunway Piramid itu.

Di hadapan Zafriel Adrian dan Iman Nadhirah kini adalah gelanggang ais dimana orang meluncur ais.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Nak buat apa mamat ni bawak aku ke sini?

"Jom!" Ajak lelaki itu. Dia terus berjalan ke hadapan.

Iman Nadhirah hanya tercegat di situ. Tidak mengikut lelaki itu tidak juga berundur.

Zafriel Adrian berhenti berjalan tatkala menyedari Iman Nadhirah tidak mengikutnya. Dia menoleh ke belakang. Iman Nadhirah yang masih tercegat itu dihampirinya. "Kau ni okey ke tak? Aku bukannya ajak kau pergi tempat yang tak elok. Aku ajak kau ice skating je..."

Iman Nadhirah membulatkan matanya. "Ice skating? Aku mana pandai!"

Zafriel Adrian menggelengkan kepala. "Just relax. Aku ada. Jom!" Lelaki itu menarik hujung lengan baju Iman Nadhirah.

Baru sahaja ingin melangkah, Iman Nadhirah menghalang. "Ta.. tapi mesti mahal nak masuk. Kena sewa kasut, glove lagi."

Zafriel menjulingkan mata ke atas. Ya Allah, minah ni lah, banyak benar alasannya! "Jangan risau aku bayarkan. Jom! Takde tapi-tapi dah."

Zafriel Adrian melangkah ke kaunter. Iman Nadhirah hanya menurut tanpa bantahan.

Setelah membuat perkara yang patut, termasuk memakai sarung tangan dan kasut, mereka berdua masuk ke dalam gelanggang ais.

Iman Nadhirah berasa takut. Dia takut kalau-kalau dia akan terjatuh di khalayak ramai. Kalau betul-betul terjadi, muka aku nak sorok mana?

Zafriel Adrian menyedari gadis itu masih takut, dia menarik tangan gadis itu.

Iman Nadhirah terkejut kerana tiba-tiba sahaja Zafriel Adrian memegang tangannya. Laju dia memukul tangan lelaki itu dengan kiat. "Ish, kau ni, agak-agaklah pun! Bukan muhrim!"

Zafriel Adrian mengeluh. "Dah tu, kau nak terus tercegat kat sini? Aku nak bantu, tapi dah kau tak bagi, takpe lah. Aku nak pergi skate seorang diri. Bye!"

Iman Nadhirah laju menghalang. "Eh, nanti!"

Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah.

"Sorry. Aku, aku takut sebenarnya," terang Iman Nadhirah.

Jika diikutkan hati, mahu sahaja Zafriel Adrian mentertawakan gadis itu. Harap je gangster sekolah tapi, ice skating pun takut! Namun, apabila melihat wajah Iman Nadhirah yang betul-betul takut itu, terbit rasa kasihan di dalam hati.

Zafriel Adriam menghulurkan tangan. Iman Nadhirah teragak-agak untuk menyambutnya. Namun, apabila difikir, mereka berdua memakai sarung tangan, dia pun merelakan saja.

"Slow-slow dulu. Nanti jatuh tak pasal-pasal dapat malu. Kau tak pernah main roller blade ke?"

Iman Nadhirah menggeleng kepala. "Teringin tapi takut."

Zafriel Adrian hanya menggeleng kecil. "Kau nak takutkan apa? Kalau jatuh sekalipun, kau dapat malu. Bukannya boleh membawa maut pun." Hampir tergelak dia mendengar kenyataan bahawa Iman Nadhirah, Cik Troublemaker takut mahu bermain roller blade dan meluncur ais!

Iman Nadhirah menjeling lelaki itu. "Kau ingat malu tu boleh hilang dalam sekelip mata ke?"

"Kau ingat orang lain kenal kau ke kalau kau jatuh sekalipun?"

Iman Nadhirah memuncungkan mulutnya. "Ish, kau ni! Malas lah aku nak cakap dengan kau. Tambah sakit hati je." Pegangan tangan cuba dilepaskan.

Zafriel Adrian sempat menghalang dengan menarik tangan Iman Nadhirah. Disebabkan lantai licin, mereka berdua tergelincir.

Hampir sahaja Iman Nadhirah mahu terjatuh. Tangkas jejaka yang tua dua tahun darinya menyambut. Mereka bertentang mata buat seketika.

Jantung mereka berdegup kencang sepantas kuda berlari. Mereka terpaku seakan dibekukan oleh Elsa dalam filem kartun Frozen.







✩✩✩✩✩

Okay dah mula merepek. Tergantung. Mesti korang frust. Hahaha... nantikan sambungannya. Yup, author memang jahat😝😂😂

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now