73

3.2K 189 98
                                    

Iman Nadhirah duduk bersimpuh ala-ala gadis melayu terakhir di abad ini di hadapan mama dan papanya. "Mama, papa, bolehlah... Iman nak kerja dekat restoran. Bukannya lama pun. Sebulan cuti ni aje. Takkan Iman nak duduk tengok TV aje cuti sem ni, ma. Bosanlah!"

Puan Sri Ilyana memeluk tubuh. Matanya memandang skrin televisyen. Tidak mahu dia memandang mata bundar anka gadisnya. Bimbang hatinya lembut.

Tan Sri Nazmi pula lebih rela memandang gambar orang yang tidak dikenali di dada akhbar. Lebih rela menelaah karangan berita yang membosankan bagi gadis ceria seperti Iman Nadhirah.

Come onlah siapa aje budak sekarang suka baca news? Tengok berita pun dah rasa macam tengok orang tua main chess. Paling tidak pun mereka hanya membaca ruangan selebriti ataupun ruangan komik. Bagi lelaki mungkin ruangan sukan lebih menarik perhatian mereka.

"Tak boleh. Mama tak boleh izinkan."

Iman Nadhirah mencebik sedih. Biar patah hati aku, biarkanlah... "kenapa?"

Puan Sri Ilyana memandangan tajam anaknya. "Kamu tanya mama kenapa?"

Iman Nadhirah menelan liur. Terasa menyesal bertanya tadi.

"Dulu, kamu nak kerja cashier
Lepas tu flowerist, cikgu ganti, yang mama paling tak boleh terima. Cleaner pun kamu nak jadi?! Setiap kali cuti sem, ada aje benda yang kamu nak kerja. Kalau kerja benda sama, tak apalah juga. Ini tidak! Asyik bertukar kerja macam bertukar pakwe aje!"

Iman Nadzir yang turut berada di ruang tamu terasa bahang amarah mamanya. Dia menggaru leher. Teragak-agak dia bertanya, "Err.. bukan tukar pakaian eh mama?"

Terus mencerlung mata Puan Sri Ilyana memandang Iman Nadzir. Laju sahaja anak terunanya itu mengalihkan pandangan. Mulutnya terus terzip siap dimangga sekali! Kuncinya telah dicampak ke rumah jiran.

"Irah tahukan apa gelaran mama dan papa? Malulah kalau orang tahu, anak tan sri kerja tukang sapu sampah. Kalau dekat sekolah, mama boleh terima lagi. Ini dekat shopping mall!"

Iman Nadhirah mencebik lagi. Wajahnya suram. "Alaaa... bukannya Irah saja-saja tukar kerja. It's called experience, ma! Pengalaman bekerja tu penting sebelum kita melangkah untuk ditemu duga di mana-mana pejabat."

"Ha, menjawab aje kerjanya!"

Iman Nadhirah memuncungkan mulutnya. Mama ni, tak supportive betul! Iman Nadhirah beralih pandangan pada papanya cuba meraih simpati.

Tan Sri Nazmi yang sedar akan pandangan anaknya menghela nafas perlahan. Surat khabar terus ditutup lalu dilipat dan diletakkan di atas meja kopi.

"Apa salahnya dia nak bekerja? Dah itu yang dia nak. Awak tu, patut bersyukur anak kita bukan anak yang tak sedar diuntung! Anak kita walaupun, kita ni ada syarikat sendiri, kaya, mereka pandai cari kerja. Cari duit sendiri. Tak bergantung pada ibu bapanya. Awak tengok anak si Mazlan tu, umur dah dekat 30. Kerja tak nak, tahu nak menghabiskan duit aje!"

Puan Sri Ilyana terus diam tidak bersuara. Kedua-dua orang anaknya tersengih. Itu dia... apabila papa bersuara, diam terus mamanya!

"Lagi satu, pasal gelaran tu tak payah nak fikir sangat. Gelaran tu hanya di mata manusia, di mata dunia. Belum tentu lagi gelaran ini dapat membantu kita menjawab soalan Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti."

Tu dia... dah masuk bab agama dah!

Puan Sri Ilyana terdiam seribu bahasa. Kata-kata suaminya itu menusuk ke dalam kalbu. Sentap pulak hati den!

"Ha, kat mana Irah nak kerja?"

_______________________

Iman Nadhirah mendail nombor seseorang. Senyuman lebar masih tidak lekang dari wajah. Gembira yang amat kerana Tan Sri Nazmi menyokong hasratnya ingin bekerja. Dia merebahkan badan ke atas katilnya. Patung garfield yang menjadi teman tidurnya saban malam dipeluk erat.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now