41

3.7K 217 0
                                    

Hari ini merupakan hari percutian terakhir bagi mereka. Iman Nadhirah membawa keluar beg yang sudah dikemas lalu dimasukkan ke dalam kereta Volkswagen.

Sejurus selepas menyimpan begnya ke dalam kereta, Iman Nadhirah berjalan ke pantai buat kali terakhir. Keluarganya yang lain dan keluarga Haji Umar masih sedang bersiap-siap untuk pulang.

Iman Nadhirah memeluk tubuh. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa dirinya. Mungkin juga ingin mengucap selamat tinggal. Dia menggeleng kecil. Argh, apa kau merepek ni, Iman?

"Sedih nak tinggalkan pantai ni?" Seseorang dari arah kanannya bertanya.

Iman Nadhirah menoleh. Seperti yang diagak. Tidak tidak lain tidak bukan sudha semestinya Encik Ketua Pengawas, Zafriel Adrian. "Sedihlah jugak. Lagipun dah lama kut aku tak pergi bercuti dekat pantai."

Zafriel Adrian menyilangkan tangan di belakang badan. Dia mengangguk kecil. "Jangan risaulah, bila-bila masa kau ajaklah parents kau datang sini. At least boleh release tension."

Iman Nadhirah menghela nafas. Dia mengangguk setuju.

"Iman, Zafriel!"

Mereka berdua menoleh tatkala mendengar jeritan memanggil nama mereka. Kelihatan Aidil dan Aidin melambaikan tangan mereka. Mereka berdua membalas lambaian itu.

"Jomlah, ucap selamat tinggal kat dia orang," ajak Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah mengangguk. Dia membuntuti Zafriel Adrian dari belakang.

"Lepas ni tak dapatlah kita jumpa," kata Aidin sambil mencebik sedih.

"Relakslah. Wechat, Instagram, Whatsapp kan ada? Boleh je contact selalu," pujuk Iman Nadzir.

Aidil menyokong kata-kata lelaki itu. "Betul tu. Kau hidup zaman mana ni Din? Sekarang, semua di hujung jari lah!"

Iman Nadhirah senyum melihat Aidin tersengih lupa. "Haahlah, ya tak ya juga. Iman, nak nombor. Nanti kita boleh calling calling bila free," ujar Aidin. Dia menghulurkan telefonnya kepada Iman Nadhirah. Iman Nadhirah turut melakukan benda yang sama. Masing-masing menaip nombor untuk disimpan di dalam contact telefon.

Iman Nadzir dan Zafriel Adrian sudah bergerak ke kereta. Zafrina dan Zakwan memang sudah tunggu di kereta. Iman Nadhirah menghulur kembali telefon itu kepada Aidin. Aidin pun sama.

Kemudian, Aidin mendepangkan tangan ingin memeluk Iman Nadhirah. Iman Nadhirah teragak-agak. Dia mengeluh. Dia memeluk Aidin. "Kau bernasib baik, kita dah nak berpisah. Kalau tak, tak hingin aku peluk-peluk ni. Geli!" Ujarnya dengan penuh jujur.

Aidin hanya ketawa. Aidil di sebelah Aidin pun ketawa.

Pin!

Iman Nadzir memicit hon kereta menandakan isyarat yang mereka perlu pergi. Iman Nadhirah memberikan senyuman kepada pasangan kembar itu sebelum berlari anak ke kereta. Dia melambaikan tangan tatkala kereta itu mula bergerak.

Iman Nadhirah menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Matanya memandang ke luar tingkap. Dia senyum. Percutian yang paling best dan tidak boleh dilupa!

_______

Zafrina mengetuk bilik abangnya. Dia masuk setelah mendapat kebenaran dari abangnya. Kelihatan Zafriel Adrian sedang mengulang kaji pelajaran.

"Nak apa?" Soal Zafriel Adrian tanpa mengangkat wajah.

Zafrina menghampiri abangnya. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Tangannya memegang kamera DSLR. "Ni, nak bagi kamera. Kan abang suruh Rina tangkap gambar sepanjang pergi pantai tu. Nanti abang transfer masuk laptop eh?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Letak aje kamera tu kat situ." Dia memuncungkan mulutnya pada ruang sebelah komputer riba. "Dah letak dalam beg kan?"

Zafrina menepuk dahi. "Haahlah, beg!" Dia meletakkan kamera tersebut di tempat yang ditunjukkan tadi. Kemudian, dia berlari anak ke biliknya.

Zafriel Adrian menggeleng kecil. Rina... Rina... Kamera DSLR miliknya dipandang lama. Tangannya mencapai kamera itu. Punat on ditekan. Dia melihat gambar-gambar yang ada di dalamnya.

Ada gambar dia dan Iman Nadhirah bermain air di laut, gambar dia mendukung gadis itu. Zafriel Adrian mengerutkan kening. Bila masa adiknya mengambil gambar itu? Bukankah waktu itu hanya dia dan Iman Nadhirah saja ada?
Waktu itu mereka sedang mencari kelibat umi dan Aunty Ilyana yang sudah menghilang entah ke mana.

Dia melihat gambar lain. Semakin berkerut keningnya. Gambarnya dengan Iman Nadhirah juga, dari arah belakang sedang melihat matahari terbenam.

Kemudian, gambar mereka beramai-ramai duduk di keliling unggun api. Gambar seterusnya, gambar Iman Nadhirah dan Zafrina. Mungkin berselfie.

Zafriel Adrian senyum melihat wajah tunang dalam diamnya di dalam gambar itu. Dan gambar seterusnya ialah gambar Iman Nadhirah seorang berlatar belakangkan chalet yang mereka menginap.

Lama Zafriel Adrian memandang gambar itu. Tampak cantik gadis itu dengan bertudung shawl yang dipandankan bersama kemeja labuh separas lutut yang berpotongan seperti gaun. Tali pinggang disemat keliling pinggang. Dia berseluar slack dan berkasut Converse jenis high cut. Iman Nadhirah mendepangkan tangannya sambil tersenyum gembira.

"Abang, nah, beg kamera!" Dengar saja suara Zafrina dari jauh itu, laju Zafriel Adrian menutup kamera dan meletakkan kembali kamera di tempat tadi. Dia pura-pura sibuk mengulangkaji pelajaran.

Zafrina masuk ke dalam bilik abangnya bersama dengan beg kamera. Dia menggantungkan beg itu pada satu penyangkut di bilik itu. Kemudian keluar tanpa berkata apa-apa.

Zafriel Adrian mengha mafas lega. Hampir-hampir saja tadi. Eh, kejap! "Rina!"

Zafrina patah balik ke bilik abangnya. "Yes, big bro?"

Zafriel Adrian menyekak kedua-dua belah pinggang. Dia masih dalam keadaan duduk. "Mana dapat gambar abang dukung Kak Iman?" Dia mengecilkan matanya.

Zafrina menayangkan giginya yang putih. Acah Fazura kejap. "Rina memang dah nampak abang dengan Kak Iman. Dah siap panggil dah, sekali abang mahupun Kak Iman tak dengar. Rina ambiklah gambar, boleh buat kenangan. Lepas tu, ingat nak call, sekali Kak Iman memang dah call. Rina suruh abang dengan Kak Iman balik dulu, sebab mama dengan umi memang dah pesan kalau dia orang call, suruh balik dulu." Dia menjelaskan panjang lebar.

"By the way, kenapa abang dukung Kak Iman?" Soalnya pelik.

Zafriel Asrian menjatuhkan tangannya ke atas paha. Dia mengeluh. "Kak Iman sakit kaki. Kaki dia melecet. Abang tak sampai hati nak biar dia berjalan lagi. Jadi, abang dukunglah dia."

Zafrina mengangguk. "Oh... ha, dalam tu ada gambar Kak Iman seorang. Kalau rindu, tataplah puas-puas eh?" Dia senyum mengusik sebelum keluar dari bilik.

Wajah Zafriel terasa membahang. Dia terkebil-kebil.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now