45

3.4K 191 8
                                    

Mata Iman Nadhirah tertancap pada sekujur tubuh perempuan yang berpelukan dengan seorang lelaki. Dia terpanar.

Iman Nadhirah segera mengajak abangnya pergi dari situ, "Ermm... abang, kita pergi tempat lain jom?" Wajah abangnya dilihat. Ternyata abangnya sudah pun nampak apa yang dia nampak sekejap tadi.

Iman Nadzir terdiam. Dia terkaku melihat pasangan mesra itu.

____

"Abang?"

Iman Nadzir mengalihkan pandangannya. Dia memandang adiknya. "Ermm... jomlah, dik!" Ajaknya sambil tangan laju menarik tangan adiknya pergi dari situ.

Iman Nadhirah hanya mampu berdiam diri. Dia dapat rasakan bahawa hati abangnya pedih apabila melihat pasangan itu. Dia ingin menenangkan abangnya, tetapi tiada satu pun perkataan mampu diluahkan. Dia hanya mampu mengekor abangnya yang menarik tangannya.

Mereka akhirnya tiba di hadapan sebuah restoran. Iman Nadhirah mendongak memandang nama restoran yang terpampang di dinding bahagian atas pintu masuk. Keningnya berkerut. KFC?

Kepala yang tidak gatal Iman Nadhirah garu. KFC? Setahunya Iman Nadzir cukup tidak suka makan makanan segera terutama sekali KFC. Katanya KFC cuma ada ayam yang banyak kulit yang boleh menambahkan lemak di dalam badan.

Iman Nadhirah tidak bersetuju dengan pendapat abangnya. Boleh saja dia buang ke tepi kulit ayam tu. Atau cara mudah, beri saja padanya. Kedua, kalau ambil set dinner plate atau lunch punya, mesti ada roti, sayur coleslaw dan mashed potato. Cukup satu piramid makanan. Ada karbohidrat, protein, sayur dan kejap, lemak je takde. Air pula kalau tak nak air berkarbonat boleh tukar.

Nampak tak Iman Nadzir lebih cerewet mengalahkan Iman Nadhirah yang seorang perempuan?

Okey dah tutup topik KFC.

Iman Nadhirah dan abangnya berjalan masuk ke dalam restoran itu. "Abang, orderkan set burger dengan ayam tu tau? Air ice lemon tea. Adik pergi cari tempat duduk. Ok, bye!" Laju dia memesan pada abangnya sebelum melarikan diri.

Iman Nadzir tersenyum kelat. Adik... adik... tak pernah berubah.

Iman Nadhirah menongkat dagu menunggu abangnya membeli makanan. Tak lama kemudian, muncul Iman Nadzir bersama sedulang makanan. Makanan adiknya diletakkan di hadapan adiknya.

Selepas membaca doa, Iman Nadhirah laju makan burger zinger. Iman Nadzir memandang makanan yang dibelinya. Dia berkira-kir mahu makan ataupun tidak.

"Abang tengok apa lagi tu? Makanlah! Ayam KFC sedap tau?" Iman Nadhirah menegur abangnya dengan mulut yang penuh.

Iman Nadzir mengerutkan kening memandang adiknya. Mujur adiknya masih berusia 12 tahun. Jadi, takdelah malu sangat. Memandangkan Iman Nadhirah masih kategori budak sekolah rendah.

Iman Nadzir akhirnya makan makanannya. Sudah digigit sedikit ayamnya, dia berasa teruja. Hmm... sedap jugak! Laju dia melahap seketul ayam.

Iman Nadhirah senyum sinis. "Sedap kan? Tulah... orang dah cakap, tak nak percaya. Lain kali, dengar nasihat pakar makanan ni."

Iman Nadzir mendengus. "Diamlah!" Bidasnya dengan mulut penuh.

Iman Nadhirah menggeleng kecil. Terasa seronok pula melihat abangnya semangat melapah ayam KFC itu.

______

Setelah selesai makan, Iman Nadhirah berkongsi cerita dengan abangnya hal sekolah. "Lepas UPSR kan, cikgu buat aktiviti best! Rombongan haritu pun best. Rasa macam nak pergi lagi!"

Iman Nadzir menyedut air teh lemon aisnya. Dia mencadangkan, "Hmm... nanti kita ajaklah mama dengan papa. Abang pun tak pernah lagi pergi situ."

Iman Nadhirah bersorak kegembiraan, "Yeay! Kalau mama dengan papa setuju, tak sabar nak pergi. Bagus cadangan abang!"

Iman Nadzir senyum nipis. Dia gembira melihat adiknya gembira.

Tiba-tiba seseorang menegur mereka. "Abang?"

Serentak dua beradik itu menoleh.

Seorang gadis bertubuh langsing yang berpakaian dres paras paha dan kasut high heel memandang mereka dengan wajah tidak percaya. "You let her call you abang? Who is this girl? Kenapa Iyou tak bagi I call you abang or bie or whatever. But you let her? And are you serious with her?"

Gadis itu tertawa kelucuan. "So funny, Nadzir. Dengan budak hingusan juga yang you curang kan? I betul-betul tak sangka."

Iman Nadzir terdiam seketika. Iman Nadhirah pula menunduk menahan rasa geram. Kedua-dua tangan digenggam kuat di atas riba. Matanya mengerling tajam gadis itu. Budak hingusan dia panggil aku?

Gadis itu ketawa lagi. "Nadzir, I thought you have a good taste. Tapi dengan perempuan ni. Dahlah tudung macam indon yang sapu sampah tu, pendek pulak tu. Muka pun muka budak. How old is she? Five?" Soalnya. Terus-terusan menyindir.

Rasa marah sudah tidak trrtahan lagi. Iman Nadhirah terus menyembur, "Hei, watch your mouth, stupid girl. Aku bukan budak hingusan neither a five years old kid. And kau yang bodoh tak tau nak bezakan budak darjah enam dengan budka lima tahun. Are you serious dengan ketinggian 145 cm ni kau panggil budak lima tahun?" Iman Nadhirah menjungkitkan kening sebelah. Apa ingat kau je boleh menyindir. Nak cakap, cakap jelah. Aku jenis straight to the point okay?

Mata gadis itu membuntang. She called me stupid girl. "Hei, you yang kena jaga mulut you. How dare you call me a stupid girl? I'm the clever okay?"

Iman Nadhirah memeluk tubuh seraya menjulingkan mata ke atas. "Setakat belajar tinggi-tinggi tapi adab takde baik tak payah!" Gumamnya perlahan.

"Apa kau cakap?!" Soal perempuan itu. Tiada lagi I you di mulutnya.

Iman Nadzir bangun dari kerusi. "That's enough, Nia! Perempuan yang kau panggil budak hingusan ni my sister. My freaking lovely sister. And don't you dare talk bad about her. The last one, we're over," putusnya.

Dania terlopong. "What? We're over just because of her? Come on! You pilih dia instead of me?"

"Yes." Jawab Iman Nadzir dengan yakin.

Dia menyambung, "Dan tak payahlah kau nak tuduh aku curang atau apa-apa jelah. Sebab aku tak curang dengan kau tapi kau yang curang dengan aku. Dan aku harap lelaki dump you lagi teruk dari aku tinggalkan kau."

Dania terkulat-kulat. Dia sudah kehilangan kata-kata.

Tiba-tiba datang lelaki yang bersama dengannya tadi. "Hei you kat sini rupanya, sayang. I cari you dari tadi lagi."

Dania memandang lelaki itu dan kemudian wajah Iman Nadzir. Iman Nadzir kelihatan tersenyum sinis.

"Bro, no matter who you are, I hope kau tak tertipu dengan minah keparat ni. And if you want to know who I am, just ask herself." Dia menunding jari tepat pada muka Dania yang serba salah.

"Jom, my dearest sister. Kita balik." Iman Nadzir merangkul bahu adiknya lalu membawa adiknya meninggalkan tempat itu.

Lelaki itu memandang Dania. "Who exactly he is?"




✩✩✩✩✩✩

Sebenarnya aku nak tulis lebih lagi. But ni je yang mampu untuk malam ni. And Nia akan muncul lagi. Tu je hint. Haha! So beware...

Alhamdulillah... habis pun PT3. So, aku akan update lebih banyak esok cause aku cuti😙😙. Haha... in shaa Allah. And thanks for 70++ k readers. 😘😘 Tak expect pun reader cerita ni boleh mencecah sebanyak tu. Hihi... and aku nak publish cerita baru. Kalau korang nak cerita baru tu dipublish, tolong comment. And I'll give the sypnopsis. Atau mungkin teaser on the next chapter. Ok, that's all bye!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now