44

3.6K 177 4
                                    

Empat tahun yang lalu,

Iman Nadzir masuk ke dalam bilik adiknya. "Adik! Adik!" Laungnya.

Iman Nadhirah yang sedang membuat latih tubi subjek Sains itu mendengus. "Abang, janganlah jerit macam tu! Adik kat sini je kut. Gaya macam adik kat hujung taman perumahan ni je," rungutnya. Jelingan tajam dihadiahkan kepada abangnya.

Iman Nadzir tersengih membuat muka tidak bersalah.

Iman Nadhirah menggeleng kecil. Dia sambung kembali membuat latih tubi. "Abang nak apa?" Dia menyoal tujuan abangnya datang ke biliknya.

Iman Nadzir yang tadi duduk di tengah-tengah bahagian katil adiknya, berubah ke depan sedikit. "Abang rasakan, dik. Abang dah jatuh cinta." Serentak itu dia merebahkan diri di atas katil adiknya.

Iman Nadhirah berpaling memandang abangnya. Dia mengerutkan kening. "Jatuh cinta? Abang tu baru 14 tahun, ada hati nak jatuh cinta. Bawah umur, okey?"

Iman Nadzir menggeleng menafikan pernyataan adiknya, "Mana ada bawah umur. At least abang lagi tua daripada adik."

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. "Whatever," ujarnya malas. "By the way, siapa dia? Kelas mana? Sama umur dengan abang ke? Cantik tak? Antara adik dengan dia mana lagi cantik?" Soalnya bertubi-tubi.

Iman Nadzir membuat muka tidak percaya dengan soalan terakhir adiknya. Sempat lagi tanya siapa lagi cantik! Dia hanya mampu menggeleng kecil. Nasib badanlah dapat adik sengal macam Iman Nadhirah. "Abang tak tau lagi siapa nama dia. Yang abang tau, dia sama umur dengan abang. Dan dia cantik, tapi of course lah adik kesayangan abang ni lagi cantik," ujarnya.

Iman Nadhirah sengih dipuji.

Tetapi sengihan itu tidak lama apabila abangnya berkata, "Eh jap! Dia lagi cantik. Adik abang tak cantik."

Iman Nadhirah memuncungkan mulut. Mukanya terus mencuka.

"Tapi adik abang ni comel." Lantas pipi adiknya dicubit. Terus tersenyum gadis itu. Pandai betul abangnya memujuk dirinya.

________

Iman Nadhirah menggigit burgernya. Sesekali matanya melirik pada Puan Sri Ilyana yang sedang menggoreng daging burger.

Tak lama kemudian, Iman Nadzir turun dari tingkat atas. Dia mengambil tempat di sebelah adiknya. Dia makan makanan yang sama dengan adiknya. Dia menyiku adiknya yang sedang enak makan.

Iman Nadhirah menggumam marah. Dahinya berkerut-kerut. Aku tengah sedap makan disikunya. "Apa?" Soalnya dengan mulut yang penuh.

Iman Nadzir baru saja mahu menyuap makanan ke dalam mulut terhenti. Dia menggeleng kecil. Hailaa.. apalah tak senonoh adik aku ni. "Abang dah tau siapa dia."

Iman Nadhirah membulatkan mata. "Iya? Ceritalah!" Arahnya dengan penuh teruja. Tidak sabar rasanya mahu tahu tentang orang yang abangnya suka.

"Sabarlah, lepas makan."

________

Iman Nadzir sedang sibuk menonton perlawanan bola di antara Manchester United dengan Liverpool. Iman Nadhirah di sebelah asyik menguap. Bosannya tengok bola. Dahlah bulat, warna hitam putih. Membosankan! Hmm... apalah agaknya terjadi kalau bola tu boleh bercakap? Mesti dia sedih kena sepak ke sana ke mari. Kesian, kau bola.

Iman Nadhirah tersengih sekejap. Ada ke patut fikir pasal bola? Merepek betul kau ni!

"GOLLL!!!" Jerit Iman Nadzir apabila bola akhirnya masuk ke dalam gol.

Lepas tu bila masuk gol, penonton jerit macam orang gila. Entah apa-apa! Iman Nadhirah menongkat dagu sebelah tangan sambil menggeleng. Sudah terang lagi bersuluh, dia tidak minat dengan bola sepak.

Iman Nadhirah akhirnya bangun lalu dicapainya surat khabar hari ini. Baru dia sedar bahawa dia tidak berpeluang menyentuh surat khabar. Ya, dia jenis yang suka membaca surat khabar dan mengambil tahu tentang hal yang berlaku sekeliling dunia.

Lama dia membaca, helaian demi helaian. Tidak semena-mena satu artikel menarik minatnya untuk membaca.

SEORANG PELAJAR SM TUNKU IBRAHIM BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

Iman Nadhirah mengerutkan kening melihat gambar lelaki itu menerima sijil daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Hensem jugak budak ni!

Apabila membaca penerangan tentang pelajar itu, membuatkan gadis itu mencebik menyampah. Budak kampung ke... tapi nama moden, Zafriel Adrian. Dua tahun tua dari aku? Huh, apa-apa jelah.

Helaian seterusnya diselak.

____________

Suatu hari, Uncle Yazid membawa Iman Nadhirah dan abangnya ke shopping mall kerana ibu dan ayah mereka mempunyai urusan. Uncle Yazid mengarahkan anak-anak buahnya pergi ke mana mereka mahu pergi. Katanya dia mahu bertemu dengan kekasih hati.

"Abang, Uncle Yazid dah pergi dating. Abang tu tak nak dating dengan Kak Nia ke?" Soal Iman Nadhirah mengusik.

Kak Nia atau Dania ialah kekasih Iman Nadzir. Mereka sudah bersama hampir setahun. Mereka juga tinggal beberapa hari lagi untuk menduduki peperiksaan PMR. Iman Nadhirah sudah pun tamat menduduki UPSR. Walaupun sudah hampir bertahun abangnya bercinta, dia masih belum berpeluang untuk berjumpa dengan Kak Nia. Malahan Kak Nia juga tidak tahu menahu hal keluarga Iman Nadzir. Bukan niatnya tidak beritahu, tetapi gadis itu terlampau banyak bercerita sehingga Iman Nadzir tidak berpeluang memberitahu hal keluarganya.

Iman Nadzir menggeleng. "Kak Nia busy lah. Katanya nak study. Lagi beberapa hari je nak exam, dik. Nantilah, lepas PMR, abang bawak adik jumpa dia, okey?" Pujuknya. Dia tahu adiknya memang sudah lama menginginkan seorang kakak.

Iman Nadhirah senyum lalu mengangguk. Tangannya yang berada dalam genggaman abangnya digenggam lebih erat. Iman Nadzir gembira melihat adiknya tersenyum. Dia sayangkan adiknya lebih dari segalanya. Dia tidak mahu melihat adiknya sedih atau terluka.

Tak lama kemudian, mata Iman Nadhirah tertancap pada sekujur tubuh perempuan yang berpelukan dengan seorang lelaki. Dia terpanar.

Iman Nadhirah segera mengajak abangnya pergi dari situ, "Ermm... abang, kita pergi tempat lain jom?" Wajah abangnya dilihat. Ternyata abangnya sudah pun nampak apa yang dia nampak sekejap tadi.

Iman Nadzir terdiam. Dia terkaku melihat pasangan mesra itu.





✩✩✩✩✩✩

Jeng jeng jeng! Siapakah pasangan mesra itu?

Aku update satu bab malam ni. Terasa gian nak menulis. Idea dah terkumpul tapi cuba disimpan, semata-mata nak study. Haihhh... terasa baru semalam naik tingkatan 3, dah exam PT3 minggu depan.😥 Cepat betul masa berlalu. Tapi bagus jugak, tak sabar nak habiskan exam, aku menunggu je masa untuk freedom.😄 Sabarlah wahai hati. Lepas exam nanti in shaa Allah aku update sebanyak yang mungkin.😉

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now