105

3.3K 223 50
                                    

Iman Nadhirah keluar dari biliknya. Rambutnya yang panjang mengurai itu diikat satu. Dia baru sahaja lepas menyiapkan assignment. Pagi tadi dia bangun  agak lewat kerana dia terlelap kembali waktu subuh tadi. Alaaa... dia bangun pun sebab nak kejutkan suaminya untuk pergi ke kerja. Tapi Zafriel Adrian bangun awal pada hari itu menandakan Iman Nadhirah tidak perlu mengejutkannya. Jadi, gadis itu putuskan untuk tidur semula memandangkan dia masih dalam tempoh ber'cuti'.

Turun ke tingkat bawah. Dia lihat abangnya di ruang tamu bermain game. Jangan terkejut, Iman Nadzir memang tak boleh dipisahkan dengan game dia tu. Tak padan dengan umur 26 tahun!

Iman Nadhirah memandang jam dinding sekilas. 12.38 petang. Dia memandang abangnya yang leka bermain. Dia bertanya, "Abang tak keluar hari ni?" Oh ya, selepas kejadian luahan dari hati ke... ermm... hati. Okay bukan. Lepas kejadian sayu dua hari lepas, mereka berdua kembali akrab seperti dulu.

Tanpa berpaling dari televisyen, Iman Nadzir menjawab, "Tadi plan nak jumpa kawan-kawan lama abang tapi dia orang busy. So abang decide duduk rumah ajelah."

Terjungkit sedikit kening Iman Nadhirah. "Tak dating dengan Mia ke?"

Iman Nadzir menggeleng. Dia masih tidak mengalihkan pandangannya. "Dia tak de kat sini. Ikut kakak dia pergi mana entah."

Iman Nadhirah mengangguk perlahan. Saat itu, mindanya muncul dengan satu ilham. Dia tersenyum. "Memandangkan abang tak ada plan apa-apa, Irah nak ajak abang keluarlah."

"Pergi mana? Shopping?" Soal lelaki itu. Dia terus menghentikan permainannya. Ditoleh sepenuhnya melihat adiknya yang berdiri di belakang sofa.

Iman Nadhirah tidak menjawab sebaliknya tersenyum lebar. Telefon yang berada dalam genggaman diangkat separas bahu. Dia dail nombor kawannya.

Iman Nadzir mengerutkan kening melihat senyuman lebar adiknya. "Macam pelik aje senyuman adik tu?"

"Adik pergi siap dulu." Laju langkah Iman Nadhirah menaiki anak tangga sambil tangannya melekapkan telefon pada telinga.

Iman Nadzir menggeleng kecil sebelum menutup gamenya. Dia bangun dari duduk. Langkah dibawa ke tingkat atas. Ingin menyiapkan diri.

Kira-kira 10 minit kemudian, Iman Nadzir turun ke tingkat bawah. Dia mengambil kunci keretanya. Langkah diatur keluar dari rumah. Pintu kereta BMW X1 dibuka. Tak lama kemudian, Iman Nadhirah muncul dan terus masuk ke dalam kereta abangnya.

"Nak pergi mana?" Soal Iman Nadzir selepas memakai tali pinggang keledar.

"Abang bawak pergi restoran tempat Zafriel kerja sebab kita tak pergi berdua tapi berempat. Dan apa yang kita akan lakukan bukan sepenuhnya untuk Irah tapi untuk Adam."

Tambah pelik Iman Nadzir. "Adam?"

Iman Nadhirah mengangguk.

Tanpa banyak soal, Iman Nadzir terus memandu ke tempat yang diarahkan adiknya.

Iman Nadhirah menekan punat on radio. Kemudian, dia mengeluarkan telefonnya dari dalam beg. Dia menghantar mesej kepada Zafriel Adrian.

Sementara itu, Zafriel Adrian baru sahaja lepas tamat kerja. Dia ingin berehat sebentar sebelum menukar baju dan pulang ke rumah. Telefon di dalam poket seluar dibawa keluar.

"Tak nak balik ke jumpa isteri?" Usik Adam. Hanya mereka berdua yang berada di situ. Selalunya mereka berempat. Irshad dan Qaid masih meneruskan kerja kerana mereka terpaksa kerja lebih masa atas sebab tertentu. Waktu rehat mereka adalah pada pukul 1 nanti.

Zafriel Adrian hanya memberi senyuman nipis. Dia membuka mesej whatsapp yang diterimanya daripada Iman Nadhirah sekejap tadi. Panjang umur!

(Hmm... nak tengok nama apa pula Zafriel simpan untuk contact Iman? *Author mencelah sekejap😅)

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now