10

5.8K 290 3
                                    

Mulut Ainnur terkumat-kamit tanpa diketahui apa yang disebutnya sepanjang dia berjalan ke kelasnya. Masuk sahaja ke dalam kelas, dia terus duduk di tempatnya.

Intan memandang Ainnur pelik. Dia terus bertanya, "Kau kenapa? Bengang semacam..."

Ainnur hanya menjeling. Tak pasal-pasal kawannya kena tempias. "Cikgu Raisha tu lah. Bullshit betul! Kau tau tak, tadi aku nak buang sampah, tapi sampah tu terjatuh. Belum sempat aku kutip balik, cikgu tak cukup kain tu pi sound aku! Kurang asam punya cikgu! Pikir kau cikgu, kau boleh marah aku sesuka hati?! Shit!" Mencarut-carut gadis itu bercerita.

Darmia yang duduk di belakang tergeleng kecil mendengar kawannya berkata bahasa kesat. Minah ni pantang diusik! Sekali dia bengang, segala perkataan kesat disebut.

Iman Nadhirah yang turut mendengar membulatkan mata. "Kau biar betul, Ainnur? Gila bangang cikgu tu!"

Ha, minah ni pun dua kali lima aje! Darmia menjeling Iman Nadhirah di sebelahnya.

Iman Nadhirah mengepalkan tangan. "Ini sudah melampau nak mati! Memang nak kena lah!"

Ketiga-tiga orang pelajar perempuan itu memandang tepat wajah Iman Nadhirah.

"Kau nak buat apa, Iman?" Soal Ainnur.

"Iman, kau jangan buat hal," pesan Darmia.

Intan sudah mulai risau. Bimbang juga jikalau Iman Nadhirah buat hal.

Iman Nadhirah hanya diam. Bibirnya mengukir senyuman yang sukar untuk ditafsir.

____

Zafriel Adrian menyandang malas beg sandang di bahu. Dia berjalan menuju ke tempat letak motosikal. Mulutnya menyanyi kecil lagu Darah Muda.

Sesampainya dia di hadapan motosikalnya, dia mengambil helmet lalu disarung di kepala. Tali diikat kemas. Baru sahaja ingin melompat naik ke atas motor Ninjanya itu, matanya tertancap pada seorang pelajar perempuan mencangkung di kereta Honda Civic.

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Itu bukan Nadhirah ke? Apa dia buat di situ? Soal hatinya. Perlahan-lahan langkah diatur menghampiri pelajar perempuan yang amat dikenalinya itu.

"Woi, kau buat apa tu?!" Sergah lelaki itu.

Iman Nadhirah terperanjat sehingga menyebabkan dia melatah panjang, "Oh ya, aku dah berjaya pancitkan tayar kereta cikgu tak cukup kain!" Sedar rahsianya terbongkar segera dia menekup mulut. Wajah lelaki itu dipandang. "K... kau buat apa kat sini?"

Zafriel Adrian tersenyum nipis. " Wahai Cik Iman Nadhirah, soalan tu patutnya dituju kepada diri cik sendiri."

Gulp! Air liur yang ditelan terasa tersekat di kerongkong. Iman Nadhirah sudah buntu untuk mencari jalan keluar.

Sekali lagi ketua pengawas SMTI itu tersenyum penuh sinis. "Ohh, nak pancitkan kereta cikgu rupanya! Sudahlah niat tidak elok, buat hal lagi, kutuk cikgu pulak tu!"

Iman Nadhirah mencebik. "Apa? Betul lah! Cikgu tu harap je orang Melayu, Islam lagi, tapi tak pakai tudung. Baju pun pakai semuanya ada 'at'."

Zafriel Adrian mengerutkan kening. "At?"

"Sendat, Ketat, Singkat" jawab Iman Nadhirah selamba.

Zafriel Adrian ketawa kecil. "Biarlah dia, nak buat apapun. Dari kau tu, harap je pakai tudung tapi perangai... Mashaa Allah!"

Iman Nadhirah mengertap gigi. "Ha, nak kutuk aku lah tu!"

Zafriel Adrian membuat muka. Lantak akulah! "Dah, kau bangun sekarang! Aku nak kau pergi cari Cikgu Raisha. Minta maaf pada dia."

Iman Nadhirah menjeling tidak puas hati. Eh, suka suki dia aje nak arah aku macam-macam. Iman Nadhirah bangun lalu berjalan menonong meninggalkan Zafriel Adrian.

Zafriel Adrian mengerutkan kening. "Eh, kau nak pergi mana tu?!"

Iman Nadhirah menoleh. "Kata suruh aku cari Cikgu Raisha, ni aku nak pergi carilah ni!" Jawabnya marah.

Zafriel Adrian menggeleng kecil. Apa-apa jelah, Nadhirah oi!






✩✩✩✩✩

Aku bosan menanti makanan, so aku spend time tulis benda alah ni. Sorry eh kalau bosan.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now