79

3K 193 326
                                    

Zafriel Adrian memandang kosong kipas siling yang berputar sambil baring di atas katil. Dia kemudian meraup wajahnya. Wajah Iman Nadhirah yang menangis tadi asyik berlegar di fikirannya. Rasa bersalah mula menyelubungi diri.

Ah, kalau bukan sebab kau asyik fikir Nadhirah ada agenda, benda ni takkan jadi! Getus hatinya.

Terasa ingin menghentakkan kepala pada dinding. Ingin melupakan apa yang telah berlaku tadi.

Tapi, siapa lelaki tadi? Kening Zafriel Adrian berkerut seribu.

Tanpa Iman Nadhirah sedar, lelaki itu memerhatinya di sebalik tembok. Di hatinya ingin meluahkan perkataan maaf. Dia ingin menebus kesilapannya. Tetapi niatnya terbantut apabila melihat seorang lelaki sekacak Shrek si raksasa hijau tu berdiri di belakang gadis kesayangannya.

Ops, terkutuk tanpa sengaja pulak!

Pada mulanya Zafriel Adrian fikirkan lelaki itu lelaki yang mabuk tiba-tiba mahu mengacau Iman Nadhirah kerana dia melihat gadis itu ingin melarikan diri. Tapi apabila gadis itu berhenti apabila lelaki itu berkata sesuatu membuatkan hati Zafriel Adrian curiga.

Lama juga lelaki itu berkata-kata. Tetapi sebutir perkataan pun dia tak dengar kerana tembok yang menjadi tempat dia menyembunyikan diri itu agak jauh dari kedudukan mereka berdua.

Dan rasa pedih di hati kembali terasa apabila melihat Iman Nadhirah tersenyum bahagia. Adakah gadis itu sudah menemui pengganti dirinya?

Zafriel Adrian bangun dari pembaringannya. Dia meraup wajah lagi sekali. Takkanlah... Setahunya Iman Nadhirah memang susah nak rapat dengan lelaki kecuali sebab lelaki itu kawan rapat abangnya ataupun rakan sekelas.

"Aku minta maaf, Nadhirah. Aku dah buat kau menangis lagi. Aku ni memang lelaki tak guna!" Semua bantal di atas katil itu dicampak ke lantai.

Tangisan mula pecah. Sudah lapan tahun dia tidak menangis seperti ini. Zafriel Adrian merebahkan dirinya kembali. Sebelah lengan menutup wajahnya.

Andai lelaki itu mampu bahagiakan kau, aku redha melepaskan kau pergi.

__________________________

Iman Nadzir mengetuk pintu bilik adiknya. Belum sempat dia ingin mengetuk pintu, dia terdenhar suara tawa riang adiknya di dalam bilik. Telinga dirapatkan ke pintu.

"... you ni suka sangat usik I. Hahaha.."

Iman Nadzir menjauhkan telinganya. Keningnya berkerut. Dagunya digaru. Alamak, diorang berbaik balik ke? Ingatkan dah end relationship dah! Baru ingat nak buat sujud syukur. Hmm.. kena buat solat hajat lagi ni.

"Nadzir buat apa depan pintu bilik Irah tu? Mari turun makan. Ajak adik kamu sekali." Suara Puan Sri Ilyana menyentakkan Iman Nadzir.

Kus semangat! Iman Nadzir mengusap dadanya perlahan. Pintu bilik adiknya diketuk. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Iman Nadhirah yang sedang mengikat rambutnya itu dipandang. Habis dah bergayut dengan mamat berlagak tu?

"Abang dengar Irah bercakap tadi. Cakap dengan siapa?" Soal Iman Nadzir seolah-olah dia tidak menghendap perbualan telefon adiknya.

"Dengan Hilman." Jujur gadis itu menjawab. "Kita orang dah baik balik."

Iman Nadzir mengangguk perlahan. "Bila nak bawa jumpa mama dan papa?"

Iman Nadhirah terbungkam seketika. "Ermm... nantilah, Irah ajak dia. Dia tu selalu sibuk dengan kerja dia."

"Irah, abang tak suka lelaki yang suka hati kenal-kenal dengan anak dara orang tanpa meminta izin ibu dan ayahnya dulu. Irah tu ada mama dan papa lagi. Masih lagi tanggungan mereka. Berdosa membelakangi mama dan papa," nasihat Iman  Nadzir dengan tegas.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now