93

3.2K 239 43
                                    

Malam itu, Iman Nadhirah berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Dia bermain dengan jari-jemarinya. Hatinya resah. Sesekali dia mengerling daun pintu yang bertutup rapat.

Macam mana ni? Takkan aku nak tidur sekatil dengan dia? Kalau dia buat apa-apa macam mana?

Bertambah resah apabila memikirkan hal yang satu itu. Meskipun dia sudah sah menjadi isteri kepada ketua pengawas yang selalu bertelagah dengannya itu, dia tetap rasa takut. Tapi... dia kan dah jadi suami? Bukankah berdosa kalau ingkar?

Iman Nadhirah menyerabutkan rambutnya yang dilepaskan ke belakang itu. Runsing kepalanya. Tak lama selepas itu, dia mendapat idea. Apa yang susah? Pura-pura tidur sajalah.

Tapi macam mana kalau ianya berlaku dalam keadaan tak sedar?

Iman Nadhirah menggeleng laju. Tak, idea tu tak boleh dipakai. Useless!

"Apa yang kau geleng kepala tu?" Tiba-tiba kedengaran suara dari arah belakang disertai bunyi pintu dikatup.

Iman Nadhirah tersentak. Dia menoleh. Wajah Zafriel Adrian penuh tanda tanya melihat kelakuan pelik isterinya.

"Ta... takde apa-apa." Iman Nadhirah mengatur langkah ke katil. Dia bersandar pada kepala katil. Jari-jemarinya dimain.

Zafriel Adrian diam tidak melayan. "Ada tilam lebih?"

Iman Nadhirah terkejut. "Tilam?"

"Yelah, daripada aku kena tendang lagi, baik aku tidur bawah aje."

"Kaki dengan belakang kau dah okey ke?" Soal Iman Nadhirah menukar topik.

"Belum. Ada tilam lebih tak?" Sekali lagi Zafriel Adrian mengaju soalan.

Iman Nadhirah berfikir sejenak. "Ermm... kau tidur jelah atas katil tu. Kau sendiri kata aku ni bukan besar sangat untuk tidur seorang atas katil," ayat Zafriel Adrian tadi diambil sebagai alasan. Sebenarnya dia berasa sedikit simpati atas kesakitan yang dialami suaminya itu.

Kening Zafriel Adrian serta-merta terjungkit sebelah. Seolah-olah tidak percaya akan apa yang didengarinya. "Betul ni?"

Iman Nadhirah mengangguk.

Zafriel Adrian perlahan-lahan naik ke atas katil. "Kau yakin dengan keputusan kau?"

Angguk lagi.

"Tak menyesal?"

Angguk lagi. Apabila sedar akan soalan yang ditanya, dia geleng.

"Menyesal ke tak?"

"Tak. Tidur ajelah sebelum aku tarik balik kata-kata aku. Sebelum tu..." Bantal peluk panjang yang biasa menjadi teman tidur Iman Nadhirah diambil. Diletakkannya di antaranya dengan Zafriel Adrian.

"Kau lepas dari bantal peluk ni. Siap kau. Esok kau tidur luar!" Iman Nadhirah memberi amaran.

Zafriel Adrian tersenyum lucu. Takut juga rupanya! Iman Nadhirah tidur membelakangi Zafriel Adrian. Zafriel Adrian mengusik Iman Nadhirah dengan kakinya sengaja melepasi bantal peluk itu.

Dengan itu, dia mendapat balasan cubitan berbisa daripada Iman Nadhirah. "Aduh!" Zafriel Adrian mengusap pahanya yang terkena cubitan isterinya.

"Last warning, Zafriel!"

Zafriel Adrian membuat muka tidak puas hati. "Fine!" Dia tidur membelakangi Iman Nadhirah.

Dan akhirnya pasangan suami isteri itu tertidur dengan lena dalam keadaan membelakangi antara satu sama lain.

______________________________

Iman Nadhirah terjaga daripada tidurnya. Dengan rasa malas dia membuka mata melihat jam di dinding. 6 pagi. Kedengaran sayup-sayup suara orang melaungkan azan.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now